:: KAWAN ATAU LAWAN ::

As - salam. hope korang dalam keadaan sihat walafiat. entry kali ini aku nak luahkan apa yang aku rasa terbuku sekarang ini. time ini aku tengah tulis entry dalam keadaan direnjis - renjis. faham tak? confirm 200 % tak faham. lupakan bab itu. aku nak tanya , korang mesti ada kawan bukan? aku pun ada tapi kini aku agak tertanya - tanya apa guna kawan kalau kawan itu sendiri dalam diam makan kawan dan menjatuhkan maruah kita dalam diam. adakah mereka yang bergelar " kawan" ini layak digelar kawan ataupun lebih layak digelar " lawan " ? satu pertanyaan disini kepada diri aku dan diri korang, pikirkan sejenak hal ini. sebelum aku pergi lebih lanjut kepada isu seterusnya ( macam diskusi pula ) , aku ingin tegaskan ini adalah blog aku dan aku punyai hak atas apa yang aku tulis selama ini. so kalau nak drag benda ini dekat luar nampak tak profesional pula bukan? so lebih baik cerita disini, dekat luar kita chill, right? 

aku terfikir teruk sangat ke aku ini sampai orang sanggup tikam dari belakang?  so untuk kepastian aku bertanya kepada hamba Allah ini yang aku anggap boleh dipercayai. dan jawapannya aku ok saja. Alhamdulillah..kenapa mesti terjadi macam ini? kenapa ada istilah kawan makan kawan? jawapan yang boleh aku beri mudah saja kerana orang itu sendiri yang bermasalah bukannya kita. ini disebabkan orang yang berkenaan hanya akan mencari kita bila kita senang dan bila kita susah hanya seribu alasan yang diberi. so macam mana nak elakkan dari benda ini? disini aku list pandangan seorang sahabat  mengenai cara untuk elakkan dan menghadapi masalah  ini.


  • hendaklah berkawan dengan semua orang. jangan sesekali memlih untuk berkawan dengan sesetengah individu
  • sebelum berkawan dengan lebih rapat dengan seseorang individu itu, periksa dahulu sejarah hidup dan latar belakang.banyak hal ini terjadi kerana kita terus mempercayai seseorang itu berdasarkan rupa paras yang alim - alim kucing dan yang memberi kita sesuatu benda.
  • pilihlah kawan yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan dan kepada kawan yang mendorong ke arah kemungkaran seharusnya kita jauhkan diri tetapi jangan sesekali putuskan tali persahabatan
  • kawan yang baik adalah seorang individu yang mengajak kita membuat kebaikan , membantu dan menyokong kita dari semua aspek termasuk rohani, jasmani , akademik, kedudukan dan kebaikan
  • elakkan diri daripada berfikir untuk menjatuhkan seseorang
  • sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh kawan kita . perlu diingatkan jangan sesekali kita membalasnya. 
  • bersabar dalam apa jua cabaran hidup kerana sabar itu merupakan separuh daripada iman
  • sentiasa berserah  kepada Allah S.W.T dan percaya kepada qada dan qadar.
  • kawan yang baik juga yang sentiasa berada dengan kita tidak kira susah atau senang.
so aku harap korang sentiasa bersabar sekiranya terjadi hal sebegini. dan ingatlah kawan yang makan kawan itu adalah orang yang sentiasa  bermasalah dan selalu menjadi hipokrit kerana ingin nampak seperti guardian dihadapan kita . so lepas ini berhati - hati dalam memilih kawan dan jangan sampai terpedaya dengan tipu helah dan daya tarikannya jika orang yang demikian mendatangkan keburukan kepada kita. wassalam

video

klip video ini banyak menerangkan situasi  dan pada masa yang sama memberi inspirasi kepada aku


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::
1.masih ada lagi talam dua muka yang suka mengambil kesempatan dekat aku
2.mengumpul iltizam untuk menyelesaikan masalah ini
3. jangan ingat diri kita tua, nasihat orang muda kita abaikan.
4.aku tak tujukan entry ini kepada sesiapa. cuma sekadar peringatan buat kita bersama .=)

2 comments:

eima Lee said...

thanks for this info... i like it :)

k-artz chasez said...

@eima Leehahah welcome...sharing is caring