Total Pageviews

:: SOROTAN SUKAN 2010::

salam to all geng kipas susah mati sekalian.pejam celik pejam celik dah nak melabuhkan tirai 2010 so buku lama pun kita tutup kita buka buku baru dengan azam baru,dan semangat baru. di kesempatan ini aku nak review sikit segala sorotan kegembiraan sukan 2010 memandangkan aku pun atlet dan tahun depan bakal terikat balik dengan sukan menembak.so check this out...

:: 5 Mac 2010::


:: Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng mencipta sejarah apabila muncul sebagai pelumba tempatan pertama memenangi gelaran Raja Pecut di perlumbaan Le Tour De Langkawi. Anuar juga turut memenangi peringkat kelima perlumbaan itu.Bravo,Bravo!!

::16 Mac 2010::


:: Datuk Lee Chong Wei memenangi Kejohanan Seluruh England edisi ke 100. Datuk LCW turut memenangi lima lagi kejohanan; Kejohanan Super Series,Korea,Malaysia,Indonesia,Jepun dan Hong Kong selain turut memenangi pingat emas Sukan Komanwel


:: Alex Liew menghadiahkan dua pingat emas buat kontinjen negara di sukan Asia Guangzhou.pemuda yang berusia 34 tahun ini memenangi pingat emas pertama bersama Adrian Ang dan kemudian memenangi All Events 
::2 April 2010::

::Mohamed Fairuz Fauzy mencipta sejarah dan rekod peribadi apabila dipilih menjadi pemandu ketiga dan uji pasukan Lotus Racing untuk formula satu 2010

::8 Oktober 2010 ::


:: Datuk Nicol Ann David memenangi pingat emas pertama di temasya sukan komanwel. Datuk Nicol turut melakar sejarah peribadi apabila mucul juara dunia kali kelima berturut-turut dan kekal sebagai pemain nombor satu di dunia untuk lima tahun berturut-turut.

::11 Oktober 2010::


:: Atlet terjun ,Pandela Rinong Parng mendapat satu pingat emas untuk acara 10m platform individu di sukan komanwel,dia juga mendapat pingat perak bersama Leong Mun Yee dalam acara platform seirama.

::13 Oktober 2010 ::


:: Elaine Koon menyumbangkan pingat terbanyak negara dalam sukan komanwel asia dengan memperolehi satu emas, satu perak dan tiga gangsa .dan dia juga memperolehi penerima ganjaran tertinggi RM 180,000 bagi atlet individu di temasya tersebut


:: Dua gandingan  mentorku; Nor Suryani dan Nor Ayuni mencipta kejutan dengan menyumbangkan dua pingat emas dalam acara 10m Air Rifle dan Bibiana Eng memenagi acara 10m pistol

::17 November 2010 ::


:: Azizulhasni Awang memenangi pingat emas sukan asia sekaligus melenyapkan kehampaannya dalam sukan komanwel kerana kemenangannya dibatalkan dipercayai mengayuh secara merbahaya.tahniah bro lepas ini boleh belanja lagi kot.

::24 November 2010  ::


:: Pasukan hoki Malaysia mencipta sejarah apabila layak ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah sukan asia. walaubagaimanapun pingat emas terlepas ke tangan pakistan 0-2.

::18 Disember 2010::


::Pasukan Malaysia membuat kejutan dengan layak ke pusingan kedua Sukan Asia buat pertama kali dan mara ke ke perlawanan akhir piala suzuki selepas menewaskan juara bertahan, Vietnam

::29 Disember 2010::


:: Penutup terindah 2010 dengan menyaksikan pasukan bola sepak Malaysia memenangi piala suzuki buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 2006.walaupun kalah di tempat lawan namun kejayaan di tempat sendiri telah melayakkan Malaysia dinobatkan sebagai Raja Asia Tenggara setelah membenamkan Indonesia dengan agregat 4-2.Tahniah diucapkan

sekian berita dilaporkan oleh Khai Artz-Far untuk berita GT 128


pesanan penaja: bersedia untuk membidik musim hadapan. Air Rifle wait for me!!

No comments: