Total Pageviews

::SELAMAT HARI GURU ::




assalamualaikum! kepada semua yang sudi lagi buka blog aku yang lagi usang ni.tanggal 16 Mei, sape tau tarikh ni tarikh ape? haa ni la tarikh birthday aku. ok aku tipu kat situ. meluat giler kan? kalau tak suka. aku izinkan korang klik butang X di hujung desktop korang. gedik gila aku sejak kebelakangan ni. buat korang yang tak tau ni tarikh apa sebenarnya, tanggal 16 Mei ni adalah tarikh bagi sambutan hari guru.buat korang yang nak dengar lagu hari guru tahun ni, sila terjah blog Si LampuNeon yer!

SK SULTAN YUSSUF,BATU GAJAH,PERAK

IDENTITI SMK POKOK SENA,KEDAH

guru ataupun cikgu adalah insan istimewa yang banyak berjasa kepada kita dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. aku ingat lagi pada tarikh ini juga, berkat usaha aku dan ilmu yang dicurahkan, aku berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records pada tahun 2003 untuk tiupan seruling berirama paling lama bersempena Hari Guru.bila difikirkan balik kenangan aku dengan cikgu - cikgu  masa zaman sekolah memang banyak dan tak boleh dilupakan.
rindu giler nak pakai baju sekolah hahaha

kenangan time sekolah


antaranya aku masih ingat lagi masa di tingkatan 5, boleh dikatakan subjek kimia aku asyik gagal jer.jangan tanya subjek add math yer. hahaa. jadi memang time tu aku mati akal dah. tak tau wayar dalam otak short kat mane sampai tiap kali exam je fail. sampai la lagi seminggu lagi nak SPM pun aku masih lagi dalam dilema tak tau camner nak bagi lulus subjek ni. tapi alhamdulillah insan yang bergelar guru iaitu Puan Rosnah merangkap guru kimia aku sanggup menghabiskan masa lapang beliau bersama keluarga semata - mata untuk mengajar aku dan 4 orang rakan yang lain untuk lulus subjek ini. memang terharu giler. dan alhamdulillah apabila keputusan SPM diumumkan subjek kimia aku lulus dengan cemerlang.

jadi dikesempatan ini, aku nak dedikasikan entry ini khas buat para guru di SK Sultan Yussuf,Batu Gajah,Perak dan di  SMK Pokok Sena,Kedah dengan ucapan Selamat Hari Guru buat cikgu - cikgu yang disayangi sekalian. terima kasih kerana tak jemu mendidik kami sehingga kami kenal apa itu ABC dan 123 serta membantu kami menjadi insan yang berjaya.dan tidak dilupakan juga kepada semua guru - guru atapun insan yang digelar pendidik,Selamat Hari Guru,Terima Kasih Cikgu! Jasamu Dikenang.





yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: 
1.tak lupa kepada cikgu shida.selamat hari guru,kali ni ade gimik x?
2.terlalu banyak kenangan time sekolah. rindu tahap dewa!

8 comments:

Unknown said...

wah, bestkan ad guru yang sanggup luangkan mase mengajar demi kejayaan kita.. sungguh mulia seorng guru itukan..

Mrs Nurul said...

perghhh ade orang tu pengawas sioot..! hahahaha selamat hari guru bebeh ! = ) cute ahh gamba dulu2 haha

khai artzfar said...

@cucu umieyup...terlalu mulia

khai artzfar said...

@░♥si lampu neon♥░siot je ko kan..cam plak ko erk? happy teachers day haha

Unknown said...

cantik header.huhu.selamat hari guru =)..rindukan zaman sekolah.huhu

khai artzfar said...

@Rozuan Ismailtrima kasih bnyak2..btul2 rndu

kudabesi said...

pinjam art design hari guru tu..aku nak letak kat blog kelas PISMP2 ipba

khai artzfar said...

@kudabesihahaa amik je la ..