:: PENJARA - PENJARA YANG MENGGERIKAN DI DUNIA ::

salam to all geng kipas susah mati blogger sekalian. hope you guys sihat.kali ini aku nak review pasal penjara yang kejam seluruh dunia. memandangkan bapa aku pegawai penjara so ianya membuatkan aku terlebih excited nak tulis entry walaupun dengan keadaan tangan masih berbalut.korang ingat penjara yang dalam filem itu semua rekaan ke? actually kebanyakannya diadaptasi dari real life.ada yang ngeri dan ada yang terlalu ekstrem untuk dilihat. penyiksaan dowang pula seolah- olah manusia macam mainan.


1.Penjara Carandiru (Brazil)
Penjara ini pernah  menggemparkan  dunia ketika berlakunya  rusuhan besar di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi tersebut menyebabkan ratusan nyawa terkorban .

Tragedi Caradiru bermula dari tercetusnya perang ‘antara geng’ di penjara tersebut. sehinggakan pihak polis meminta bantuan dari pihak lain ( power rangers ke??)  pada ketika  itu ramai banduan  telah menyerah diri  tetapi pihak polis membalas penyerahan diri tersebut dengan menembak mati mereka.disebabkan itu penjara carandiru ditutup pada tahun 2002 dan pihak polis menyatakan itu bukan kesalahan mereka kerana menembak mati banduan- banduan tersebut.

2. Penjara Bang Kwang (Thailand)

Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sebagai mini new york sebab teramatlah sesak selain kekurangan tenaga polis.Para banduan  dirantai sehingga menyebabkan ramai banduan menjadi gila akibat stress walaupun baru menduduki penjara tersebut selama sebulan. 


pengarah  penjara tersebut,  Khun Nattee mengakui,penjarannya adalah yang paling teruk dari segi hukumannya.  Di sini kemudahannya sangat terhad  termasuk kakitangan pegawai kesihatannya. banduan yang sakit hanya meringkuk dalam penjara dengan keadaan kaki dirantai sambil menunggu bekalan ubat - ubatan datang. ( itupun kalau dapat)

3.Penjara  ADX Florence Supermax : (Colorado) 

Penjara ini dibangun sebagai balasan atau hukuman keatas banduan yang membuat kesalahan di penjara lain di Amerika Syarikat. penjara ini menetapkan kawalan maksimum untuk mencegah terjadinya serangan daripara banduan seperti rusuhan . Para banduan mengalami penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam mereka hanya dihabiskan disel dan tidak boleh ke mana -mana 


Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk yang tidak boleh dilupakan  bagi mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari mana -mana penjara. golongan yang masuk kesini adalah  penjahat kelas tertinggi  termasuk yg telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah ‘neraka’ penjara yang boleh  mengakibatkan mereka  menderita seumur hidup.Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence.


Salah seorangnya ialah  Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang cakap bunuh diri. 


4. Penjara Alcatraz Island  (San Francisco, CA) 


Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island” . Dibangun pada tahun  1920-an. Segala ketidakselesaan  ada di sini.  Para banduan  terputus hubungan dengan dunia luar kerana berada di tengah-tengah pulau

Tidah hairanlah kalau ramai yang  terkena gangguan jiwa dan mental akibat tekanan psikologi yang luar biasa. Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak bercakap atau bersembang dengan banduan yang lain, kalau ada yang melanggar perintah ,hukuman sedia menanti bagi mereka. banduan juga  dilarang meluahkan emosi mereka . Mereka dipaksa diam dan membisu ! Hak hak sebagai seorang  manusia, di Alcatraz, telah dirampas. walaubagaimanapun , penjara ini ditutup pada 1963, tetapi sejarah  kegelapan terus ‘hidup’ dan menjadi legenda. 

5. Penjara San Quentin  (San Quentin, California)

 pada tahun 1930′ an,penjara ini mula ditubuhkan . penjara ini penuh dengan amalan rasuah sehingga akhirnya muncul pengarah  baru , Clinton Truman Duffy yang melihat amalan rasuah ini perlu dibendung

Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini terkenal dengan perilaku pegawai yang tidak adil terhadap banduan terutamanya terhadap banduan baru.Kepala mereka dibotakkan  dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor serta diberi makan  makanan yang tak seberapa. tambahan pula mereka menghuni sel yang sempit tanpa diberi lampu.

gambar diatas ialah salah satu geng  di penjara San Quentin yang melindungi  kaum yang berkulit putih
Di sini nyawa tidak ada harganya. rusuhan terus terjadi antara pegawai dan banduan.faktor ratio antara pegawai penjara dan banduan yang  tidak seimbang, menyebabkan  banyak hal terjadi diluar kawalan. 
6. Penjara Diyarbakr  (Turki) 
Penjara ini disebut sebagai penjara paling kejam di turki di mana segala penyiksaan dan dan penderitaan banduan kerap  terjadi. Dari 1981 sampai 1984, 34 orang banduan terkorban  kerana diseksa dari segi fizikal dan mental..
Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadap sistem pengelolaan  penjara. Mereka melakukan mogok serta  membakar diri sendiri sebagai bentuk protes. Namun ianya tidak berhasil. kemudahan  penjara ini ‘sangat mengerikan’ jauh dari yang diketahui umum. Di sini pernah terjadi peristiwa yang  menggerikan di mana kanak-kanak  dihukum di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup. penyiksaan  terhadap manusia seperti agenda  harian. tidak hairan jikalau penjara ini mendapat jolokan paling menggerikan

7. Penjara La Sabaneta (Venezuela) 

Venezuela juga memiliki penjara tak kurang ngerinya, di mana kekerasan  dan penyiksaan menjadi ‘santapan’ harian.kemudahan  yang sangat terhad ,menyebabkan wabak penyakit begitu mudah tersebar. Maklumlah, kakitangan perubatan  sangatlah terhad  bahkan nyaris tak ada langsung yang berani merawat mereka .
.sehingga wabak kornea meragut  nyawa sehingga  700 orang banduan .maut  bermaharajalela di La Sabaneta. Salah sedikit sahaja , pasti nyawa  melayang.pegawai staf penjara yang malas menguruskan banduan ,menyebabkan  para banduan bebas berbuat apa- apa .mereka bergaduh serta membunuh sesama sendiri. para pegawai penjara pula berlakon seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

8. Penjara Sante (Paris, Perancis)
Seperti penjara- penjara  ‘maut’ yang lain, di sini pun nyawa manusia seolah- olah  tidak  berharga.  .ramai banduan akhirnya menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh dengan lipas  dan tikus, membuatkan banduan semakin stress. 
 ‘ La Sante’  bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris.padahal kehidupan disini jauh tersiksa . kes rogol diantara banduan wanita semakin tinggi setiap hari.Tidak  hairanlah  kalau  banyak banduan  tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 ,dikhabarkan sebanyak 122 kes  banduan  bunuh diri Disusuli denagan seramai  73 orang banduan pada pertengahan 2003.

Kecenderungan membunuh diri ini kemungkinan kerana cara hidup yang agak  mengerikan di sana. Penjara yang terlalu padat,kemudahan terhad , serta pelbagai  kekerasan dan penyiksaan  yang terjadi di sana,menjadi faktor kes bunuh diri ini meningkat

9.Penjara  Rikers Island  (Rikers Island, New York) 

Penyiksaan yang melampau  membuatkan  penjara ini begitu terkenal  di amerika. Pada 2007, banduan , Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari pegawai penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 orang banduan  dilaporkan membunuh diri di selnya kerana tidak  tahan dengan suasana penjara yang melampau pada 2003. 
10.Penjara  Tadmor  (Suriah) 
Kematian di penjara ini seperti tidak  terhitung banyaknya. penyeksaan  di Tadmor begitu mengerikan dan tidak boleh dimaafkan. Seorang bekas banduan  Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan paling mengerikan.
 Pada 1980, selepas percubaan membunuh Presiden (di Damaskus), askar askar telah menyerang penjara ini, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Para askar  ini membunuh  500 orang tawanan di sel mereka. banduan- banduan mati dalam keadaan mengerikan ,kerana  tidak dapat menyelamatkan diri disebabkan  kaki mereka dirantai di sel.

senarai penjara penjara yang turut tersenarai sebagai penjara paling kejam

 Guantanamo bay 

bagram , afghanistan

 abu ghaib, iraq



yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: Tadi blog ini kena review dari darkbatman..thanks a lot.. so ade la kerja penarafbaikan blog ini akan dibuat. so tunggu la entry seterusnya..thanks yer darkbatman

4 comments:

syrupmasin said...

gile takot penjare2 nih..seramm ahh..sumpah bnyak hantu..haha

k-artz chasez said...

@syrupmasintau tak pe..based on experience

syrupmasin said...

based on experience ?? penah lalui ke??

k-artz chasez said...

@syrupmasinbapak kerja pnjra..huhuhu