Salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. actually hari ini aku kering idea tak tau nak tulis entry pasal apa. dah 2 malam aku overnight buat assingment literature. susah juga rupanya kos TESL.  esok pula ada kuiz. malam ini perah otak pula. so dalam tengah kusut cari idea, terjumpa pula gambar-gambar aku. so terdetik pula idea nak tulis entry pasal gambar -gambar aku.

actually masa aku kecil banyak juga gambar yan bapa aku snap. rasanya satu hari at least satu gambar. so dekat rumah itu , aku boleh kira dekat 4 album besar just gambar aku sorang dari umur sehari sampailah 6 tahun if I not mistaken. lepas dari itu dah jarang dah bapa aku snap. so dalam laptop aku ini just ada beberapa keping saja. so kira ada juga la bukan? nak scan semua gambar, memang penatlah bayangkan satu album besar ada dalam lebih kurang 100 keping gambar. darab dengan 4?? tak ke banyak bukan?? so ini saja gambar yang ada aku ada buat masa ini. jadilah tulis entry macam ini. janji ada bukan??
-
-
-
-
-
-
-
-
 
silap gambar pula..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
with my kezen and atuk
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sesat sowang- sowang dekat situ

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
teka mana satu aku??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dengan 'twin'

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ada beza tak??

the end...


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: wish me luck and have a safe journey  for tomorrow sebab esok ada kuiz dan esok juga balik kedah!! yeay dapat handphone baru....

:: AKU KE NI ??? ::

by on 30.1.11
Salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. actually hari ini aku kering idea tak tau nak tulis entry pasal apa. dah 2 malam aku ov...
bonjour!!!! semalam ada segmen review blog dari darkbatman so aku ambil kesempatan ini untuk turut serta. iyalah nak tau juga mana baik dan kurangnya blog aku .

so lepas direview oleh mr darkbatman ternyatalah banyak kelemahannya. terima kasih darkbatman sebab sudi komen blog yang tak seberapa ini.maklumlah aku masih lagi di pucuk, blog ini pun baru umur 2 bulan lebih. lagipun sebelum ini blog aku tak pernah kena review oleh mana-mana pihak lagi. cuma ada sikit - sikit penambaikan yang perlu dibuat yang dikomen oleh sifu aku cik mas, merci!!. 


so lepas kena komen dengan darkbatman ternyata apa yang aku sangka salah. contohnya aku ingat bila aku tulis perkataan dalam susunan center, aku ingat nampak ok. tetapi ternyata salah sebab susah untuk readers baca


 syabas diucapkan kepada darkbatman kerana menganjurkan segmen ini. sebab ianya amat bermanfaat kepada newbie macam aku selain memperkenalkan newbie ini ke pentas blogger. selain itu , untuk newbie-newbie atau geng kipas susah mati blogger di luar sana yang belum lagi turut serta dalam page blogger facebook korang bolehlah turut serta dalam sahabat blogger. boleh juga share dan memperkenalkan blog kita kepada geng kipas susah mati blogger yang lain.betul tak?? so sekali lagi diucapkan kepada darkbatman dan cik mas sebab sudi review dan membantu. so lepas ini ada sedikit kerja penambahbaikan akan dibuat. merci!!!

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: bangga kejap darkbatman sudi review


salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. hope you guys sihat.kali ini aku nak review pasal penjara yang kejam seluruh dunia. memandangkan bapa aku pegawai penjara so ianya membuatkan aku terlebih excited nak tulis entry walaupun dengan keadaan tangan masih berbalut.korang ingat penjara yang dalam filem itu semua rekaan ke? actually kebanyakannya diadaptasi dari real life.ada yang ngeri dan ada yang terlalu ekstrem untuk dilihat. penyiksaan dowang pula seolah- olah manusia macam mainan.


1.Penjara Carandiru (Brazil)
Penjara ini pernah  menggemparkan  dunia ketika berlakunya  rusuhan besar di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi tersebut menyebabkan ratusan nyawa terkorban .

Tragedi Caradiru bermula dari tercetusnya perang ‘antara geng’ di penjara tersebut. sehinggakan pihak polis meminta bantuan dari pihak lain ( power rangers ke??)  pada ketika  itu ramai banduan  telah menyerah diri  tetapi pihak polis membalas penyerahan diri tersebut dengan menembak mati mereka.disebabkan itu penjara carandiru ditutup pada tahun 2002 dan pihak polis menyatakan itu bukan kesalahan mereka kerana menembak mati banduan- banduan tersebut.

2. Penjara Bang Kwang (Thailand)

Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sebagai mini new york sebab teramatlah sesak selain kekurangan tenaga polis.Para banduan  dirantai sehingga menyebabkan ramai banduan menjadi gila akibat stress walaupun baru menduduki penjara tersebut selama sebulan. 


pengarah  penjara tersebut,  Khun Nattee mengakui,penjarannya adalah yang paling teruk dari segi hukumannya.  Di sini kemudahannya sangat terhad  termasuk kakitangan pegawai kesihatannya. banduan yang sakit hanya meringkuk dalam penjara dengan keadaan kaki dirantai sambil menunggu bekalan ubat - ubatan datang. ( itupun kalau dapat)

3.Penjara  ADX Florence Supermax : (Colorado) 

Penjara ini dibangun sebagai balasan atau hukuman keatas banduan yang membuat kesalahan di penjara lain di Amerika Syarikat. penjara ini menetapkan kawalan maksimum untuk mencegah terjadinya serangan daripara banduan seperti rusuhan . Para banduan mengalami penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam mereka hanya dihabiskan disel dan tidak boleh ke mana -mana 


Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk yang tidak boleh dilupakan  bagi mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari mana -mana penjara. golongan yang masuk kesini adalah  penjahat kelas tertinggi  termasuk yg telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah ‘neraka’ penjara yang boleh  mengakibatkan mereka  menderita seumur hidup.Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence.


Salah seorangnya ialah  Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang cakap bunuh diri. 


4. Penjara Alcatraz Island  (San Francisco, CA) 


Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island” . Dibangun pada tahun  1920-an. Segala ketidakselesaan  ada di sini.  Para banduan  terputus hubungan dengan dunia luar kerana berada di tengah-tengah pulau

Tidah hairanlah kalau ramai yang  terkena gangguan jiwa dan mental akibat tekanan psikologi yang luar biasa. Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak bercakap atau bersembang dengan banduan yang lain, kalau ada yang melanggar perintah ,hukuman sedia menanti bagi mereka. banduan juga  dilarang meluahkan emosi mereka . Mereka dipaksa diam dan membisu ! Hak hak sebagai seorang  manusia, di Alcatraz, telah dirampas. walaubagaimanapun , penjara ini ditutup pada 1963, tetapi sejarah  kegelapan terus ‘hidup’ dan menjadi legenda. 

5. Penjara San Quentin  (San Quentin, California)

 pada tahun 1930′ an,penjara ini mula ditubuhkan . penjara ini penuh dengan amalan rasuah sehingga akhirnya muncul pengarah  baru , Clinton Truman Duffy yang melihat amalan rasuah ini perlu dibendung

Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini terkenal dengan perilaku pegawai yang tidak adil terhadap banduan terutamanya terhadap banduan baru.Kepala mereka dibotakkan  dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor serta diberi makan  makanan yang tak seberapa. tambahan pula mereka menghuni sel yang sempit tanpa diberi lampu.

gambar diatas ialah salah satu geng  di penjara San Quentin yang melindungi  kaum yang berkulit putih
Di sini nyawa tidak ada harganya. rusuhan terus terjadi antara pegawai dan banduan.faktor ratio antara pegawai penjara dan banduan yang  tidak seimbang, menyebabkan  banyak hal terjadi diluar kawalan. 
6. Penjara Diyarbakr  (Turki) 
Penjara ini disebut sebagai penjara paling kejam di turki di mana segala penyiksaan dan dan penderitaan banduan kerap  terjadi. Dari 1981 sampai 1984, 34 orang banduan terkorban  kerana diseksa dari segi fizikal dan mental..
Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadap sistem pengelolaan  penjara. Mereka melakukan mogok serta  membakar diri sendiri sebagai bentuk protes. Namun ianya tidak berhasil. kemudahan  penjara ini ‘sangat mengerikan’ jauh dari yang diketahui umum. Di sini pernah terjadi peristiwa yang  menggerikan di mana kanak-kanak  dihukum di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup. penyiksaan  terhadap manusia seperti agenda  harian. tidak hairan jikalau penjara ini mendapat jolokan paling menggerikan

7. Penjara La Sabaneta (Venezuela) 

Venezuela juga memiliki penjara tak kurang ngerinya, di mana kekerasan  dan penyiksaan menjadi ‘santapan’ harian.kemudahan  yang sangat terhad ,menyebabkan wabak penyakit begitu mudah tersebar. Maklumlah, kakitangan perubatan  sangatlah terhad  bahkan nyaris tak ada langsung yang berani merawat mereka .
.sehingga wabak kornea meragut  nyawa sehingga  700 orang banduan .maut  bermaharajalela di La Sabaneta. Salah sedikit sahaja , pasti nyawa  melayang.pegawai staf penjara yang malas menguruskan banduan ,menyebabkan  para banduan bebas berbuat apa- apa .mereka bergaduh serta membunuh sesama sendiri. para pegawai penjara pula berlakon seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

8. Penjara Sante (Paris, Perancis)
Seperti penjara- penjara  ‘maut’ yang lain, di sini pun nyawa manusia seolah- olah  tidak  berharga.  .ramai banduan akhirnya menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh dengan lipas  dan tikus, membuatkan banduan semakin stress. 
 ‘ La Sante’  bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris.padahal kehidupan disini jauh tersiksa . kes rogol diantara banduan wanita semakin tinggi setiap hari.Tidak  hairanlah  kalau  banyak banduan  tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 ,dikhabarkan sebanyak 122 kes  banduan  bunuh diri Disusuli denagan seramai  73 orang banduan pada pertengahan 2003.

Kecenderungan membunuh diri ini kemungkinan kerana cara hidup yang agak  mengerikan di sana. Penjara yang terlalu padat,kemudahan terhad , serta pelbagai  kekerasan dan penyiksaan  yang terjadi di sana,menjadi faktor kes bunuh diri ini meningkat

9.Penjara  Rikers Island  (Rikers Island, New York) 

Penyiksaan yang melampau  membuatkan  penjara ini begitu terkenal  di amerika. Pada 2007, banduan , Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari pegawai penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 orang banduan  dilaporkan membunuh diri di selnya kerana tidak  tahan dengan suasana penjara yang melampau pada 2003. 
10.Penjara  Tadmor  (Suriah) 
Kematian di penjara ini seperti tidak  terhitung banyaknya. penyeksaan  di Tadmor begitu mengerikan dan tidak boleh dimaafkan. Seorang bekas banduan  Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan paling mengerikan.
 Pada 1980, selepas percubaan membunuh Presiden (di Damaskus), askar askar telah menyerang penjara ini, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Para askar  ini membunuh  500 orang tawanan di sel mereka. banduan- banduan mati dalam keadaan mengerikan ,kerana  tidak dapat menyelamatkan diri disebabkan  kaki mereka dirantai di sel.

senarai penjara penjara yang turut tersenarai sebagai penjara paling kejam

 Guantanamo bay 

bagram , afghanistan

 abu ghaib, iraq



yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: Tadi blog ini kena review dari darkbatman..thanks a lot.. so ade la kerja penarafbaikan blog ini akan dibuat. so tunggu la entry seterusnya..thanks yer darkbatman
Salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. mesti korang terkejut kan apa kes pula tajuk aku kali ini?? aku terdetik nak tulis entry pasal ini sebab terbaca satu artikel dalam akhbar hari ini yang menyatakan prestasi internet meningkat mendadak kerana terdapat penyalahgunaannya. aku berani kata kalau dulu orang sebut pasal filem lucah mesti ramai yang terkejut dan bertanya  " siapa, dimana, anak siapa " .tapi kalau sekarang dah macam trend kalau sebut filem lucah mesti ada yang menyebut " best tak, ambil dekat mana, biasa bro!! ".
*auww abang potter gay ke??

aku pernah pergi dekat cyber cafe berdekatan dengan kampus aku, dekat situ kebanyakan tulis pelajar berpakaian uniform dilarang masuk. tapi dalam itu almost all students. hai pakcik notis itu sekadar hiasan atau sekadar di pinggiran!! dan yang lebih mengejutkan lagi ingatkan dowang main game sebab kalau zaman aku dulu kebanyakannya ketagih game online. tapi bila aku tengok perghhh layan filem blue ( istilah zaman sekarang bagi filem lucah ) . aku sempat perli seorang budak ini " perghh umur kecik lagi dah layan filem blue" dan dia menjawab " alah rilek ar bang, macam tak biasa pula " ai pandai pula kata balik dekat orang. 

* trend zaman sekarang

*laman sosial yang berfungsi seperti facebook

aku berani katakan statistik bagi orang yang layan filem blue ini ialah 3 daripada 5 orang mesti pernah tengok filem ini bukan? bukan setakat filem lucah antara lelaki dan perempuan, tapi gay dan lesbian pun turut berleluasa serta ada laman sosialnya tersendiri.  ditambah pula telefon mudah alih sekarang ada kemudahn internet , bluetooth yang membolehkan dowang download atau transfer video ini dikalangan member dowang. aku pernah dengar salah seorang brader ini tanya dekat member dia. " ko tak pernah tengok video blue? takkan la kot " nampak sangat sekarang kalau orang yang tak pernah tengok video ini dikira kolot. itulah mentaliti orang zaman sekarang.,tak hairan la sekarang trend orang buang anak. budak-budak bawah umur dah terlibat dengan rogol, liwat dan sebagainya.salah satu puncanya ialah sebab layan blue!!
Laman web lucah?? biasa bro!!


p/s :benda ini ada penyelesaian ke?? atau cukup kita katakan non- stop!!
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. kowang macam mana?? sihat?? aku harap korang sihat selalu. so entry kali ini aku nak ajar korang bahasa perancis. ye la untuk semester kali ini aku kena belajar bahasa france so aku nak kongsi pengetahuan aku dengan korang.belajar france ini aku rasa macam belajar potion dalam cerita harry potter pula..memang sejebik  sebiji. well sharing is caring right?? so jom dengar cikgu nak ajar bahasa perancis...



uish mr potter dah bertukar jadi miss hermoine granger
BONJOUR
HELLO,SELAMAT PAGI

ALLO
=HELLO ( PERBUALAN TELEFON ) 

BONSOIR
= SELAMAT PETANG

AU REVOIR
= SELAMAT TINGGAL

BONNE NUIT 
= SELAMAT MALAM

EXCUSEZ-MOI
= MAAFKAN SAYA

 S'IL VOUS PLAIT
= SILA

MADAME
= PUAN

MONSIEUR
= ENCIK

JE M'APPLE
= NAMA SAYA IALAH

JE
= SAYA

TU
= AWAK

JE AIME 
= SAYA SAYANG...

COMMENT VOUS APPELEZ VOUS 
= APAKAH NAMA AWAK?

TO BE CONTINUED.....

 so anak-anak murid kelas ini setakat ini sahaja. kita sambung minggu depan.jangan lupa practise ok!!

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: bonne nuit!!
salam to all geng kipas susah mati sekalian. hari ini tesion sangat dengan campus life + nak cuti, heih bila cuti nak tiba dah excited nak dapat handphone baru. ye la bukan ke handphone aku baru ini kena ,moreh curi dengan pemuda yang berhati iblis. susah juga bila tak ada handphone ditangan, dah la aku ini class representive so nak contact member , lecturer , family pun susah. cuma mark zuckerberg saja yang jadi posmen karat aku dekat dowang semua. dah nak guna perkhidmatan mark, motor brodband pula tiba-tiba jadi sengal time-time kemuncak macam ini. actually nak tulis entry hari ini tapi mood tak ada,


assingment pun bersepah so terpaksa lupakan sekejap. heih minggu ini banyak betul tragedi januari yang jadi. esok birthday orang yang banyak bagi semangat dekat aku tapi nak wish pun tak boleh sebab handphone tak ada. dalam kekalutan nak settle masalah, dah member aku bagitahu stesen bas bukit jalil dah pindah


ke Terminal Bas Selatan ( TBS ) dan yang syoknya khabar angin kata bas ke utara pindah dekat stesen duta.tidakkkk....... meroyan aku macam ini...huhuhu

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: tak boleh nak kawal perasaan marah..

:: TENSION ::

by on 24.1.11
salam to all geng kipas susah mati sekalian. hari ini tesion sangat dengan campus life + nak cuti, heih bila cuti nak tiba dah excited nak d...
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian . kali ini aku nak share cara pemakaian kardigan. pemakaian kardigan dalam penampilan harian memberi dimensi rupa yang cukup klasik selain menambah sisi versatiliti dalam pengayaan terutama bagi kaum lelaki macam aku. 




namun tidak ramai yang tahu cara sebenar dalam membentuk rupa gaya tepat memakai kardigan.jom kongsi tip dan idea mudah bagi penggayaan kardigan.

 gayakan kardigan korang bersama dress shirt dan seluar material warna khakis atau slack bagi mendapat sentuhan kontemporari dalam pengayaan formal
  1. jika kardigan korang ada potongan kolar v, tambah tali leher atau bowtie yang bersesuaian bagi menampakkan penekanan pada tali leher
  2. padanan kemeja t putih dan dress pants juga memberi definisi gaya tersendiri hanya dengan menyarung kardigan korang dan padankan dengan kemeja t putih tadi
  3. untuk mengelakkan kelihatan terlalu formal, korang tak payah butang sampai ke atas kardiagan korang. cukup hanya butang pada bahagian atas atau bawah sahaja.
  4. pastikan material pada fabrik kardigan korang tidak terlalu tebal sehingga korang kelihatan berisi dan tidak kena pada gaya korang
  5. penekaan pada pilihan corak dan warna kardigan korang juga harus diutamakan. jika korang berbadan gempal , elakkan memakai kardigan yang terlalu saraf corak dan warna -warna menyerlah seperti warna biru muda, hijau atau kuning,

 sumber : maskulin.....


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: selamat mencuba!!

KONTEMPORARI KARDIGAN

by on 23.1.11
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian . kali ini aku nak share cara pemakaian kardigan. pemakaian kardigan dalam penampilan ...
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian, kali ini enrtry pasal pengetahuan am. saja review dan perah otak sikit.jom kita selongkar...

tahukah korang, lelaki india mendominasi dan memiliki misai terpanjang di dunia. berdasarkan rekod Guiness World Records 2009, Badamsinh Juwansinh Gurjar , memegang rekod misai terpanjang di dunia.

*dah macam tali skipping pula aku tengok

majalah playboy mungkin ramai yang tahu, tapi tahukah korang bahawa logo ikonik Playboy dicipta dalam tempoh setengah jam sahaja?

* pernah digelar playboy huhuhu

tahukah korang, lelaki yang sedang menghidap kolitis ulseratif, penyakit crohn atau pernah ada sejarah kanser berisiko tinggi untuk menghidap kanser kolon( usus besar )

*agak meggelikan

tahukah korang, raja dadah , Pablo Escobar menggunakan learjet yang bernilai USD 10 juta untuk membawa dan memindahkan tunai hasil jualan dadah!!

*bila agaknya dapat beli jet peribadi macam ni??

tahukah korang, " sideburns" pada tepi telinga lelaki dinamakan selepas civil war, dan Elvis Presley lebih meminati sideburns berbanding sukan bola sepak. pelik bukan??

*tengoklah sideburms dia, patut la minat sangat..

tahukah korang, makanan yang mengandungi garam yang tinggi tidak menyihatkan, seperti dicadangkan oleh Institut Perubatan di Amerika Syarikat , lelaki berusia antara 9-50 tahun memerlukan 1,500 MG sehari.

*bukan gudang garam yang rokok tu yer

tahukah korang , ketika perlantikan Barrack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat , mereka yang hadir tidak dibenarkan membawa payung.kenapa yer???

*just walking in the rain..

tahukah korang, penjara Carandiru di Sao Paolo, Brazil dikatakan penjara paling kejam pernah wujud . penghuni penjara iaitu majoriti lelaki dikatakan pernah dihuni 7,500 banduan dalam satu masa. seoarang daripada 5 banduan menghidap HIV. bahaya tu..

*kejam betol

tahukah korang , William Shakespeare merupakana penulis terkenal ketika zaman renaissance. hamlet , romeo & juliet atau king lear merupakan karya agungnya , selain itu , siri sonnet( sajak ) yang diterbitkan pada 1609 mengisahkan kasih sayang antara lelaki dengan lelaki.

* desas- desus mengatakan beliau merupakan seorang 'gay' betul ke??

tahukah korang, lelaki mempunyai ' biological clock' tersendiri iaitu apabila usia meningkat , lelaki akan kehilangan kira-kira 1% dari testeron setiap tahun, jadi pengeluaran sperma akan menurun dan kualiti lebih rendah .

* nak cari gambar sperm sekali ada unsur 18sx la pula


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: lupakan sementara apa yang berlaku let the pass by the pass, let the bygone be the bygone

:: TAHUKAH ANDA??? ::

by on 22.1.11
salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian, kali ini enrtry pasal pengetahuan am. saja review dan perah otak sikit.jom kita selongk...