Total Pageviews

:: APA ITU PEMBUNUH BERSIRI ::

Assalam dan salam sejahtera kepada semua geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. entry kali ini pasal pembunuh bersiri. hati aku tergerak nak tulis sebab tadi tiba- tiba terbayang pasal benda ini. apa itu pembunuh bersiri ?


diklasifikasikan sebagai membunuh ramai orang dalam beberapa insiden berasingan. terdapat jarak masa antara pembunuhan itu seperti beberapa hari, minggu ,bulan dan ada yang bertahun- tahun. kebanyakan pembunuh bersiri adalah orang yang gagal mengawal mental dorang. dorang tidak dianggap gila tapi menghadapi masalah personality disorder . hal ini boleh dilihat apabila pembunuh bersiri itu bersikap normal dihadapan orang ramai tapi disebalik charming mask itu ada kejahatan yang terselindung.



asal usul perkataaan ini muncul apabila ejen FBI ( bukan Faizal Ismail yer ) bernama Robert Ressler, memperkenalkan perkataan ini. tapi ada pendapat lain yang mengatakan perkataan ini datangnya dari Dr . Robert D. Keppel pada tahun 1970 - an yang lebih dikenali  sebagai detektif yang menjejaki pembunuh bersiri Ted Bundy. selepas kes ini, perkataan ini terus popular sehingga ke hari ini. 

ted bundy

FBI telah mengelaskan pembunuh bersiri kepada dua jenis :

TERATUR 
selalunya seseorang yang amat bijak ( mempunyai IQ dalam 105- 120 ) . mempunyai modus operandi yang lebih terancang untuk mengelak daripada dikesan serta selalunya menculik dan membunuh mangsa di lokasi yang spesifik .mereka ini selalunya arif mengenai bidang sains forensik.



TIDAK TERATUR 
- mempunyai IQ yang rendah  ( 80 - 95 ) .melakukan tindakan mengikut gerak hati tanpa perancangan yang teratur. membunuh manusia bila terdapat peluang. selalunya mangsa bunuh ditemui di beberapa lokasi yang berlainan . selain itu pembunuh bersiri jenis ini tidak bercampur dengan orang disebabkan masalah mental yang dihadapi.

MOTIF

VISI
- membunuh kerana halusinasi atau mendengar suara yang menyuruhnya berbuat demikian . walaupun sebenarnya jarang seorang pembunuh bersiri itu menggunakan motif ini.

MISI
- terdapat pembunuh bersiri yang membunuh kerana melaksanakan misi tertentu. pilihan mangsa mereka selalu berkait rapat dengan misi sebagai contoh membunuh pelacur atau orang kulit hitam .

HEDONISTIK 
- membunuh kerana mahu berseronok . ini termasuk membunuh kerana mahu menaikkan rangsangan seksual atau kerana ianya menjadi satu tabiat.

KUASA 
- ini adalah objektif yang biasa terdapat dalam diri seorang pembunh bersiri . dengan membunuh , dia merasakan dirinya berkuasa terhadap mangsanya. selalunya mangsa akan didera secara fizikal atau seksual bagi menguatkan lagi rasa " berkuasanya" .

MATERIAL 
- motif ini tidak jelas untuk mengkategorikan seseorang pembunuh bersiri itu. misalnya seorang pembunuh upahan yang bekerja di bawah kumpulan kongsi gelap tidak dianggap sebagai pembunuh bersiri . bagaimanapun , terdapat contoh seperti Marcel Petiot yang menyamar sebagai ahli pemberontak untuk menipu orang Yahudi semasa perang dunia ke 2 dahulu. dia mendakwa boleh menyeludup orang Yahudi itu keluar dari Perancis sebelum membunuh mereka dan mencuri barangan mangsa.  -


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: ngeri bila lihat keadaan sesetengah mayat yang dibunuh kejam

No comments: