PERCUTIAN KE SABAH PART 2

[ PART 1 ]

Hari Ketiga 

hari ketiga kami menuju ke Pulau Manukan, salah satu kepulauan yang terdapat di sabah . perjalanan dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit. dekat je sebenarnya. kalau korang nak ke pulau manukan, terdapat banyak pakej yang korang boleh ambil dan selalunya pakej ni termasuklah bayaran bot atau feri  , pakej snorkeling dan bayaran masuk ke pulau. kiteorang ambil pakej yang murah je, makanan? masak sendiri dari rumah. 



sampai je di pulau manukan , terus dengan aktiviti snorkeling. air laut yang jernih dengan pemandangan yang cantik memang rugi kalau tak ke sini. 




madagascar team -_-"

dah penat bersnorkeling,masa untuk berjalan - jalan sekitar pulau. buat korang yang nak stay disini, ada je perkhidmatan chalet disediakan. pendek kata semua ada dekat sini, kedai makan , kedai cenderahati dan macam - macam lagi. 











jadi itulah aktiviti kami sepanjang hari ketiga di sabah. semuanya aktiviti laut ! untuk hari - hari seterunsya nantikan update dari budak pacak ! adios.... 

p/s : subhanallah cantiknya ciptaan-Nya 

4 comments:

~PILOT LOVER~ said...

cantiknyer view laut tuh :)

Dania Eryati said...

lepas raya nak ke manukan lagiiii....yg tak best ..air laut tu..masinnnnnnnn..(mesti la masin kan)

AikaRaffi said...

pakej snorkeling tu,awak amek dari agensi ape? 2minggu lg nak pergi sane tp xtahu nak cari pakej murah dgn sape? can you help me

Khai Artzfar said...

@AikaRaffidekat sana saya kebetulan ada kwan disana, jadi kami berjalan sendiri je.saya cadangkan awak berjalan dan rancang sendiri je nak kemana. utk penginapan saya cadangkan tune hotel .agak murah beserta dengan pakej pergi dan balik ke semenanjung