Total Pageviews

:: RETRO FASHION SHOW DAY 2011 PART 1 ::

As - Salam kepada semua geng kipas susah mati bloggers , readers , braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak minta tumit  sebab lama sangat tak update blog. ada yang kata aku merajuk dengan dunia blogging.kan dah lari followers. heih pandai - pandai je kau ni nyah. hehe sebenarnya minggu lepas aku teramatlah sibuk sebab terikat dengan komitmen untuk menguruskan retro fashion show day 2011. semalam barulah dapat tidur dengan nyenyak. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun disebalik pembikinan acara ini terdapat 1001 rintangan yang perlu dihadapi demi menjayakan acara ini sebaik mungkin.

so untuk part one, aku nak dedikasikan entry ini buat semua krew - krew, koreografer dan mentor kiteorang yang telah bertungkus - lumus menjayakan event ini. haaa.. cakap pasal koreografer, apa kena mengena dengan retro fashion show? sebenarnya memandangkan acara ini adalah acara anjuran team kiteorang, jadi kiteorang kena buat persembahan sempena acara ini. koreografer kiteorang ialah Akira dan Fafar.

akira dan fafar, koroegrafer kiteorang, thanks a lot!!

aku memang tabik KLCC dengan dorang ini sebab sanggup menghabiskan masa dorang dengan mengajar kiteorang menari sampai tengah malam pula tu. memang terharu giler. berkat kesungguhan kiteorang semua, dalam masa 2 hari kiteorang dah boleh menari dengan baik. terima kasih akira, fafar!

kepada semua krew - krew aku yang disayangi sekalian. ( ayat tak boleh blah, nak penampo please! ).

sebahagian daripada krew yang terlibat

 terima kasih dan tahniah aku ucapkan kepada kita semua kerana berjaya merealisasikan impian mentor kita untuk lihat acara ini berlangsung dengan lancar. selain itu aku nak minta maaf juga sekiranya tugas aku sebagai CEO korang tidak berjalan dengan baik.aku harap dimasa yang lain kita boleh bekerja sekali lagi sebagai satu team yang mantap. love you guys!!


so setakat ini dulu  cerita part 1.nak tau cerita ,gambar dan video disebalik retro fashion show kenalah tunggu part 2 yer kawan - kawan. sekian saja entry aku kali ini, merci, As -Salam!!!

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : lepas ni sibuk dengan drama pula...

No comments: