Total Pageviews

:: EARTH HOUR ::

As - Salam braders dan sistah sekalian. hari cuti ni mesti ada yang kesempatan pergi bercuti , tengok wayang pe semua tapi aku duduk rumah je siapkan kerja yang mana tak siap. hari ini 26 hb mac iaitu hari "Earth Hour".cakap pasal Earth Hour ni teringat pula kenangan masa duduk kat asrama. waktu tu, macam biasa pukul 8.30 kan waktu prep ( study ) bagi budak asrama. pastu kononnya waktu tu kami tak nak study so dengan megahnya aku pergi tutup bekalan elektrik satu blok. lepas tu warden tersedar.apa lagi kena kejar dengan rotan la jawabya.hehehe.




  apa maksud Earth Hour ni? jam Bumi ke? tak, sebenarnya "Earth Hour" ni merupakan satu kempen dunia yang dijalankan sebagai tanda kita menyokong masalah perubahan iklim. korang tau tak, kalau tahun lepas , 6 juta rakyat Malaysia telah terlibat dalam kempen ni. Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Tenaga Nasional Berhad bahawa dalam tempoh tersebut, penggunaan tenaga elektrik telah berkurangan sebanyak 550 megawatt elektrik. Ini bersamaan dengan 14 juta lampu fluorescent yang menggunakan 40 watt.




 Earth Hour  bukan hanya membawa maksud bagi simbolik menutup lampu selama sejam dalam setahun itu sahaja. Ia sebenarnya satu langkah untuk menyedarkan orang ramai tentang isu perubahan iklim dan kesannya ke atas manusia. Oleh itu, kita semua  perlu melakukan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan kesan tersebut. so korang tunggu apa lagi tepat pukul 8.30 malam ni jom sama - sama kita tutup lampu sebagai sokongan kepada kempen ni. sekian saja entry kali ini, merci! As - Salam...

yang memberontak dengan ekzos:: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum:: jangan tunggu hari ni je nak berjimat eletrik, hari lain pun kenalah berjimat sama yer...

No comments: