• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

May 31, 2011

:: RESULT OH RESULT ::

 Salam kepada kaki bloggers dan readers yang dihormati sekalian. sebagai introduction entry aku kali ini.aku nak minta maaf jika kebelakangan ini aku banyak tulis entry pasal diri aku sendiri.hari ini dah masuk hari yang ke 15 aku menghabiskan cuti semester aku di kuala lumpur. so duduk kat kl ni pun bukan duduk saja - saja.kira banyak aktiviti berfaedah yang aku join.

inhouse training fasilitator


 "reward day" dengan  team fasilitator

berkenaan tajuk entry aku diatas,  hari ini kelam - kabut budak - budak kolej aku semak keputusan masing - masing termasuk aku. aku target pointer semester ni 2.80 camtu sebab terlalu banyak benda - benda yang tidak diingini berlaku. sebelum ni, aku punya carry mark untuk semester ini terutamanya subjek bahasa perancis, grammar semuanya gagal! tapi alhamdulillah lepas daripada itu sokongan daripada kawan - kawan dan pensyarah telah membuktikan sesuatu pada diri aku. tadi bila semak keputusan, subjek yang aku ingat akan  gagal rupa - rupanya lulus. alhamdulillah pointer semester ini pun naik. so di kesempatan ini juga aku ingin berkongsi pendapat dan nasihat yang boleh aku kongsi sepanjang aku menghadapi masalah untuk belajar dan menerima keadaan sekiling

"always be patient in facing all the challenges and obstacles ALLAH has predetermined to you.only He knows whats best for you.its okay shed river of tears in this battle seeking knowledge but never give up your hope soon you'll embrace victory and success"
  1. kalau dalam keadaan stress, tuliskan atau luahkan segalanya dalam sehelai kertas.
  2. pilih kawan yang betul - betul boleh bawa kebaikan kepada diri kita kerana sokongan dan pertolongan daripada seseorang amat penting kepada kita.
  3. selalu rujuk dan minta nasihat daripada orang yang kita boleh percayai.contoh terdekat ialah pensyarah dan kaunselor.
  4. fokus kepada suatu pekerjaan yang kita ingin buat dan ketepikan sementara masalah yang dihadapi
  5. selalu ingat yang ada orang lain lagi banyak masalah daripada kita
  6. time kuliah atau study,hiraukan sebentar jika ada tarikan atau pelawaan daripada rakan - rakan yang mengajak kita keluar untuk hiburan atau membuang masa
  7. tetapkan dalam fikiran kita" aku akan "reward" diri aku sendiri bila habis saja semester ini".
  8. jadikan satu nasihat itu sebagai pembakar semangat diri kita
  9. sentiasa berdoa dan bertawakal dalam sesuatu pekerjaan atau perbuatan
  10. sentiasa cool , senyum meskipun diri dalam masalah
 "saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk berfikir secara positif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan dan mulakan hidup yg baru, kerana walau saya tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang jua.. percaya lah Allah itu maha Esa dan mengetahui segala kedukaan yang telah saya alami selama ini "

jadi jangan sesekali berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. kerana tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh dan tidak ada yang dilahirkan pandai. semua ini bergantung atas usaha dan penat lelah masing - masing. jadikan setiap keputusan itu sebagai penanda aras pada masa akan datang . buat yang gagal, fikir balik kelemahan dan kesilapan kita pada masa ini dan cuba baiki balik untuk kebaikan pada masa akan datang. buat yang berjaya pula jangan sesekali bongkak atau sombong dengan kejayaan masing - masing. kerana orang yang betul - betul berjaya adalah orang yang inign membantu diri sendiri dan orang lain. so sekian saja entry aku kali ini. merci, As- Salam! chow bebeh..

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::esok ada satu lagi event besar.wish me luck for tomorrow

May 29, 2011

:: ORENTASI KPTM + UITM HEBAT ! ::

As - salam kepada semua readers , bloggers, braders dan sistah sekalian.lama betul aku tak menghentak keyboard sambil membakar lemak - lemak di jari nih. ada orang post kat wall aku yang mengatakan aku dah berhenti blogging kes gaduh dengan artis " T " . sorry tak ada makna nya gaduh dengan orang yang berlagak dan poyo camtu. ok berbalik kepada kisah aku. aku tak dapat update blog ini sebab aku tengah honeymoon sempena cuti semester ni.owh yer aku lupa nak announce yang aku dah tamat semester kali ini. so sibuk la sikit layan "nafsu" cuti ni. ok dah mula balik kembali kepada tabiat sengal aku. actually cuti semester ini aku ambil kesempatan untuk menjadi fasilitator.pasal benda baik ini pun ada orang yang tak puas hati. come on, at least aku tak buang masa dan cuti aku dengan benda yang tak berfaedah. so untuk tugas pertama aku sebagai fasilitator, kena jaga intake UITM. secara keseluruhan orentasi ini memang memenatkan tapi semua itu terbayar dengan gelagat dorang. superb!!! jumlah pelajar yang mendaftar untuk intake ini pun not bad, 260 ++. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar berkat kegigihan kami semua serta tunjuk ajar daripada jurulatih - jurulatih.apa yang aku tabik dengan budak - budak intake ini sebab semangat dorang.masa tu memang meremang giler bulu roma aku bila dengar laungan semangat dorang.jom kita review jap gambar - gambar yang ada.

 ketua fasilitator dan ketua fasilitator lelaki yang sporting

 kena denda yer bang

 perempuan pun tak boleh lari dari denda


  tarian si tommy



OKU




 chicken dance. comel!!


boboi vs gugurl


sporting habis!

  gelagat fasi

duta rexona 

 ada gaya macam ultraman tak?




ikatan KTPM

ika dodol dengan pasangannya




tapi dalam aku berseronok, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan karib aku waktu kecil. insyallah lepas ini aku akan buat satu entry khas buat beliau. kalau boleh aku tak nak ingat pasal kenangan dengan arwah. aku cuba kuatkan semangat sepanjang minggu ini,yang aku sedihnya ada juga pihak yang membuat cerita buruk pasal kejadian ini. biarlah mulut orang, janji aku ingat apa tanggungjawab aku. so sekian saja entry aku kali ini. sorry sebab mengarut je banyak. merci, As - Salam!, chow bebeh..


kredit gambar ::



yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: kepada budak2 UITM. belajar kerana keberkatan jangan belajar kerana nama. yang paling penting pilih kawan yang membawa kepada kebaikan.

May 22, 2011

:: SEMUA 25 MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT, SELANGOR BERJAYA DIJUMPAI::

As - salam kepada semua pembaca sekalian. kali ini aku bawakan korang semua berita terkini tentang kejadian tanah runtuh di di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat Selangor dimana kesemua 25 orang mangsa telah dijumpai. seramai 16 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia dan 9 lagi masih menerima rawatan susulan.


Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku


:: SEMUA MANGSA KORBAN BERJAYA DIKELUARKAN ::

KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.


Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.


Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.


Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.








:: PUNCA KEJADIAN ::

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa. 

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995. 

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.



“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.



Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk. 

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa. 

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya. 

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008. 

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit. 

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya. 

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk. 

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan. 

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.






:: TURUTAN KEJADIAN ::


  • Menurut Berita Harian Online, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
  • Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
  • Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
  • Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
  • **Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20pelajar dan empat warden kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
  • **Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
  • **Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
  • ***Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak dikeluarkan dari tanah runtuh. Sementara itu, pasukan penyelamat bersama penduduk berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang
  • ***Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini 5 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa. 12 yang lain berjaya diselamatkan.
  • ***Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.
  • Setakat 1.30 pagi tadi 12 mangsa disahkan terkorban, manakala 4 lagi masih tertimbus.
  • ***2.00 pagi (22.5.11) Seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus berjaya dikeluarkan.
  • Mangsa ke 6 meninggal sebentar tadi.
  • Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
  • ***3.00 pagi (22.5.11) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Kos rawatan turut ditanggung kerajaan.
  • Setakat jam 4.10pagi, seorang lagi mangsa yang terkorban ditemui namun belum dibawa keluar menjadikan jumlah 13 terkorban manakala pasukan menyelamat menemui anggota badan yang tidak sempurna dan tidak diketahui identiti.
  • ***4.30 pagi Lagi mangsa terkorban ditemui, menjadi angka korban sekarang ialah 15 orang. Seorang lagi belum ditemui dan masih tertimbus.
  • ***5.10 pagi (22.5.11) ‎Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan dan ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban ialah 16 orang. 13 kanak-kanak dan remaja manakala 2 dewasa.
  • # Tragedi ini melibatkan jumlah rasmi 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala 9 yang lain cedera, 3 daripadanya masih kritikal










Alhamdulillah kesemua mangsa berjaya ditemui walaupun ada di antara mereka yang meninggal dunia. salam takziah buat kesemua ahli keluarga mangsa dan seluruh kerabat  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. sama - sama kita sedekahkan Al -Fatihah kepada semua mangsa yang meninggal dunia. kepada masyarakat diluar sana jadikan ini sebagai iktibar kepada kita semua. berwaspada dengan faktor - faktor  fizikal alam yang tidak menentu seperti di lereng- lereng bukit . sekian saja entry aku kali ini. as - salam!

sumber dan kredit :
SUFFEROZINE
MY METRO



yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum :: Tahniah kepada pihak bomba, SMART dan pihak berkuasa yang pantas ke tempat kejadian 

May 21, 2011

:: TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK - ANAK YATIM DAN ANAK - ANAK HIDAYAH MADRASAH AL - TAQWA ::

As - salam kepada semua bloggers dan readers sekalian. hari ini negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang menimbuskan 24 orang termasuk anak yatim , kakitangan dan warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. setakat ini seramai 5 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia .apa - pun jom kite review kejap perkembangan terkini kejadian tanah runtuh sehingga pukul 7.30 petang tadi.









KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.
Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama








apa - apa pun kita tunggu laporan seterusnya. sama - sama kita doakan agar semua mangsa dijumpai. buat mangsa yang telah meninggal dunia , kita sedekahkan Al -Fatihah. sekian saja laporan setakat ini, As - Salam!


sumber dan kredit : 
KISAH DISEBALIK KANTA COKLAT
LAGENDA BUDAK NAKAL
BERNAMA

yang memberontak dengan ekzos :: Khai Artz-Far @ Putera TESL 

::bebot menderum ::  memang hujan lebat gila tadi