HITAM DAN PUTIH

Assalamualaikum ....




maaf sebab lama tak update entry , tanggungjawab yang banyak menyebabkan aku tak berkesempatan taip entry. kenapa tajuk kali ini hitam dan putih? better baca sampai habis yer : D

pada cuti pertengahan semester baru - baru ni aku berkesempatan ke rumah pakcik aku di Tapah . di sana beliau ada menceritakan mengenai sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada suami isteri dan anak mereka yang masih kecil berusia dalam lingkungan 8 bulan. menurut pakcik aku  , dia terjumpa  keluarga ini ketika mereka bertanyakan rumah tumpangan yang terdapat di kawasan situ, disebabkan tiada perkhidmatan rumah tumpangan ,pakcik aku mempelawa mereka untuk tumpang di rumah beliau. 

pada malam tersebut , bermulalah kejadian tidak diingini , apabila si isteri memuntahkan darah. lantas mereka membawa si isteri tersebut ke hospital Ipoh. disana , doktor mengesahkan si isteri mempunyai sejarah penyakit dimana , si isteri menghidapi 3 jenis kanser di tahap 4 iaitu kanser rahim , kanser tulang dan kanser pankreas. peluang untuk hidup berkemungkinan hanya tinggal 3 bulan .  keadaan yang memilukan ini ditambah pula dengan faktor kewangan keluarga ini dimana si suami dibuang kerja akibat kerap kali minta cuti untuk menjaga si isteri  kadang - kala  susu yang sepatutnya diminum oleh si anak terpaksa diganti dengan air kosong dan gula . 

kebetulan aku memegang jawatan sebagai wakil pelajar di kolej , tergerak hati aku untuk menolong keluarga ini dengan mengutip dana di kolej. untuk sumbangan dana , adalah penting , untuk mengetahui latar belakang butiran mangsa. jadi aku terus bergerak ke HUKM untuk mendapatkan data tersebut , kerana menurut pakcik aku , keluarga ini telah berada di HUKM untuk mendapatkan rawatan lanjut. sampai saja di sana , aku terus memberi butiran mangsa kepada kakitangan hospital untuk aku ketahui dimana mereka berada. 



tetapi keinginan untuk berjumpa dengan mereka gagal , kerana aku diberitahu , bahawa kemungkinan besar mereka telah keluar daripada wad atau tidak mendaftar ke wad . tambahan pula mereka tidak telefon bimbit untuk memudahkan  sesiapa hubungi. walaupun tidak kesempatan untuk berjumpa , insyallah mudahan dengan doa akan sampai kepada mereka .  untuk pengetahuan korang semua , si suami bernama Halmy Hasani manakala si isteri yang menghidapi kanser bernama Rosmawati bt Mohammad Nafi. kepada korang yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan , bolehlah membuat sumbangan dengan menderma seikhlas mungkin ke no akaun beliau
( BANK ISLAM  Rosmawati bt Mohammad Nafi: 04015020562088 ) . Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mereka sekeluarga. 

p / s : Doa can Heal Anything. mudah  - mudahan mereka sekeluarga dirahmati Allah.Amin.. 

2 comments:

Miss Butterfly said...

semoga beliau cepat sembuh . aminnn .



rindu kau !

Aida Omar said...

semoga kehidupan mereka baik dan si isteri sihat semula, moga Allah meindungi mereka. Kamu juga semoga dengan kamu membantunya akan dirahmati Allah.