As - Salam kepada semua geng kipas susah mati bloggers , readers, braders dan sistah sekalian. berkenaan dengan tajuk diatas, macam biasa aku selalu terlambat mengetahui perkembangan terkini. tapi apa pun aku still nak tunjukkan korang pasal entry ini. kalau dulu korang dah baca pasal kononnya di India telah muncul seorang manusia yang dikatakan menyerupai dajal yang boleh menyembuhkan penyakit orang dan sebagainya(rujuk entry lepas ). tapi bila aku baca surat khabar baru - baru ini yang mengatakan jelmaan dajal atau dia lebih dikenali sebagai Sai Baba telah pun mati akibat serangan jantung. adakah ini satu konspirasi ataupun realiti? tapi menurut akhbar memang dia telah dilaporkan mati.



PUTTAPARTI, India: Tokoh agama berpengaruh India yang mempunyai pengikut di seluruh dunia, Sathya Sai Baba, meninggal dunia.
Beliau meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Seorang doktor, Dr A. N. Safaya melaporkan Sathya meninggal dunia pada pagi Ahad selepas seminggu bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan di Institut Perubatan Sains, Sri Sathya Sai di sini.Wanita mula meletakkan kalungan bunga sempena memperingati kematian tokoh agama tersebut di kawasan perkampungan beliau di Puttaparti selatan Andhra Pradesh.
Para pengikut Sathya pula berkumpul di kuil tempat beliau bakal diletakkan hingga Selasa depan sebelum disemadikan.
Sathya mempunyai ramai pengikut di lebih 126 negara di seluruh dunia.
 -AFP
dia tidak layak disembah
so ternyatalah sai baba ini hanyalah manusia biasa. mungkin magis ataupun kelebihan yang dianggap selama ini hanyalah silap mata sahaja ataupun sihir. wallahualam. sekian saja entry aku kali ini. merci, As - salam!!
yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : kita hidup di dunia ini hanyalah sementara tiada yang kekal melainkan ALLAH SWT.
As - salam kepada semua bloggers dan readers yang masih lagi ligat membuka blog aku yang sekadar dipinggiran ini. hahaa ayat mengedik! seperti tajuk di atas, ya memang benar aku bakal menghabiskan semester 2 sebagai pelajar Diploma In TESL tapi bukan penghabis entry erk, sebab aku dah mula jatuh cinta sama ini blog. jadi memandangkan semester 2 hampir melabuhkan tirai dengan final exam sebagai titik noktahnya, mestilah aku mula sibukkan diri nak study. cakap pasal study ni, perghh ada killer subjek yang betul - betul buat aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan sewaktu dengannya. subjek itu adalah grammar dan french.bukan french fries yer tapi bahasa perancis. aku pun pelik bahasa perancis kali ini langsung tak sama macam aku pernah belajar. sekarang rasa menyesal pun ada sebab tak ambil bahasa perancis dulu. tapi apa boleh buat, just go on dan cuba sedaya upaya untuk lulus dengan cemerlang. 

family TESL section 5

sebahagian daripada komuniti Teslians KPTM

dalam kesibukan aku mengulang kaji pelajaran, aktiviti - aktiviti lain pun aku ada sertai sebagai penamat semester ini iaitu grand annual dinner KPTM, persembahan di legend hotel,dah mula start mengajar, dan jamboree in the air sempena hari belia 2011. so aku teramatlah sibuk untuk semester ini. dalam kesibukan, buku jangan dilupakan ingat tu. so dalam kesempatan ini aku nak dedikasikan entry ini buat semua sahabat dan teslians KPTM.( dah macam ucapan hari raya -.-). untuk kawan - kawan semua aku doakan korang semua buat yg tebaik masa final nanti.same2 kita doakan kejayaan semua .untuk semua teslians ,kita jumpa next semester dalam satu komunti teslians dgn penambahan ahli baru.dan aku mewakili ahli jawatankuasa yang lain memohon maaf jika ada salah silap terkasar ke buat korang semua sakit hati atau tidak menjalankan tugas dengan baik.semoga berjaya kawan - kawan. aku rasa itu je kot entry aku kali ini. aku harap korang tak lupa doakan kejayaan aku sekali hehee. so macam biasa kalau suka sila "like" kalau tak suka sila "unlike", tu pun kalau jumpa, hehehee. sekian saja entry aku kali ini. jumpa lagi pada entry yang akan datang, merci, As- Salam!!


yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : terlalu risaukan subjek bahasa perancis :(
As - salam semua. hari ini aku nak tunjuk kat korang tanda - tanda imam mahdi yang aku dapat dalam sesawang facebook. sama - sama kita renungkan.




Kata sahabat R.A.,
“Pada bahu al-Mahdi terdapat tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad SAW.”
Suatu perkara yang amat tidak dipedulikan orang ialah cap kenabian Nabi Muhammad SAW yang terdapat pada tengah-tengah dua belikat Imam Mahdi. Kalau dengan Nabi Muhammad SAW dahulu, orang-orang Yahudi dan Nasrani meneliti tanda ini untuk mengesahkan kebenaran individu yang bernama Muhammad SAW itu, maka Imam Mahdi pun demikian juga, bagi kita umat Islam.

Apabila yang zahir itu mengaku dirinya Imam Mahdi, maka mintalah ditunjukkan cap kenabian itu dari belakang badannya. Jika benar, maka sahlah dia itu memang Imam Mahdi seperti yang disebut-sebut. Jika tidak ada cap kenabian itu, maka bohonglah dia. Cap kenabian itu besarnya seperti telur burung merpati, tulisannya berwarna hitam, huruf - hurufnya jelas, bentuknya seakan-akan membonjol keluar (melengkung) dan bukannya tatu, yakni ditekan dengan alat oleh manusia. Cap kenabian itu bukan dibuat oleh manusia dan tidak akan padam selama-lamanya. Di sekeliling cap kenabian itu ada bulu roma yang halus tumbuh, yang mengelilingi cap itu. Keadaan seperti ini mustahil dapat ditiru-tiru oleh sesiapa pun, kerana tidak ada kemudahan dan
peralatan yang mampu meniru seperti sifat-sifat yang ada itu. Hanya Imam Mahdi dan Rasulullah SAW sahaja yang diberi keistimewaan mempunyai cap kenabian di belakang badan, di antara dua belikat mereka.


Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:

“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’

Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keb...erkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:

“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:

“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.

Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”

(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:

“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:

“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’

Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’

Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”

(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)

Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:

“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’

Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’

Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’

Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’


Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.

Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’

Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’

Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”

(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:

Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.

Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:

Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:

‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’

Beliau pun menjawab:

‘Bagimu juga.’

Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:

‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’

Ia menjawab:

‘Ya, dan juga untuk kalian!’

Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:

“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)

(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)


Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.

Jibril berkata kepada Nabi: “Aku di utus oleh Allah membawa Doa Nurun Nubuwah untuk di serahkan kepadamu ya Rasulullah.”

Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadhilat doa ini, antaranya:

1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yang berhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.

2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.

3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.

4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.

5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.

6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.

8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.

9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripada segala musuh.

10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.

11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.

12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.

13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.

14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.

15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.

16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.

17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.

18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.

19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.

20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.

21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”

22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.

23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.

24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.

25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.

26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.

27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.

28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.

29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.

30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.

31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.

32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.

33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”

34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.

Inilah doanya:


BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“ALLAAHUMMA DZIS SULTHAANIL ‘AZHIM, WA DZIL MANNIL QADIIM, WA DZIL WAJHIL KARIIM, WA WALIY YIL KALIMAATI TAAMMAATI WAD DA’AWAATIL MUSTA JAABAH, ‘AAQILIL HASANI WAL HUSAINI MIN ANFUSIL HAQQI ‘AINIL QUDRATI WAN NAAZHIRIINA WA’AINIL INSI WAL JINN, WA IN YAKAADUL LADZIINA KAFARUU LI YUZLIQUUNAKA BI ABSHAARIHIM LAMMAA SAMI’UDZ DZHIKRA, WAYAQUULUUNA INNAHUU LAMAJNUUN, WA MAA HUWA ILLAA DZIKRUL LIL ‘AALAMIIN. WA MUSTAJAABU LUQMAANIL HAKIIM. WA WARITSU SULAIMAANABNI DAAWUDA ‘ALAIHIMAS SALAAM.

AL-WADUUD (tujuh kali AL WADUUD) …………………….(Sebutkan hajat di hati kepada Allah s.w.t.)

DZUL’ARSYIL MAJIID. THAWWIL ‘UMRII WA SHAHHIH AJSAADII WAQDHI HAAJATII WAKTSIR AMWAALII WA AULAADII WAJ ALNI HABBIBAN LIN NAASI AJMA’J IN. WA TABBA’ADIL’ADAAWATA KULLA MIMBANII AADAMA ‘ALAIHIS SALAAM. MAN KAANA HAYYAUW WA YAHIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN. WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQAL BAATHIL, INNA BAATHILA KAANA ZAHUUQAA. WA NUNAZZI LU MINAL QUR’AANI MAA HUWA SYIFAAUW WARAHMATUL LIL MUKMINIIN. WA LAA YAZIIDUZH ZHAALIMIINA ILLAA KHASAARAA. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YASHIFUUN, WA SALAAMUN ‘ALAL MURSALIIN, WAL HAMDU LIL LAAHI RABIIL ‘AALAMIIN”.

Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”


sumber asal : facebook





yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : kalau nak share silakan...

CIRI - CIRI IMAM MAHDI

by on 25.4.11
As - salam semua. hari ini aku nak tunjuk kat korang tanda - tanda imam mahdi yang aku dapat dalam sesawang facebook. sama - sama kita r...
As - Salam semua kepada yang masih lagi rajin membakar lemak di tangan untuk singgah ke blog aku. tadi lepas makan kat kedai mamak , aku sempat baca surat khabar hari ini dan tertarik dengan salah satu tajuk berita " Hati - Hati Dengan Poco - Poco ". so boleh dikatakan berita ini kesimpulan dari semua kontroversi yang dikaitkan selama ini. jom kita review sikit berita yang aku ambil dalam mingguan metro


GURUN: Hati-hati. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada umat Islam di negara ini yang mahu menyertai tarian poco-poco supaya tidak lari daripada landasan agama walaupun muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin memutuskan ia masih boleh terus diamalkan.
Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga kesucian agama bukan saja dalam isu tarian poco-poco, tetapi kegiatan masyarakat lain supaya tidak bertentangan dengan Islam hingga boleh menjejaskan akidah.



Jamil Khir berkata, ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi, umpamanya dalam soal berpakaian, kesopanan atau tujuan ia dijalankan supaya tidak berkaitan dengan ritual agama lain.


Katanya, apa saja termasuk tarian poco-poco boleh jadi haram jika dicampur dengan elemen lain yang bertentangan dengan Islam atau jika tujuan ia dilakukan adalah salah dan boleh merosakkan akidah.



“Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dengan mendalam hal ini sebelum membenarkan ia diamalkan, namun tanggungjawab kita sebagai umat Islam juga perlu bagi mengelak ia tidak bercampur dengan aktiviti lain yang bertentangan dengan Islam.




“Keputusan ini menyelesaikan isu dihadapi umat Islam yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada ia boleh atau tidak boleh diamalkan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Anak Angkat di Dewan Surau Kampung Sungai Badak, di sini, semalam.

kredit : mymetro

suke bebenor abang dengan kakak kite ni berpoco - poco :)

jadi kata putus telah dibuat maknanya tarian poco - poco boleh dilakukan tapi dengan syarat tidak melanggar syariat agama Islam. sebab niat kita untuk bersenam dan bukan untuk memuja benda lain.tak ada faedah pun kalau niat untuk menyesatkan orang ramai, tak gitu? sekian saja entry aku kali ini, merci,As - Salam!!




yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : minggu ni start untuk dating dengan buku sepenuhnya :)
As - Salam kepada semua geng kipas susah mati bloggers , readers, braders dan sistah sekalian. lama juga aku tak guna ayat tu kan? pedulikan je lah bukan korang baca pun blog aku, merajuk 18 kali jap T_T. sekali lagi kesengalan aku dah bermula, minta penampo boleh? untuk pengetahuan korang lady gaga atau cik gaga ni dah melepaskan satu lagi jarum dalam kalangan umat Islam iaitu lagu terbaru cik gaga, Judas.










 sebelum aku pergi dengan lebih lanjut aku nak ceritakan sedikit sejarah pasal Judas. untuk korang yang tak tahu lagi Judas tu apa ke bendanya, Judas ni sebenarnya mengikut fahaman yahudi ialah salah seorang daripada 12 Jesus teragung tetapi Judas ini telah mengkhianati mereka.tu fahaman mereka dan tiada kena mengena dengan kita pun. walaupun tiada kena mengena tetapi aku nak ingatkan yang lirik lagu terbaru cik gaga ini boleh menyesatkan umat Islam! haa tengok siap perbesarkan font lagi. memang tak dinafikan sebelum ini pun lagu- lagu dia memang menyesatkan walaupun sedap didengar. tapi untuk lagu terbaru kali ini memang terang - terang menyesatkan dan menakutkan. 



Judas,

You never ever never
ever really ever loved me more,than I
but Nemesis is watching over-high
and this is your time,
Judas,lie on lie,write
tears drop cause I cry
the echo truth killed you so you may finally die


Master Judas,
My Judas you're all mine
I spent my nights healing from your damaging bites

My Judas,
My Judas,you'll be fine
I slept over your hard stoned shoulder
I domestic flighted for you,baby
murdered as you might find me cooler,honey

I'm just a holy fool, oh baby he's so cruel, 
he's the one who will make me a liar, 
make my speech nothing worth
but I'm still in love with Judas, Baby
I'm still in love with master Judas, Baby

Jude If my love is a sin,if no man seems to fit
As I trust the world,to put me back on feet

I'm just a holy fool, oh baby he's so cruel, 
he's the one who will make me a liar, 
and make my speech nothing worth
but I'm still in love with Judas,since his birth
I'm still in love with Judas,Oh Judas 
you bring me mirth

Jude If my love is a sin,if no man seems to fit
As I trust the LORD,he'll put me back on ship
is it the shoe heel or the size of my feet

I'm just a holy fool, oh baby he's so cruel, 
he's the one who will make me a liar, 
and make my speech nothing worth
but I'm still in love with Judas, Baby
I'm still in love with Judas, Baby

Jude I promised you,I won't bother you
As I crossed my fingers back from North
I'm still in love with Judas,Oh Judas 
you bring me mirth

aku turut minta pendapat ustaz aku tentang lagu cik gaga ni dan beliau turut memperakui sekali kita menyebut dan menghafal lirik lagu ini, secara automatiknya kita boleh terkeluar daripada agama kita. nauzubillah begitu dahsyat konspirasi akhir zaman ini. buat yang tak tahu perbanyakkan membaca dua kalimah syahadah supaya kita tidak terpesong daripada agama Islam. aku rasa setakat ini saja entry aku kali ini, merci, As - Salam!!

yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum : pada mulanya ingat nak bubuh video audio lagu judas ni  tapi aku terpaksa batalkan kerana setiap kali nak bubuh mesti sakit kepala dan terngiang - ngiang dalam kepala lirik lagu ni, nauzubillah..
As - Salam kepada semua braders , sistah, bloggers dan readers sekalian. Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan lagi untuk menghentak keyboard menaip entry. ikutkan aku nak tulis entry pasal hasrat dan impian aku untuk penghujung semester. alih - alih tadi ada satu insiden yang bagi aku agak kurang ajar apabila seorang hamba Allah ni meninggikan suara kepada member aku yang agak senior daripada kiteorang dan dia  siap buat muka minta pelempang lagi.serius memang aku agak kecewa dan terkejut apabila dia melakukan sedemikian rupa. bagi aku itu agak melampau apabila bercakap meninggikan suara  dihadapan orang yang lebih tua daripada kita. sebenarnya sebelum tu aku yang kena lepas tu baru member aku yang agak senior ni yang kena . aku bukan nak malukan dia dekat korang semua. tapi ini sebagai nasihat dan renungan untuk kita bersama.



 kita sepatutnya sebagai orang melayu , ada  adat dan budi bahasa. kalau orang cakap dengan kita dengan keadaan menengking mestilah kita marah ataupun terkejut ditambah pula orang yang meninggikan suara itu adalah wanita. kan kaum wanita ni lemah - lembut dan sopan - santun? jadi kat sini aku nak tegaskan, kalau orang itu ada buat salah atau kita ingin melarangnya, seharusnya kita bercakap dengan nada yang lembut dan berbudi bahasa tambah lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. sesetengah orang berpendapat perkataan yang keluar dari mulut, melambangkan keperibadian kita. 


yupp!! memang aku setuju. dan  ingin aku tambahkan sedikit kat sini. " kerana mulut badan binasa" . sekali kita luahkan perkara yang orang tak senangi lepas itu jangan nak pelik kalau kita pula yang tak disenangi, ingat tu! kesimpulan dekat sini kalau kita marah atau apa sekali pun , berfikir dahulu  dan jangan ikutkan perasaan apabila bercakap. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata tak boleh berundur. jadi renung - renungkan kembali apa yang ingin aku sampaikan. buang yang keruh dan ambil yang jernih. sekian saja entry aku kali ini, Merci,As - Salam!!

Biar Yaasin membuang resah ... 
Pada jiwa yang sering gelisah ...

Biar Yaasin jadi peneman ...
Pada hati yang selalu kerisauan ...

Biar Yaasin mulai menyembuh ...
Pada akal yang semakin lumpuh ...

Biar Yaasin sebagai pengubat ...
Pada diri yang ingin bertaubat ...

Biarlah Yaasin dibaca penuh keikhlasan ...
Jika harapkan Syurga sebagai balasan ...

bebot menderum : no hard feeling yer! just sekadar peringatan bersama
As - salam kepada semua braders , sistah , bloggers dan readers sekalian, harap hari korang dalam keadaan baik sejahtera. aku baru je balik dari perkhemahan pemilihan fasilitator KPTM Kuala Lumpur semalam. tu sebabnya aku ghaib sekejap untuk 3 hari.kem ini bertempat di ulu yam, selangor. kem ini adalah hasil kerjasama pensyarah dan kakitangan KPTM serta moderator dari Eagle Nest. untuk korang yang nak buat perkhemahan, aku syorkan korang tempat ini sebab kemudahan yang disediakan semua berkualiti.





 tujuan aku masuk kem ini sebab aku nak mencuba nasib dan timba ilmu yang diperoleh memandangkan semester depan aku bakal bangunkan 2 persatuan besar.buat sementara ini nama  persatuan itu aku rahsiakan dulu. so keseluruhan perkhemahan ini memang seronok walaupun penat. adatlah kalau penat itu. sebelum aku pergi ke kem ni ramai yang kata bakal kena buli. bagi aku orang yang tak pernah pergi kem memang akan berkata sedemikian tapi bagi aku ini adalah satu proses pembelajaran dimana mengajar kita 1001 makna.aku cuba menghayati dan maksud semua aktiviti ini. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tapi malang tak berbau masa aku buat river tracking, tangan aku tersepit celah batu, and guess what? tangan aku yang patah baru ni yang jadi mangsa.sepanjang kem tu memang berdenyut - denyut tangan aku sebab  bengkak.aku pun tak tahu kenapa semua yang terjadi sebelum ini bertimpa - timpa dan tangan kanan yang menjadi mangsa.mungkin semua ini ujian buat aku. 

siap ada jambatan gantung lagi,Mampu??


air terjun sg.sendat, terbaik!!

berbalik kepada sesi perkhemahan, kami diajar pelbagai tips dan nasihat untuk menjadi fasilitator terbaik. memang tak dinafikan semuanya amat berguna masa hadapan.untuk semua jurulatih, fasilitator yang terlibat, terima kasih banyak - banyak kerana sudi mengajar ,menasihati dan tahan dengan karenah kami semua. ampun maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap serta terkasar bahasa sepanjang perkhemahan ini berlangsung. dapat atau tidak itu lain kira. janji ilmu yang dicurahkan, insyaallah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk rujukan pada masa hadapan.so sekian saja entry aku kali ini, Merci dan As - Salam!!


**klik untuk lihat gambar : http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.139931812746658.30491.100001895199931

kredit : Eagle Nest

bebot menderum :
1.tak sangka akak fasi, kak akey seorang blogger juga. sila terjah blog beliau yer
2.ada orang kata benda - benda yang jadi kat aku angkara buatan orang. boleh caye ke?
As - Salam kepada semua bloggers, readers, braders dan sistah sekalian. 1st sekali aku nak ucapkan bermilion-lion ( ade ke ayat ni,abaikan je la ) kepada korang yang sudi lagi datang singgah ke blog aku yang usang ni.ok jom straight to the point nanti tunggu aku mengarut entah sampai bila boleh habis. kalau hari tu kita dah tengok part 1 punya cerita. dalam entry tu aku lebih dedikasikan ucapan terima kasih aku kepada semua yang menjayakan acara ini.


kena make - up daa


dengan peserta kanak - kanak

pemenang retro fashion show - minah retro




 so untuk kali ini kita cuci mata sikit tengok gambar sekitar acara ini berlaku. untuk pengetahuan korang acara ini adalah hasil usaha semua mentee dibawah naungan English Department KPTM Kuala Lumpur. ye la kiteorang kan amik kos TESL tak kan bawah Business Department pulak kan? ada yang kena buka booth, uruskan acara treasure hunt , permainan tradisional dan tak lupa juga acara yang team aku kena uruskan ,retro fashion show. 








perghh, kalau cakap penat memang tidak tercakap lah memang penat giler. tapi alhamdulillah semua penat tu terubat bila tengok acara ini berjalan dengan lancar. bagi aku ni satu kejayaan buat kiteorang semua sebab berjaya menguruskan acara besar dan penting macam ini. bak kata orang tak kenal maka tak cinta. kalau tak cuba mana nak dapat pengalaman kan? untuk acara fesyen , memang jumlah peserta melebihi jangkauan daripada sasaran. sebab pada mulanya kiteorang menganggarkan peserta  hanya 30 orang kebawah  tapi sekali bila dah kumpulkan semua peserta jumlahnya melebihi 40 orang tidak termasuk dengan peserta kanak - kanak.


persembahan daripada salah seorang team kiteorang , ann bakhtiar

meriah gitu hahaha :)






 ye la anggaran cuma 30 orang tu sebab ingatkan tak ada yang berminat,tambah pula masa hari tu, kolej kiteorang ada 3 event serentak tapi berlainan tempat.kepada semua peserta, terima kasih aku ucapkan. buat yang berjaya tahniah dan buat yang tak berjaya korang bukan tak cantik atau tak hensem cuma nasib tak menyebelahi korang, cuba lagi erk. untuk menghabiskan entry kali ini, aku nak ucapkan sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kiteorang, madam Siti Normala, miss Izra Inna dan miss Fatimah Fukaiha yang banyak memberi kiteorang panduan dan semangat untuk mengadakan acara ini, English Department KPTM Kuala Lumpur kerana memberi kiteorang peluang untuk menguruskan acara besar seperti ini , semua krew - krew yang terlibat kerana korang sanggup berhempas - pulas sampai tengah malam demi menjayakan acara ini, koreografer kiteorang,akira dan fafar kerana sanggup menghabiskan masa korang ajar kiteorang menari seterusnya kepada individu mahupun kumpulan yang secara langsung dan tidak langsung membantu dan menyokong acara ini. terima kasih semua!! sekian saja entry aku kali , merci, As - Salam

kredit: photograper;marlboro man dan ikhwan ismail


yang memberontak dengan ekzos, khai artzfar @ putera TESL 

bebot menderum :
1- hari ni aku pergi camping dekat ulu yam untuk pemilihan fasilitator, doakan keselamatan aku disana yer.so OFF untuk 3 hari
2- buat masa ini mungkin aku akan kurangkan aktiviti blogging sebab nak dekat final. pe pun ada masa aku jenguk blog korang