:: PERLU KE AKU EXTEND LITERATURE UNTUK SATU SEMESTER ? ::

As- Salam to all geng kipas susah mati blogger dan readers sekalian. harap korang dalam keadaan sihat walafiat. mesti korang terpinga -pinga dengan tajuk entry diatas. extend ? apa maksudnya? maksudnya langkau ke hadapan atau drop untuk semester ini dan ambil balik untuk semester depan. kenapa aku nak buat tindakan drastik ini? susah sangat ke subjek ini? dan ingin aku ingatkan  yang aku nak ambil keputusan ini bukan untuk meniru sesiapa. baiklah sekarang aku cerita kenapa aku tergerak untuk buat demikian. 


salah satu sukatan subjek literature yang terpaksa aku berpura - pura faham.

actually ceritanya macam ini. sejak dari bangku sekolah memang aku enjoy belajar literature sampai aku boleh skor almost 100% betul dalam bahagian ini. tapi sejak masuk IPT ini aku rasa perasaan enjoy itu dari hari makin benci. aku cuba berpura - pura untuk enjoy belajar tapi itu sekejap saja sebab aku bukan jenis hipokrit. sekarang dah nak masuk bulan 3 dan 2 minggu lagi aku bakal menduduki mid - semester examination . walaupun dah nak masuk bulan 3 tapi sikit pun aku tak paham dan tak ingat apa- apa pasal subjek ini.tambahan pula kuiz yang baru ini aku cuma dapat 20/30. dan ada lecturer yang sudah perli sebab dapat keputusan teruk. 


kadang - kadang subjek ini yang membuatkan aku stress sepanjang hari sebab tak boleh nak catch up

ini baru kuiz pertama yang mengandungi asas literature belum lagi masuk kuiz kedua yang agak susah dari ini. adakah aku terlalu stress dengan subjek ini yang terlalu banyak assingment ? atau stress dengan lecturer ? ini membuatkan aku termanggu sekejap kerana lecturer itu tidak buat salah apa -apa pun cuma cara mengajar yang agak kebosanan sedikit. ditambah pula semester ini aku belajar bahasa perancis yang memerlukan daya ingatan yang tinggi untuk menghafal. kadang - kadang aku rasa menyesal pula tolak satu tawaran bawah SPA yang menawarkan aku ambil diploma pembantu perubatan . tapi menyesal kemudian tidak berguna. apa yang harus aku buat cuma teruskan perjuangan disini dan dapat apa yang aku impikan selama ini. untuk itu aku rasa baik aku extend subjek ini ke semester depan. boleh atau tidak aku pun tidak tahu lagi. kalau aku ambil semester depan , aku agak mesti aku boleh skor , daripada semester ini yang aku rasa macam tak belajar apa - apa.  aku seru kepada sesiapa yang berpengalaman please help and share with me your experience!! so perlu ke aku extend literature ke semester hadapan ?


yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: teslians yang lain macam mana korang belajar?

6 comments:

Anonymous said...

gi jumpe mentor la weyh~
:p
-Akem-

k-artz chasez said...

@Anonymousmentor tak berhasil la weyh

misznanarizal said...

literature?byk kan theories2 dia..fenin2..

eima Lee said...

ada kawan yg drop subjek ni..
kene jmpa miss suzana dulu n then klau dia "on" kena byr kompoun rm10...
pastu dapatkan tandatgn miss salinah...
mmg ssah giler nk dapatkan tndatgn dia, kena pujuk dan merayu2 barulah kwn aku tu dpt... but at last miss salinah marahkan dia sbb drop subjek tu

k-artz chasez said...

@eima Leeyer ker??? susah gak ni...kne pkir blik ni

Anonymous said...

tak payah extend. buang mase laaa~
abeel.yg berenti kolej tu.haha