PERCUTIAN KE SABAH PART 3


Hari Keempat

Keesokan harinya , kami bergerak ke Tuaran berhampiran dengan Tamparuli. untuk pengetahuan korang disinilah letaknya rumah terbalik. jangan terkejut sebab memang rumah ni keseluruhan strukturnya terbalik .



rumah terbalik yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara ni mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dari bandar kota kinabalu. bayaran masuk pula adalah sebanyak RM 10. untuk pelajar , minuman khas dari kafe disediakan. 




selain rumah , ada juga kereta terbalik, pendek kata semua terbalik. jadi kalau dah datang sini, tak beli souvenir tak sah pula. datang jauh - jauh ye dak.



selesai je kami di sini , kami menuju ke Perkampungan Tanjung Aru . kebetulan member aku punya kampung di sini. uniknya pasal kampung ini, sebab dia terletak di atas air !





view dia dekat sini sangat cantik ! tak caye korang tengok lagi gambar di bawah.. original tanpa edit punya





habis je jelajah kampung tanjung aru, perut pun lapar , jadi kami singgah di kopitiam yang terletak di tengah - tengah bandar kota kinabalu. dan untuk menu malam tu, nasi goreng kopitiam dan dim sum menjadi pilihan !



menurut member aku , kopitiam ini memang terkenal tak kira melayu , cina , india, semua akan datang sini. kalau dekat semenanjung, selalu nya mamak menjadi pilihan tapi di sini kopitiam style !

bersambung....... 

p/s : terbantut update pasal travelog.blergh....

WOW! Adakah anda penari terhebat di Malaysia? Buktikan di SINI!

5 comments:

Leods said...

nice 1 !...Im sabahan :))

nadirahramadanna said...

jalan2 dgn spe ea?? pegi kota kinabalu je ke? npe xpegi sandakan skli.. best.. ;)

suesue said...

haha..ingatkan upload gambar terbalik memula tu..padahal..haha,nice one!

Khai Artzfar said...

@nadirahramadannaSandakan jauh la bha :P

Khai Artzfar said...

@suesuehaha the real one