:: KENA SAMUN DAN PUKAU!! ::

salam to semua geng kipas susah mati blogger sekalian. as you guys know , aku baru sahaja sembuh daripada demam panas ( terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan aku). so ingatkan baru habis demam bolehlah enjoy-enjoy dan chill sikit. tapi tidakku sangka, rupanya ada lagi perkara yang malang menimpa. semalam 20/1/2011 tarikh yang agak comel untuk benda buruk ini terjadi. semalam aku kena pukau dan samun arghhh!!!!!! lepas satu, satu benda terjadi dan respons daripada orang ramai ialah ' heih ko ni macam-macam lah'" ada yang kata ko ni memang badi ker??"..huhuuuuhu aku tak pernah minta pun semua benda ini terjadi. nak buat macam mana benda buruk ini semua ditakdirkan menimpa atas diriku, aku cuma redha saja as my friend said' Bad things happened for GOOD reasons' ...thanks Anis Hussin.


inilah handphone yang kena kebas itu,tak mahal pun tapi ini mak aku yang bagi so kira amat bernilai bagi aku
so tanggapan aku untuk bulan ini dikira REJECT !! fantastic January turn to haunted January. so mesti korang nak tau kan macam mana jejaka macho macam aku boleh terkena samun dan pukau bukan?? cerita dia macam ini....


semalam tepat pukul 8.30 malam, kiteorang turun ke kedai mamak depan rumah sebab abang kepada member aku nak tunjuk demonstrasi dan cara meniaga.
gambar pakcik google..kedai mamak.. 
 
so dekat kedai mamak itu kiteorang berborak-borak pasal bisnes kononnya nak dapat rezeki lebih ( cik mas ini bukan MLM yer heheehe) so tengah-tengah sembang, dia nak tunjuk cara dan kesan pakai sabun bisnes itu so kiteorang follow saja dia ke belakang kedai dimana dekat situ ada sinki. so tengah aku tengok muka member aku pakai sabun itu, tiba-tiba ada seorang pemuda menaiki motorsikal  yang berusia dalam  lingkungan 30 ++ bertanya kepada aku.so jom tengok sesi perbualan aku dengan dia.
-
-
-
-
-
-
-

pemuda bertopeng iblis ::" asssalamualaikum!, adik ini students ker?? "

aku :: " ye saye"

pemuda bertopeng iblis:: " adik ni students unikl ker??"

aku:: " tak, kptm"

pemuda bertopeng iblis:: " macam ni, dekat surau tu kolej korang ade buat moreh( jamuan).tak ade sape-sape ker yang panggil korang turun?"

aku:: tak ade pon
pemuda bertopeng iblis:: la, yer ke.. dekat masjid tu ade 135 bungkus nasi beriani tapi ade lauk yang tak bubuh lagi dalam polestrin, abang nak minta tolong adik boleh?? sebab takut basi nanti makanan tu. adik pandai bawa van tak?? motor ke???sebab abang nak bawa pergi ambil polestrin

aku:: van tak boleh tapi motor boleh la

pemuda bertopeng iblis :: sekarang jom ikut abang, suruh member panggil budak-budak kolej korang turun ambil makanan

aku:: ok2 kejap nak suruh member( waktu ini aku juz follow saja sebab rasa something)
-
-
-
-
-

pastu ketika ini aku sedang dibawa oleh pemuda ini ke kedai mamak yang berlainan dalam jarak 1.5 kilometer. dan sampai saja ke destinasi yan ditujui kami meneruskan perbualan...


-
-
-
-
-
pemuda bertopeng iblis : kejap lagi adik tunggu sini sampai van yang bawa polestrin datang. adik ambil no ini nanti kalau van dah datang adik call no ni..cuba adik misscall..

aku:: tak ada kredit la abang

pemuda bertopeng iblis:: owh ye ke..nah ambil no sim abang ini. kejap lagi kalau ada call, adik bagitau orang tu, abang pergi ambil member adik sebab nak pergi ambil makanan( time ini aku dah rasa bingung tapi still ikut apa yang disuruh)
-
-
-
-
tidak lama kemudian dia start enjin motor dia dan cakap nak  pergi ambil member aku.so aku tunggu dalam setengah jam terpacak.tapi fikiran aku kosong time tu. pastu setengah jam kemudian dia datang balik sebelum itu. aku terperasan dia berhenti dan mebelek sesuatu
-
-
-
-
pemuda bertopeng iblis:: dalam fon adik tu no sim abang kan?? pinjam jap nak buat satu call.
-
-
-
-
lepas daripada itu aku tak ingat apa-apa sampai member aku datang terus aku terkejut
-
-
-
aku:: ko buat apa dekat sini??

member:: tadi abang tu bawa aku dekat masjid hujung sana( dalam lingkungan 2km) dia cakap suruh tunggu ko kesian kat ko sorang buat kerja

aku:: abang tu suruh aku tunggu polestrin dekat sini..
-
-
-
-
so pada waktu itu kiteorang dah rasa terkena dan time tu aku tak ingat apa-apa cuma ingat sampai part tu je. and then kiteorang pergi tanya  ajk masjid dan dowang kata mana ada kolej buat moreh atau apa-apa. so time itu darah aku dah menyirap panas. pastu aku duduk lepak kejap dekat kedai mamak. time itu baru terperasan dekat tangan aku tinggal rubber case handphone dengan sim-card sahaja. pastu bila periksa beg duit aku guess what??? duit aku pun hilang!!! yeay!!! geram gila kot semua benda terjadi dalam satu bulan sahaja

1st awal-awal bulan dikejutkan dengan rumah kena pecah masuk habis hilang duit yang aku kumpul sejak semester 1 ( rujuk entry kena pecah masuk ) 2nd kena demam panas akibat makhluk yang seangkatan pemuda itu( rujuk entry kena ganggu dengan makhluk halus ) and now benda ini pula. heih dah la aku ni class rep dalam handphone itu pula ada no semua member TESL dengan pensyarah aku. itulah satu-satunya cara aku nak contact family aku dekat kedah itu. that's why aku decide nak jual mp5 player aku walaupun terpaksa..so harap korang boleh sebarkan pasal jualan mp5 ini yer sebab aku nak guna duit balik kedah...

inilah mp5 versi psp yang putih tu macam aku punya


yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: baru perasan dekat entry cik mas ada mendoakan aku sembuh.thanks banyak-banyak yer... kepada korang semua tolong erk hebahkan jualan ,mp5 player versi psp..harga 300 ratus kebawah,,,






 

8 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Ya Allah kesiannya.. apapun mungkin rezeki yg melimpah akan menyusur lepas ni.. Sy x penah kena pukau tp penah kena ragut Hp dlm McD.. tp pengalaman tu buat fobia smpai skang

nub said...

setiap kejadian ada hikmahnya ....

sabaq banyak2 naa

♥..cik_mas..♥ said...

azfar... setiap yg berlaku ada hikmahnya...apa pun tabah dan sabar... kehilangan dompet dan handphone. kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu tak hilang nyawa..apa pun cik mas sentiasa doakan yg terbaik buat kamu... kita kwn baik kan ? :)

pasal mp5 tu...try jual kat mudah dot com. ari 2 cik mas jual laptop kejap je dah de org nak beli.. :)

k-artz chasez said...

@THE LEKAT LEKIT STORYmekacih....

k-artz chasez said...

@nubye2 tngah cube ni.thanks bnyak2 yer

k-artz chasez said...

@♥..cik_mas..♥ ok cik mas..terima kasih bnyak2..... sjuk aty sikit

ahsfantasy24 said...

ya allah..
hmm dugaan..
sabar k wak..

mmg jahat gila setan tu :(

Myung Dae said...

Ya ALLAH , kesiannye . Memang kalau aq jumpe mamat tu .Aq tolong pukolkan untok ko . Nak buat mcm mane . Doa jelah yg mampu . Amin .

http://myungdae92.blogspot.com