Total Pageviews

:: OSAMA BIN LADEN DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA ::

As - Salam kepada semua readers dan bloggers yang tengah membaca entry aku kali ini. tadi aku terdengar satu berita yang mengatakan ketua kumpulan Al- Qaeda, Osama Bin Laden telah dilaporkan meninggal dunia akibat satu serangan oleh perisik dari Amerika Syarikat. 

adakah berita kematian osama merupakan satu konspirasi?


WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.

Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New ork dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.
Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering beranggapan bahawa beliau bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan. - AFP



tapi aku agak terkejut juga sebab semalam breaking news mengatakan anak dan cucu Gadaffi yang dilaporkan terkorban tapi hari tiba - tiba dikejutkan dengan kematian pemimpin yang paling dikehendaki oleh kerajaan Amerika Syarikat. aku tak berani cakap apa, sama ada ini satu konspirasi atau kebetulan,hanya Allah Yang Maha Mengetahui. sebab dari dulu lagi orang cakap pasal Osama seingat aku masa aku umur 8 tahun pun orang dah mula bercakap pasal Osama sekarang aku dah cecah 19 tahun bayangkan berapa lama dunia bercakap tentang Obama. apa pun kita doakan supaya negara kita tidak terjadi seperti negara - negara yang terlibat dengan perang di luar sana. Aminn,Merci, As - Salam!!

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum :malam ini aku bertolak balik ke kl, doakan keselamatan perjalanan aku :D 

No comments: