Assalamualaikum semua .

syawal datang lagi ! yeay iklan tora datang lagi. dah raye la weyh. jadi aku agak semua anak rantau dah balik ke kampung masing - masing. buat yang tengah dalam perjalanan pulang tu hati - hati di jalan raya yer. dan buat incik dan mak incik yang kene bekerja hari raya tu, bersabar banyak - banyak yer.tak pe bekerja demi produktiviti negara. sorry weyh baru hari ni dapat wish hari raya sebab terlampau sibuk membasuh baju , tanam pokok bunga, mandikan anak. hehe abaikan sebab aku dah mengarut.



 untuk aku , cuti yang berbaki beberapa hari saja lagi ni, akan cuba aku isikan dengan kegembiraan walaupun sebenarnya hati aku amat perit untuk diungkapkan kerana baru kehilangan insan yang telah pergi buat selama - lamanya. apa pun aku akan cuba menikmati syawal kali ini. jadi buat korang - korang sekalian, raya tu raya lah juga , tapi jangan lupa kesihatan diri dan berhati - hatilah di jalan raya. dalam kegembiraan jangan lupa buat insan yang dalam kesusahan. sama - sama kita hulurkan bantuan untuk ringankan beban agar syawal kali ini bermakna buat kita semua. 






jadi motif raya aku kali ini cuma nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua pembaca Blog K.H.A.Z , rakan - rakan blogger, rakan - rakan serta yang mengenali diri ini. ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya terdapat salah dan silap, terlanjur perkataan ataupun mana - mana perlakuan aku yang menyinggung dan mengguris hati perasaan mana - mana pihak.

tanggal 1 syawal semua umat islam merayakan aidilfitri setelah sebulan berpuasa. hiba dan sayu mengenangkan ramadhan melabuhkan tirainya. begitu banyak peristiwa yang mengajar aku 1001 erti kehidupan dalam ramadhan kali ini. bagi aku, ramadhan kali ini tidak cukup puas untuk aku alaminya. seperti baru semalam ramadhan baru bermula. tapi apakan daya, hari berganti hari, bulan berganti bulan. harapan aku, agar ramadhan akan datang aku diberi sekali lagi peluang untuk menikmatinya. insyallah,amin..Setakat itu saja motif aku kali ini, dan aku juga akan mengambil cuti berblogging untuk beberapa hari,gedik  kan? selamat hari raya dan juga selamat hari kebangsaan! wehoo merdeka! merdeka!merdeka!






 bebot menderum : selamat hari merdeka raya!! mohon maaf zahir dan batin
 Assalamualaikum semua..

tanggal 26 ogos sepatutnya tarikh ini tarikh gembira buat aku sebab pada tarikh ini aku pulang ke kampung halaman untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelma. tetapi semalam aku dikejutkan dengan berita buruk yang sekaligus menyentap keinginan aku untuk bergembira menyambut aidilfitri. tepat pukul 8 malam, aku mendapat panggilan yang menyatakan salah seorang member yang agak rapat dengan aku semasa di sekolah , Megat Muhd Faiznor telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. pada mulanya aku terkejut, seperti tidak percaya apa yang telah diberitahu . untuk kepastian , aku cuba  hubungi ahli keluarganya dan ternyata berita itu benar. seperti dalam mimpi, sebab baru malam tadi (malam sebelum kejadian )aku membuka kembali IM facebook antara aku dan arwah.



dan  malam tadi(malam sebelum kejadian ) juga aku dan member  sempat sembang mengenai arwah. untuk pengetahuan, arwah yang lebih mesra disapa sebagai megat melanjutkan pelajaran di ITM Perak dan  mula aku  kenali semasa aku di tingkatan 2. time tu dia baru pindah ke tempat aku. jadi time tu kiteorang dah mula rapat sampai di tingkatan 5. semasa di tingkatan 5, 'bonding' antara kami semakin kuat, hampir semua aktiviti yang kami ceburi sama, ditambah pula pada tahun itu kami merancang untuk masuk ke asrama bersama - sama memandangkan kami bakal mengambil peperiksaan penting pada tahun itu.di asrama.


  walaupun jauh, kami tetap mengikuti perkembangan antara satu sama lain. time tu kami hanya mampu tersenyum kerana orang melihat gelagat kami. terlalu banyak kenangan aku,rakan - rakan  dengan arwah tak kira pahit atau manis. nampaknya hajat aku untuk beraya bersama - sama arwah pada tahun ini tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayangi beliau. 









berita pemergian arwah turut diketahui di fans page Britney Spears

walaupun jauh tapi tetap di hati. persahabatan yang sekian lama tidak akan terputus begitu saja.tadi aku bersama - sama rakan yang lain sempat ke kampung halaman arwah.aku sempat tolong menguruskan jenazah dan alhamdulillah dapat juga aku kucup dahi kawan yang telah pergi buat selamanya. terima kasih kepada sahabat handai yang mendoakan arwah dan merakamkan ucapan takziah.



jadi dikesempatan ini aku selaku tuan Blog K.H.A.Z ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Megat Mohd Faiznor Bin Alweei.moga roh Allahyarham  dicucuri rahmat. sama - sama kita sedekahkan surah Al -Fatihah.


 bebot menderum : 
1. sama - sama kita sedekahkan surah AL -FATIHAH 
2. perlukan sedikit masa untuk lapangkan fikiran



bebot menderum :   mood raya baru nak up kekekeke
Assalamualaikum semua..

minggu ni dah masuk 10 hari terakhir kita berpuasa. ramadhan akan melabuhkan tirainya.dalam pada itu mesti ramai yang ambil kesempatan untuk membuat persiapan menyambut hari raya tak terkecuali dengan aku. so baru - baru ni aku ada pergi shopping mall dekat kuala lumpur. yer la dekat - dekat raya ni teringin juga nak merasa baju - baju baru. pastu bila pergi satu tempat ni , baju - baju dia memang cantik.tengah aku belek baju - baju dekat situ, alih - alih aku ternampak satu design t - shirt ni, warna dah semartt tapi corak dia agak melampau.


' Addicts of the world unite' sekali baca memang tak ada apa - apa. warna baju pun dah cantik tapi tahukah korang di sebalik semua simbol tu? meh aku explain bagi faham..

 haa kalau nak tau lambang piramid pastu ada mata satu tu bermaksud "pyramid with all seeing eyes"atau mata yang melihat semua. mata ini dipercayai milik penguasa Illuminati yang memerhatikan segala gerak - geri  perancangan dan masyarakat dunia .manakala simbol piramid itu diadaptasi dari dari kerajaan firaun. perkataan ' Addicts of the world unite' ini dipercayai membawa maksud konsep diktator pemerintahan alaf baru yang bakal dibawa oleh Illuminati.


haa yang ini pulak simbol petir. simbol petir ni sebenarnya simbol untuk tukul 'dewa thor' yang digunakan Master Mason dalam upacara ahli freemason. sedar tak sedar sebenarnya simbol - simbol ini merupakan salah satu muslihat yang diterapkan dalam baju ni.


"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya"

so aku rasa itu je yang aku nak share pada korang kali ini. dalam seronok membeli - belah jangan sampai teranaya pulak. ok chow bebeh..

bebot menderum : pelbagai tipu muslihat untuk menyesatkan umat Islam
As - salam kepada semua pembaca dan kaki bloggers sekalian. lama pula rasa tak menghentak blog. tadi masa tengah blogwalking ,menghendap blog orang tetiba ternampak satu artikel yang menarik dari blog Tao Tau Ajer , 2 tarikh raya berbeza buat Malaysia pada tahun ini . nak tau lebih lanjut, jom kita scroll ke bawah lagi ...


Falak mengeluarkan satu laporan dimana Malaysia pada tahun ini iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432H akan ada 2 tarikh Hari Raya (Syawal) yang berbeza bagi semenanjung dan jugak bagi sabah/serawak. Sekiranya maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib seperti Jakim dan penyimpan mohor raja-raja akan umumkan dua tarih hari raya yg berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini. 


Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pada suatu tahun yg lain telah diumumkan hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.
Andaikata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya untuk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya. 

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini boleh terjadi dalam masyarakat yang primitif/kuno yang perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dalam hal perkembangan ilmu falak dewasa kini ia sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Berdasarkan pada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, Hari Raya di Semenanjung Malaysia adalah tidak sama dengan Sabah/Sarawak. Berdasarkan perkiraan 
  • Semenanjung Malaysia akan berhari Raya pada 30 Ogos 2011( Selasa )
  • Manakala di Brunai, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31 Ogos 2011 (Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.
korang nak tau tak kenapa fenomena ni boleh terjadi? jom kita sroll lagi ..


  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Alor Setar pada hari itu adalah 7.27 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 7.27 PM, Masa yang diambil adalah 8 Jam 23 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinyer adalah 1 Syawal bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
kalau di Sabah pula....

  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Kota KInabalu pada hari itu adalah 6.23 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 6.23 PM, Masa yang diambil adalah 7 Jam 21 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan BELUM WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinyer adalah 30 RAMADAN bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
  • Oleh itu, 1 SYAWAL jatuh pada hari rabu 31 Ogos 2011. 
so raya pun tak lama lagi. apa - apa pun kita tunggu je la nanti pengumuman raya . info ni saja aku share untuk makluman korang. ok chow bebeh!! 

sumber dan kredit : Tao Tau Ajer

::bebot menderum ::  korang dah buat persiapan untuk raya ke?
Assalamualaikum...
camner korang semua sihat? berpuasa lagikah korang semua? harap semua puasa lagi jangan ponteng - ponteng kalau tidak ada sebab yang munasabah.kali ini aku nak sembang pasal puasa zaman sekolah.dulu kat sekolah aku duduk asrama sebab kononnya dapat tumpukan lebih dalam pelajaran tapi lain juga yang jadinyer bile dah habis belajar haha. 



ok dah habis intro. sekarang jom kite ketengahkan cerita. masa bulan puasa , memang bila balik sekolah je lemau. maklumlah sekolah mana ada 'gap' macam kat IPT , memang padat je jadual belajar. so bila dah balik tu, ada yang tidur ada yang masing - masing mengadu penat , lapar , dahaga. tapi aku lain , balik je mengacau kawan - kawan aku tidur. yang tidur nyenyak tu, aku siap conteng badan dorang dengan marker pen lagi. zalim giler time sekolah dulu. pastu satu hari ni ,masa dalam dorm, memang penat giler dengan cuaca panas , kalau dapat minum air pun perggghh mesti menangkap kalbu. so dengan muka tak malunyer hampir separuh daripada budak - budak asrama sekolah aku tak puasa tapi aku tetap kuatkan semangat untuk berpuasa, well aku kan budak baik.kekeke.time tu memang godaan banyak giler , member yang tak pernah baik dengan aku pun tiba - tiba jadi baik giler dengan aku, siap belikan roti 5 bungkus lagi untuk suruh aku makan. bukan setakat tu je, ada sorang member ni siap order nasi ayam dengan milo ais lagi untuk makan time tu.



dia siap cakap lagi "kalau ang nak makan aku letak belakang almari ni, aku tau ang lapaq, makan ja lah" ohh demm! kenapalah waktu bulan puasa ja ampa semua jadi murah hati, bulan - bulan lain kedekut nak mampus!  dahlah semua muka - muka senior yang tak puasa ,nasib budak - budak  junior  tak ada sebab budak - budak junior yang lain semua sekolah pada sesi petang.

 ni semua muka budak - budak yang puasa penuh

dah habis godaan dalam dorm , aku pun keluar sebab tak tahan dengan bau nasi ayam yang  member aku beli, so aku turun ke bilik rehat untuk tengok tv, masuk - masuk je perghh bau maggi kari. member - member aku siap berkelah depan tv lagi makan maggi.sekali baru aku nak duduk tengok tv, ada member aku jerit " woi, warden naik atas " ape lagi memang  budak - budak tu  kelam - kabut cari tempat nak bersembunyi. tapi yang hairannya aku pun lari bersembunyi, motif lari?? yer la aku kan budak baik, memang aku puasa 'penuh' time tu.kalau tak kenapa aku lari,kan??? *kening - kening 


::bebot menderum :: cuba korang abaikan perkataan 'member' dalam cerita di atas. itu lah sebabnya aku cakap. aku kan budak baik, kekeke
Assalamualaikum...



Culture shock!! pernah dengar perkataan ni? bukan G- shock yer mentang - mentang sekarang fenomena jam  G -shock, korang nak kaitkan dengan tajuk ni pulak.'ekceli' tajuk ni maksudnyer kejutan budaya. dan fenomena ni selalu jadi kepada pelajar - pelajar IPT. kalau kejutan yang membawa kepada pembaharuan kebaikan tak pe juga ni tidak, pembaharuan kepada keburukan  kesengalan , kemaksiatan dan kegedikan yang terjadi.heih sakit mata menengoknyer kadang - kadang tu sampai menyusahkan orang. tak cayer korang tengok ni...

#Situasi 1 : Daripada bertudung kepada 'free hair'

haa! yang ni aku fokuskan kepada budak - budak perempuan. of course lah takkan lelaki bertudung pulak kan. banyak yang aku perhatikan dulu time sekolah manis je bertudung, sopan santun gitu! tapi bila masuk dunia IPT , datang ke bandar, tudung entah ke mana , budi bahasa apatah lagi. bila dah free hair bukan macam #retiss dah aku tengok, dah macam ju - on ok.aku ulang lagi, macam ju - on! 



sorry kalau agak terasa tapi bila dah buat kajian pe semua, tak ada pun istilah "datang je ke bandar , wajib buka tudung" , "saya tak ready lagi".hrmmm yang tak ready tu pun tak ada maknanye. korang nak tunggu sampai bila baru ready nak pakai? ni kira hukum - hakam. menutup aurat semua tu adalah wajib ok. jangan sampai yang "didalam sana" terseksa akibat perilaku dan hal kita di dunia.

#Situasi 2 : Daripada pandai minum air 'lembut', dah pandai minum air 'keras'

 kredit gambar : IluvIslam

korang tau ke makna air lembut? air lembut tu kira air mineral la.. sebenarnya tak ada pun istilah air lembut. aku je yang pandai  - pandai bagi #falsampah. air keras tu mesti semua tau kan? air arak, beralkohol dan memabukkan, semua tu adalah air atau minuman keras.heih ni memang tahap gaban punye sengal. konon masuk dunia IPT kena kenal dengan semua benda, banyaklah punya kenal. yang korang gatal pergi try benda ni sapa suruh? dalam situasi ni selalu nya pengaruh rakan sebaya main peranan. tips untuk korang yang bakal menjengah dunia IPT ni , pandai - pandai pilih kawan, sekali korang salah pilih kawan , bersedialah untuk menghadapi perkara yang tak pernah terlintas di fikiran korang.

#Situasi 3 : Batas pergaulan 



yang ni aku rasa hampir semua orang akan terkena, boleh jadi korang sebagai pencetus atau korang sebagai mangsa keadaan. kenapa dulu waktu sekolah boleh je jaga adab batasan, budi bahasa semua? mungkin sesetengah orang ingat zaman sekolah tu zaman prasejarah dorang, tak matang lagi. nak tau sesuatu? sebab zaman prasejarah korang tu lah yang mengajar korang 1001 makna kehidupan tau tak? yang peliknya bila masuk je dunia IPT ni , bertambah 'mesra' lagi aku tengok. bukan setakat bersalam dengan yang bukan muhrim , siap berlaga pipi lagi. perempuan sesama perempuan tak apa juga, ni lelaki kot.heih tau la kawan baik pe semua ,tapi sekurang - nya jaga sikit batas pergaulan korang tu sikit sebab ianya sangat menyakitkan mata orang yang terlihatnya.

ok tu je situasi aku ketengahkan kali ini. sebenarnya banyak lagi motif - motif yang boleh dibangkitkan .tapi bagi aku tiga situasi ni yang paling ketara sekali nampak. so mungkin ada antara korang cakap aku busybody atau apa - apa je yang sewaktu dengannya. bagi aku ,tepuk dada tanya iman. sampai bila nak kekalkan tradisi macam ini kalau tidak ada pembaharuan yang baik dilakukan? fikir - fikirkan sejenak. ok ~ bai!

::bebot menderum :: pendapat korang?

CULTURE SHOCK

by on 12.8.11
Assalamualaikum... Culture shock!! pernah dengar perkataan ni? bukan G- shock yer mentang - mentang sekarang fenomena jam  G -sh...
  Seluar jeans( bukan jin ifrit,jin kazama dan yang lain -lain yer) selalunya sinonim dengan lelaki tapi sekarang baik lelaki mahupun perempuan kedua - duanya boleh pakai. selalunya orang pakai jeans ni orang yang meminati jenis casual. jenis seluar jeans ni pula banyak, antaranya adalah loose cut, straight cut, boot cut, super skinny, dan slim leg cut. tapi tahukah korang sejarah dan senarai jeans yang popular di dunia? sekarang jom kita terjah senarai jeans popular dan fakta disebaliknya.

Calvin Klein
Abercrombie & Fitch 



Lee


Diesel

Gap


Guess


Levi's 


Versace


Wrangler


True Religion


dah tengok senarai dia kan? sekarang jom checklist trivia dia pula...

  • berdasarkan suvey yang dilakukan oleh Motherhood Moms, responden lelaki kebiasaanya akan mencuba 5  hingga 6 kali untuk mendapatkan jeans terbaik, bagi wanita pula , lebih dari 10 kali percubaan
  
  • Di India , jeans atau denim yang dipakai kelasi berbangsa Dhunga dikenali sebagai 'dungaress'

  • Jeans mula dipopularkan di Amerika Syarikat oleh seorang pedagang pakaian bernama Levi Strauss ketika beliau berumur seawal 20 -an . ketika itu, beliau menjadi peniaga di sekitar San Francisco 

  • Pada awalnya jeans tidak diperbuat dari kapas. perdagangan dan pertanian kapas yang semakin meledak sekitar abad ke 18 menjadi kapas sebagai pilihan utama . para pekerja menggunakan fabrik jeans kerana diperbuat dari tahan lasak iaitu dari sejenis tanaman berwarna indigo yang ditanam di Amerika dan India 

  • Tekstil jeans yang asli telah dicipta pada tahun  1560 - An di Geneo , Itali

  • 20 Mei setiap tahun merupakan ulang tahun kelahiran Blue Jeans 

  • Aktor Hollywood terkenal James Dean telah mempopularkan trend pemakaian jeans ketika dia membintangi sebuah filem berjudul Rebel Without Cause. Sejak itu, jeans menjadi simbol pemberontakan dan pergaduhan para remaja pada tahun 1950

  • Seluar Jeans rekaan awal yang pertama mempunyai 5 poket. 2 poket besar pada kedua - dua belah bahagian belakang dan depan. Satu poket lagi adalah di bahagian depan sebelah kanan

  • Jeans pernah dipakai oleh tentera Amerika untuk berperang bermula pada tahun 1872

  • Panggilan sebenar untuk jeans atau denim ialah 'Bleu De Genes' oleh seorang yang berketurunan Perancis yang membawa maksud Biru Genoa

jadi korang dah tau semua fakta dan jenis disebalik jeans ni kan? terpulang kepada korang yang mana menjadi pilihan janji ianya bersesuaian dengan bentuk badan korang.jangan ikut sedap je pilih nanti tak pasal kena usha pelik. tu je entry kali ini, chow bebeh.ok~bai!

sumber dan kredit : maskulin edisi ogos

::bebot menderum ::  selalunya time raya baru dapat beli jeans baru dan murah

JEANS POPULAR DI DUNIA

by on 11.8.11
  Seluar jeans( bukan jin ifrit,jin kazama dan yang lain -lain yer) selalunya sinonim dengan lelaki tapi sekarang baik lelaki mahupun pere...



  ::bebot menderum :: future tuuut...kekekeeke
Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa. harap semua puasa penuh jangan nak tinggal - tinggal pulak. cakap pasal puasa, mestilah ada raya, cakap pasal raya,mesti semua nak balik kampung kan? haa..buat anak - anak perantau sekalian, sudahkah korang beli tiket bas bagi yang memilih alternatif  untuk pulang ke kampung? *kening - kening



jangan main - main sebab kebanyakan tiket bas ada yang sudah habis dijual. semalam masa aku still kat kedah. aku pergi  untuk beli tiket, rata - rata dah habis semuanya. jadi kebetulan  hari ni aku dah ada dekat kuala lumpur, terpaksa pergi lagi terminal puduraya untuk beli tiket , alhamdulillah ada lagi tempat. tu pun bas biasa - biasa je.bas yang selalu aku naik tu pun tiket dah habis dijual.



nasib ada lagi, kalau tak beraya lah aku keseorangan dekat sini. buat korang yang tak beli lagi tiket untuk balik tu rajin - rajinkan diri korang untuk ke terminal bas berdekatan untuk beli tiket sebab selalunya waktu perayaan camni ada je bas tambahan tapi awal atau cepat tu tak berani aku nak confirm nanti kalau salah aku bagitau  tak pasal aku kena serang dengan tumit - tumit kasut yang berdekatan. jadi carilah alternatif lain selain bas kalau korang tak nak naik bas la, tapi kan ade je keretapi , kapal terbang. kalau semua naik bas siapa nak naik pengangkutan ini. ye idok? tapi yang ini pun tetap sama kena tempah tiket dulu. jadi pandai - pandai korang buat pilihan yer. baik cepat korang beli nanti tak pasal tak boleh balik beraya kat kampung. ok~ bai!

::bebot menderum :: jom balik sekali pada 26hb nanti

TIKET BAS HABIS DIJUAL

by on 8.8.11
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa. harap semua puasa penuh jangan nak tinggal - tinggal pulak. cakap pasal puas...
As - Salam kepada semua yang membaca blog aku. maaf sebab lama tak menghentak blog, biasalah kalau mood dah lari, berukband broadband tak bayar lagi , line macam siput memang akan menghairahkan aku untuk tidak tatap blog ini. sian kamu kan wahai incik blog.ok dah nanti mengarut lagi. sekarang  jom aku nak share info tentang kelebihan sunat terawih mengikut malam. yer la mungkin ada antara korang yang tak tahu pasal ini kan? jom kite review kejap..



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

dah baca kan? jadi rajin - rajinkan diri korang untuk ke surau atau masjid berdekatan yer, bulan puasa ni setahun sekali, rugi kalau tak manfaatkannya. sekian saja motif kali ini. selamat berpuasa, chow bebeh!!

::bebot menderum :: selamat berpuasa!

Salam ramadhan buat semua yang tengah membaca motif entry aku kali ini.ok dah habis intro.gedik kan? actually entry kali ini aku nak cerita perihal lesung batu pipit. sebelum tu , aku nak tanya, sapa ada lesung pipit angkat tumit! haa aku pun salah sorang individu yang ada lesung pipit. #kening-kening


 kalau korang perhatikan gambar ni, mesti korang dapat mengagak yang camni la asal usul lesung pipit dapat nama. kalau sapa - sapa yang ada lesung pipit tu kalau nak tau waktu korang - korang kecik mak bapak korang lekatkan dua benda tu kat pipi korang maka terhasilah lesung pipit ! ok aku auta kat situ. auta je tapi tak tipu erk. sebenarnya ‘Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi' ( sumber wikipedia )


haa faham tak? korang tengok balik gambar kat atas ni kalau nak tau otot mane yang terlibat. memang secara am nya digelar cacat , tapi cacat kecantikan. malah ada yang sanggup buat pembedahan semata - mata nak ada lesung pipit. 




menurut kajian juga, lesung pipit ini ada genetik,makna nya diturun secara gen dominan. sapa - sapa yang berkahwin dengan pasangan yang ada lesung pipit, secara keberangkalian anak tersebut akan mewarisi lesung pipit tersebut adalah 20-50 .part ni aku agree! sebab bapak aku pun ada lesung pipit. bonding tak kiteorang? haha kau hade? so camtulah al - kisahnya pasal lesung pipit.simple,dimple,pimple... chow bebeh!!

::bebot menderum :: aku ada dominan genetik lesung pipit. untung sape jadi bini aku.kekeke