KEDAI BUKU YANG MENERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua .. tengkiu sebab sudi godek blog aku. aiceh.. kalau sebelum ni aku dah post entry pasal tatacara penggunaan baucar buku , sekarang nih aku nak citer pasal kedai yang menerima baucar buku 1 malaysia. ekceli entry ni terjadi secara tak sengaja , eherherher boleh ke camtu? ok abaikan. yang aku nak citer ni , pasal kedai buku area KL  je tau. kawasan lain aku tak pasti pula. sorry yer kengkawan..



kedai yang menerima baucer buku 1 Malaysia 
  • Borders, Berjaya Times Square
  • MPH Bookstores
  • Popular Bookstores 
  • Kedai Buku Online

antara kedai buku yang aku sempat jelajah tadi ,  Borders di Berjaya Times Square dan MPH Bookstores di Jusco Maluri . cakap pasal kedai Borders , antara kelebihan yang korang akan dapat kalau berbelanja di sini , 



korang akan dapat baucar percuma Starbucks dan kad keahlian Borders secara percuma tapi dengan syarat harga pembelian kena berjumlah RM 1OO . kekurangan disini , semua buku boleh dikatakan dalam bahasa inggeris atau nama saintifiknyer omputih . pastu , buku kat sini pun tak ada banyak pilihan selain mengenakan syarat, pelajar tidak boleh membeli alat tulis lebih dari harga RM 10 .00 . mak aih , memang aku tak jadi la nak beli kat situ . 

kalau dekat MPH Bookstore pula , aku sempat habiskan baucer 50 hinggit beli alat tulis dengan buku. MPH ni pun lebih kurang macam Borders tidak banyak pilihan selain harganya agak mahal . 

beli barang - barang ni pun dah cecah RM 50

agak frust ler juga sebab banyak benda tak ada . buku rujukan untuk pelajar IPT pula agak terhad - untuk program aku langsung tak ada T_T , kelengkapan alat tulis seperti liquid paper , test pad pun tak ada ..kureng betul...boleh bukak kedai ke camni -__-".

tak pe la korang try la pergi dulu , mana tau nanti korang pergi stock ada banyak, ye dak? yang pasti korang tak payah le susah - susah pergi kedai buku Times dekat Pavilion tuh, tak terima pun baucer nih, penat je aku pergi. so nanti apa - apa update aku bagitau kemudian yer.. ok bai. 

p / s : majalah langsung tidak boleh dibeli yer, jangan harap ler nak beli mangga, urtv semua kehkehkeh  

7 comments:

aydah ahmad said...

tak dapat lagik ponn -_-

btw thanks for de info dear ♥ :')

:: Khai Artzfar :: said...

@aydah ahmadaototttoo.. kahkahkah,siannyer die yer

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

mph kat mane2 pun boleh jugak kan???

:: Khai Artzfar :: said...

@NiGhTiNaNgLe_FARAboleh kot..sebab branch dia semua same je

Sollehudin Sapari said...

buku2 yg islamic banyak jual kat mane yek? MPH ad x?

ape contoh kedai buku online yg terima voucher ni?

hud aikara said...

pelik pulak ye...mmm sbb ari tu kami berborong sakan kat kedai2 macam MPH, borders, amcorp Mall dan sangat byk buku yg boleh di pilih. Tapi kalau semata2 cari buku utk belajar saja memang terhad tapi buku jenis lain sangat byk. Kuantiti yg dpt memang sikit sbb buku agak mahal tapi yg pentingnya kualiti buku yg kita beli. buku2 pengetahuan am, biografi, agama boleh dijadikan pilihan dan kalau nak yg murah boleh beli kat Kedai Book Xcess. kat situ novel yg harga dekat 100 boleh dapat 17.90 sahaja!

Anonymous said...

jom la dtg popular bookstore, ikano damansara..semua ada n semua boleh beli guna bb1m...:)