:: 'SAHABAT'::

DEDICATED FOR YOU...

Aku sedih, kita dah tak macam dulu.
Kita dah tak selalu bersama, kita dah tak rapat.
Kita bawa haluan masing-masing.

Dulu kita rapat, dan ramai puji.
Ramai cemburukan kita.
Sebab kita dah macam keluarga.
Semua benda kita nak buat sama-sama.
Aku rindu waktu dulu.

Kau seorang pelajar yang hebat.
Aku cemburu, aku mengaku.
Aku tak sepadan degan kau, level kita lain.
Aku rendah.
Dan aku bangga dengan kau.

Aku masih ingat sebelum kau jumpa si dia.
Ataupun rapat dengan si dia.
Kau selalu tanya pendapat aku, yang mana lebih baik.
Tapi akhirnya kau pilih dia.

Dulu aku memang tak percayakan dia untuk jaga kau.
Dan aku terus-terang.
Kau terima.
Tapi lama-lama aku percaya dia memang untuk kau.
Dan kau janji tak kan lupakan aku.

Kau suruh aku jaga kau.
Takut kau dan dia melampaui batas.
Aku jaga, aku gembira tengok korang bahagia.
Dan bila aku rasa kau dah tak perlukan aku, aku lepaskan kau dekat dia.
Aku pesan jaga kau elok-elok.
Sebab kau pernah cakap kau tak suka berdua-duaan dengan si dia.

Tapi kau berubah.
Kau dengan dia macam belangkas, tak boleh berpisah.
Aku tengok dari jauh, tapi aku tak kesah.
Sebab aku tahu kau pandai jaga diri.

Dulu kau cakap kau tak suka berdua dengan dia.
Tapi sekarang kau degan dia sampai malam.
Kau cakap kau tak suka rapat-rapat.
Tapi kau tarik kerusi rapat dengan dia masa keluar makan.
Kau duduk dekat-dekat masa dalam kereta.
Aku tengok, aku perasan.
Tapi aku tak cakap apa-apa.
Itu hak korang.

Bila aku rapat dengan dia, kau salah paham.
Kau pulak makin jauh dari aku.
Aku tak paham, apa salah aku.
Sedangkan kau pon tahu aku sudah ada orang yang aku sayang.
Kau tak percayakan aku.
Aku sedih, aku kecewa.

Dan sekarang, kau masih tak percayakan aku.
Tapi aku nak kau tahu, aku bangga ada kawan macam kau.
Aku bersyukur kau sudi kawan dengan aku.
Aku tak kesah, walaupun selepas ni kita tak bertegur.
Sebab aku tahu kita pernah berkawan.
Dan itu adalah memori yang akan aku simpan sampai bila-bila.


Dan aku rindu waktu dulu.
Terima kasih kerana tak percayakan aku, BUAT KALI KEDUA.
 
yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum::  credit to nadiah coz write this entry on her blog. all of this poem almost 98 % same with my situation right now

3 comments: