SIAPA TAHU CINCIN INI ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

tadi masa blogwalking ternampak ada entry pasal Barrack Obama pakai cincin yang ada kalimah Allah.sama ada betul atau tidak, wallahualam. pastu masa tengah baca tadi terus teringat cincin yang aku pakai ini. dah lama aku nak tau kesahihan dan bukti pasal cincin ni. aiceh dah macam CSI pulak. 
Cincin ini ayah aku bagi time aku kena tumpang dengan makhluk halus dulu --> rujuk sini.  kalau tak silap cincin ni dah ada dekat keluarga aku sejak aku kecik lagi. apa yang buat aku risau dan tertanya, dekat cincin ni ada tulisan jawi,ada yang tulisan yang macam kalimah Allah dan dekat belakang cincin ada juga simbol macam heiroglif ala - ala zaman mesir camtuh.



 ye la risau juga kadang tulisan yang kita tak faham boleh bawa maksud macam - macam silap haribulan takut membawa maksud yang tak elok.jadi korang - korang yang baca entry ni kalau pernah nampak atau tau tafsirkan ayat - ayat dalam ni tinggalkan komen korang di bawah yer. harap sangat - sangat ada yang tau pasal cincin ni.babai! 

p/s : tinggalkan komen di pesbuk atau twitter pun boleh :) 

WOW! Tunjukkan Bakat tarian anda Disini!

9 comments:

Lea Terpenyet said...

kena ganggu?err seramnye..tp tak penah nmpk pulak cincin cmtu..ni bru 1st time..huhu

Fendy said...

apakah....family punya?...xpernh nmpk..

MéuzAngelo™ XXIII said...

jangan beriktikad yang cincin tu punca penyembuh penyakit.. macam hukum pakai tangkal azimat la.. kalau kita baik, soleh dan ibadat ok, konfem Tuhan tolong. tak perlu nak pakai rantai, cincin etc.

kalau kene ganggu dgn makhluk halus kan ada perubatan cara Islam. aku tgk dorang buat takde pun pakai kain kuning, limau, kunyit dan bahan2 seangkatan dgnnye..cukup dengan bacaan ayat2 al-Quran je. hehe :)[link blog saya]

Khai Artzfar said...

@Lea Terpenyetdulu je la

Khai Artzfar said...

@Fendyaarh family punya...

Khai Artzfar said...

@MéuzAngelo™ XXIIIhaha tau.tak ada pun mengharapkan cincin tu sebenarnya, sekarang pakai biasa2 ja. cuma tu la takut juga kalau perkataan kat situ bawa maksud lain

luqman zakaria said...

nampak kalimah Allah kat cincin tuh!

nash naz said...

aku pun ad cincin t0o,sebiji serupa

muhammad nur nazmi bin bidi said...

saya pon masih ada,tapi tulisan besar berupa awal surah al kahfi iaitu "kaf ha ya ain sod"...wallahualam