Total Pageviews

:: SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA ::

Assalamualaikum semua .

syawal datang lagi ! yeay iklan tora datang lagi. dah raye la weyh. jadi aku agak semua anak rantau dah balik ke kampung masing - masing. buat yang tengah dalam perjalanan pulang tu hati - hati di jalan raya yer. dan buat incik dan mak incik yang kene bekerja hari raya tu, bersabar banyak - banyak yer.tak pe bekerja demi produktiviti negara. sorry weyh baru hari ni dapat wish hari raya sebab terlampau sibuk membasuh baju , tanam pokok bunga, mandikan anak. hehe abaikan sebab aku dah mengarut.



 untuk aku , cuti yang berbaki beberapa hari saja lagi ni, akan cuba aku isikan dengan kegembiraan walaupun sebenarnya hati aku amat perit untuk diungkapkan kerana baru kehilangan insan yang telah pergi buat selama - lamanya. apa pun aku akan cuba menikmati syawal kali ini. jadi buat korang - korang sekalian, raya tu raya lah juga , tapi jangan lupa kesihatan diri dan berhati - hatilah di jalan raya. dalam kegembiraan jangan lupa buat insan yang dalam kesusahan. sama - sama kita hulurkan bantuan untuk ringankan beban agar syawal kali ini bermakna buat kita semua. 






jadi motif raya aku kali ini cuma nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua pembaca Blog K.H.A.Z , rakan - rakan blogger, rakan - rakan serta yang mengenali diri ini. ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya terdapat salah dan silap, terlanjur perkataan ataupun mana - mana perlakuan aku yang menyinggung dan mengguris hati perasaan mana - mana pihak.

tanggal 1 syawal semua umat islam merayakan aidilfitri setelah sebulan berpuasa. hiba dan sayu mengenangkan ramadhan melabuhkan tirainya. begitu banyak peristiwa yang mengajar aku 1001 erti kehidupan dalam ramadhan kali ini. bagi aku, ramadhan kali ini tidak cukup puas untuk aku alaminya. seperti baru semalam ramadhan baru bermula. tapi apakan daya, hari berganti hari, bulan berganti bulan. harapan aku, agar ramadhan akan datang aku diberi sekali lagi peluang untuk menikmatinya. insyallah,amin..Setakat itu saja motif aku kali ini, dan aku juga akan mengambil cuti berblogging untuk beberapa hari,gedik  kan? selamat hari raya dan juga selamat hari kebangsaan! wehoo merdeka! merdeka!merdeka!






 bebot menderum : selamat hari merdeka raya!! mohon maaf zahir dan batin

No comments: