Assalamualaikum kepada semua braders , sistah dan juga geng kipas susah mati sekalian. 1st aku nak minta maaf sebab sekarang ni dah macam chipsmore dekat dunia blogging ni. maklumlah dah nak dekat final semester ni dan  juga disebabkan kesihatan diri yang tidak mengizinkan, menganggu aku sedikit  untuk terus berkarya dalam dunia blogging ni.

 berkenaan tajuk entry kali ini, kalau dulu buat geng kipas susah mati yang pernah baca entry aku pasal dikacau makhluk halus , kali ini kejadian yang hampir sama berlaku sekali lagi di tempat yang berbeza dan agak teruk jika dibandingkan kejadian yang terdahulu. aku mula sedar kejadian pelik ini selepas raya sejurus aku pulang ke rumah sewa aku di Kuala Lumpur. 



masa itu , hati aku masih lagi sedih sebab baru kehilangan kawan baik waktu sekolah. setiap hari, dalam pukul 2 hingga 3 pagi , aku akan terbangun dengan sendiri daripada tidur. perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan aku sehingga kadang - kadang membuatkan beliau takut untuk melihat aku. 

dia cakap aku akan bangun daripada tidur seperti mayat bangun (seperti dalam filem dan tidak ada kaitan dengan mana - mana pihak ) dan akan tidur semula. kalau kadang - kadang biasalah mungkin terkejut atau apa tapi kejadian ini setiap hari berlaku. 

dan setiap pagi apabila aku bangun pagi untuk ke kolej, badan aku akan terasa sakit dan sengal - sengal. kejadian ini bertambah teruk bila aku mula meracau antara sedar dan tidak sedar tiga hari lepas ( malam ahad ). masa tu, pukul 2 pagi, aku dan beberapa budak rumah aku baru balik daripada menghadiri rumah terbuka kawan di kajang. 



sampai saja di rumah , salah seorang kawan aku sedang sakit. so dia mengadu badan dia kebas - kebas. aku time tu duduk kat kerusi meja makan sebab letih sangat dan cuma tengok keadaan kawan aku dari jauh. sedang aku terleka melihat beliau, tetiba bahu aku terasa sengal dan berat sekali seperti ada orang duduk atas bahu. aku menoleh untuk melihat bahu aku , tetapi tak ada apa - apa pun. 

pada ketika itu juga dunia aku tiba - tiba kosong. segala - galanya gelap. kawan aku cakap waktu tu aku hanya memandang tajam salah seorang kawan aku dan pada ketika itu juga aku mencapai sebuah gelas seramik dan menghempasnya di atas meja. 

semuanya berlaku tanpa aku sedari. bila aku sedar , seluruh badan aku terasa kebas, jari aku luka - luka akibat terkena serpihan gelas seramik dan tatkala selepas itu tertidur akibat kepenatan. keesokan malamnya, mak mentua kepada bapa saudara aku membawa aku pergi berubat di pusat perubatan islam berdekatan.

dan jawapan yang diberi oleh ustaz tu, dalam badan aku terdapat dua ekor jin yang sedang bertenggek atas bahu dan mencengkam pinggang aku. beliau turut menyatakan jin tersebut telah berada dalam badan aku setelah sekian lama. waktu itu juga proses pembuangan makhluk tersebut dijalankan tetapi selepas aku balik bahu aku tiba - tiba kembali berat. 



insyallah aku akan pergi berubat sekali lagi dengan kadar segera. cuma aku nak pesan kepada korang semua ini sebagai pengajaran kepada aku dan korang semua. 

Dalam Islam, kita dituntut untuk berdoa setiap kali melakukan sesuatu perkara. melihat cermin, masuk ke dalam tandas dan yang lain - lain semuanya mempunyai doa tersendiri. hikmah disebalik doa itu sendiri adalah seperti contoh aku sendiri untuk menghindarkan diri daripada gangguan makhluk tersebut. jadi renung - renungkan...

**gambar adalah sekadar hiasan semata - mata 
**gambar ehsan google
bebot menderum: situasi sekarang antara sedar dan tidak sedar
Assalamualaikum kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekalian. lama dah rasanya tak menghentak keyboard laptop ni, kekekekee. buat korang semua yang masih tak tahu lagi berkenaan pengedaran tiket LRT dan Monorel percuma kepada semua pengguna nya, jom kita review sikit artikel daripada Berita Harian Online


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN 

jadi buat korang yang duduk area berdekatan LRT atau Monorel tu bolehlah dapatkan tiket percuma tersebut dengan kadar segera. walapun boleh guna untuk Sabtu , Ahad dan Cuti Am, tapi sekurang - kurangnya dapat kurangkan penggunaan kenderaan di jalanraya dan semestinya jimatkan duit,kan? khabarnya harga tambang pun akan diberi potongan menjelang 2012 nanti.kekeke....

 inilah rupa tiket LRT dan Monorel percuma.

bebot menderum: pendek pula aku rasa artikel kali ni =_='

Pukul 1.15 petang.

 " Hello,Assalamualaikum,khairul..kamu dekat mana? "
" Orang dalam kelas ni, kenapa mak? bukan tadi baru lepas call ke? ada apa - apa yang terlupa ke ? " 
"Mak nak bagitau ni , tapi......"
"Ape dia? bagitau je la sebab tengah kelas ni "
" Tuan Hj Zulkiflee dah meninggal dunia pagi tadi, kuatkan semangat tau , sama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah untuk arwah. "

perbualan telefon antara aku dan mak terhenti disitu saja sambil digenangi airmata. aku kena terima hakikat yang Tuan Hj Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai papa Zod dikalangan kami telah pergi buat selama - lamanya menghadap Ilahi. baru dua minggu lepas, aku kehilangan kawan baik aku kini giliran arwah papa Zod menghadap-Nya. lantas aku mengemas barang - barang aku dan meminta izin pensyarah  untuk pulang lebih awal. waktu itu rakan aku kebanyakannya tergamam seketika, lantas muncul 1001 pertanyaan daripada mulut mereka .aku mengabaikannya kerana waktu itu hanya gambaran wajah arwah dalam fikiran aku.



Pukul 4.00 petang

aku menaiki bas untuk pulang ke Kedah. bas yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada pukul 3.30 petang berlepas agak lewat sedikit. segala perancangan aku untuk menyertai trip bersama rakan fasilitator kolej keesokan harinya  terpaksa aku batalkan memandangkan aku ingin pulang ke Kedah.sewaktu dalam bas segala kenangan bersama - sama arwah bermain dalam fikiran.aku masih ingat sewaktu arwah mula - mula datang ke sekolah aku. mukanya agak garang tapi dalam hatinya  dan segala perwatakannya terdapat satu tarikan yang membuatkan semua orang begitu senang dengan beliau. bak kata orang kehadiran arwah ke sekolah kami memberi sinaran dan harapan baru. segala kejayaan dan impak sekolah diakui oleh pelbagai pihak hasil usaha arwah papa zod bersama guru - guru. 



masuk tahun 2009 apabila aku masuk ke asrama,hubungan kami dengan arwah bertambah erat apabila aku dan beberapa orang rakan yang lain ditugaskan oleh arwah papa zod untuk membantu beliau mendirikan tanaman kulat cendawan. alhamdulillah tanaman kami menjadi. disitu kami banyak berkongsi pendapat dan pengalaman masing - masing. setiap kali perbualan kalau tidak diusik oleh arwah memang tidak sah. ada je lawak dan bahan usikan arwah kepada kami. apabila musim peperiksaan menjelang tiba, arwah meminta kami untuk berusaha tingkatkan prestasi. hanya itu yang ingin dia lihat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, kejayaan anak - anaknya dalam pelajaran. malah aku masih ingat lagi arwah berseloroh mengatakan jika ada yang memecah rekod pencapaian sekolah , dia sanggup berpakaian baju t - shirt pagoda dan berkain pelikat ke sekolah.begitu banyak kenangan bersama arwah papa zod yang tidak mampu aku ungkapkan semua disini.kini semua itu tinggal kenangan, hasrat aku untuk bertemu dengan arwah semasa aidilfitri tempoh hari tidak juga kesampaian.

Pukul 10 . 30 malam

sedang aku mengimbas kembali kenangan bersama arwah, aku mendapat panggilan daripada adik aku yang mengatakan salah seorang adik aku kini dikejarkan ke hospital. semua adik beradik aku kini diruang menunggu wad kecemasan hospital menunggu keputusan daripada doktor. aku masih didalam bas dan  harapan aku waktu itu mengharap doa dan semangat daripada kawan - kawan untuk menghadapi segala kemungkinan . dalam pukul 11.30 malam aku selamat tiba di bumi hijau kuning. lantas aku mengambil teksi berhampiran untuk ke hospital. sampai disana aku bersama adik - beradik aku yang lain menunggu ibubapa kami keluar daripada wad tersebut. sejam kemudian, ibubapa aku keluar daripada wad tersebut dan adik aku alhamdulillah, tidak menghadapi penyakit yang serius. cuma keadaan adik aku yang berada dalam tekanan membuatkan dia jatuh sakit. waktu itu juga aku mendapat SMS daripada sahabat aku yang mengatakan , jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada sebelah petang.Alhamdulillah...

segala - galanya berlaku dengan pantas apabila aku kehilangan dua insan yang cukup bermakna dalam masa sebulan. mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian. setiap yang hidup pasti akan mati.insyallah aku cuba untuk mengumpul semula kekuatan untuk mengharungi setiap liku - liku kehidupan. buat  kita yang masih hidup, berusaha cuba mengumpul saham untuk akhirat kelak, buat mereka yang telah pergi, sama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah.salam takziah daripada Blog K.H.A.Z kepada keluarga Allahyarham Tuan Hj Zulkifleee B. Hj Khamis.semoga roh allahyarham  dicucuri rahmat.

AL - FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM TUAN HJ ZULKIFLEE B. HJ KHAMIS 
DAN 

 bebot menderum: terima kasih atas doa dan semangat yang diberikan !
As - salam kepada semua braders dan sistah sekalian. negara hari ini digemparkan dengan penyebaran berita tentang isu arak dalam biskut keluaran munchy's. biar betik betul? 


haa jangan salah sangka pula. sebab melalui kenyataan media , berita tentang isu tersebut adalah palsu! bukan pasu erk tapi palsu.  JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan..

 "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak". 

Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya. 



Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013. JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di http://www.halal.gov.my/ untuk pengesahan. haa jadi janganlah memandai buat andaian weyh. tak baik tutup rezeki orang.camner kalau jadi kat kite? pikir - pikir......

 bebot menderum:penggemar biskut
As - salam semua braders dan sistah sekalian. sekarang ni kita masih dalam bulan syawal bermakna raya pun tak habis lagi. jadi mesti ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka. jadi tak terkecuali untuk kiteorang. so tempoh hari kiteorang ada collect duit sorang sikit dan beli apa - apa yang patut. yang bestnya semua hidangan kali ini kiteorang yang masak. haa! siapa kata lelaki tak reti masak. masak bukan sebarang masak ok! tapi sebelum korang baca ayat seterusnya, dalam otak fikiran korang mesti fikir, alah dorang ni mesti masak air , nasi je. haha air bukan sebarang air , nasi bukan sebarang nasi. kiteorang masak rendang daging, ketupat nasi , soto ayam , bihun sup , cup cake dan ditambah dengan juadah yang dibawa oleh member kiteorang , spagheti cabonara (err betul ke aku eja ni -,-' ) kuah kacang , koktel dan big apple donut. 







actually aku just masak rendang daging tu jer yang lain member rumah aku yang masak. tapi still hebat kan? kening - kening. haa ingat senang ke nak buat semua ni? tak tidur malam oowh nak buat ni.ingatkan tak jadi dah tapi akhirnya menjadi juga. sorry kalau sapa yang makan tu rasa dia terlebih pedas -.-' jadi tak de motif apa pun entry kali ini saja je nak bagitau kiteorang pun buat juga rumah terbuka tapi edisi bujang kekee.so buat sapa - sapa yang datang tu thanks yer! 





buat yang tak datang ,terlepas pandang tak dijemput lain kali kiteorang buat lagi yer.jadi aku rasa tak terlewat lagi kot untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.ok chow bebeh!!


 bebot menderum: dapat 2 bini baru

As - Salam kepada semua kaki bloggers , readers,brader dan sistah sekalian

berkenaan dengan tajuk di atas( aiceh dah macam surat rasmi pulak) cut tari,bekas skandal seks Ariel Peterpan yang turut dikaitkan dengan Luna Maya telah dilaporkan meninggal dunia. 



Actually ni sebenarnya khabar angin , sama macam berita kematian Jackie Chan dulu.berita khabar angin ni tersebar luas dalam Blackberry Messanger (BBM) yang mengatakan Cut Tari meninggal dunia . Namun begitu pihak Cut Tari menafikan berita itu dan mengatakan bahawa Cut Tari kini sedang menjalani penggambaran. Meh kite tengok apa yang ditulis dalam BBM tersebut 



jadi berita ini cuma khabar angin.biasalah kalau dah #femes tak terkena gosip,kontroversi,khabar angin memang tak sah. jadi kalau nak tengok video cut tari tengah ehem - ehem dengan ariel peterpan meh klik sini! enjoy the video okay!! chow bebeh!!


 bebot menderum: best tak video dorang???kekeeke





 bebot menderum : Al - Fatihah buat Allahyarham Megat MohdFaeznor B Alweei.Amin