Korang pencinta haiwan ? ada sesuatu yang patut korang tengok dekat sini. Tak ramai yang tahu mengenai kewujudan kelab atau pertubuhan yang mengambil berat perihal kucing terbiar dan anjing jalanan. mujurlah ada STRAY CATS RESCUE AND TREATMENT COMMUNITY HELP [S.C.R.A.T.C.H]  sebuah pertubuhan yang membela nasib haiwan - haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan. 



 Pada mata kasar kebanyakan orang hanya memandang sebelah mata  je haiwan – haiwan ni, tapi pada hakikatnya ada diantara haiwan ni diseksa seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya. Alasan mereka , haiwan ini menganggu ketenteraman , merosakkan perniagaan dan sebagainya. Hairan ! mereka yang menyiksa binatang ni tak tahu erti kasih sayang ke ? kenapa nak samakan erti akal binatang dengan manusia? Aku percaya kalaulah haiwan ni reti fikir macam manusia, tak ada nya dorang nak menyibuk dekat premis dan diseksa oleh mereka yang zalim.








antara kucing yang diselamatkan, ada diantara mereka yang mati kerana lambat diselamatkan. 


 sebelum diselamatkan


selepas menjalani rawatan 




untuk melihat gambar lagi DISINI

Mujurlah ada sesetengah pihak yang sanggup menjadi “pit stop” sementara bagi haiwan yang terbiar ni. Merekalah yang membela nasib haiwan ini, mereka jugalah yang membiayai perubatan haiwan ini. Jadi buat korang yang prihatin boleh je bela haiwan yang diiklankan dalam page ini atau hulurkan sumbangan dalam bentuk yang bersesuaian. 

Buat korang yang terjumpa haiwan yang kurang bernasib baik seperti cedera dan sebagainya, Korang boleh je iklankan disini, mana tahu kalau ada yang boleh tolong. Ingat daripada korang membunuh haiwan ini, masih ada lagi insan yang sanggup membela. Mereka pun ciptaan-Nya, kenapa tidak  untuk kita menolong ? 





untuk membaca kisah - kisang kucing yang diselamatkan boleh ke SINI. 

p/s : ada pengalaman dengan haiwan yang dianayai? jom kongsi cerita disini 

WOW! Filem Paling Menyayat hati November ini ! 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


korang kaki layan youtube? pernah dengar nama Tasha Manshahar dan Syed Shamim? kalau yang tak tau dorang ni pemes sebab cover lagu MrSaxobeat dan sekarang bernaung di bawah FMC Music .



 apa yang aku suka  daripada youtube ni, dorang tak takut nak tunjukkan bakat . yer la daripada suka -suka siapa sangka sekarang dah jadi satu kerjaya. tengok je la Yuna, Najwa Latif  dah ada nama sendiri,  untuk pengetahuan korang juga , dorang sekarang ni tengah melonjak naik dengan lagu 'Be Mine'  yang sekarang boleh request di stesen radio.  apa pun layan video klip terbaru dorang, all the best tasha dan syed ! 


Lirik Lagu Be Mine 

Bermula di Facebook
kau tegur ku dulu tak tahu malu
tak kuasa nak layan
aku buat taktahu

kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuat ku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang - panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit aku merajuk
kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
aku cuma nak uji saja

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Syed Shamim ::
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
kadangkala sedih juga 
kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku selamanya...

p/s : suka dengar cover 

untuk part yang terakhir ni, aku akan ceritakan mengenai trip kami ke Gunung Kinabalu. tapi tak adalah sampai ke puncak. untuk pengetahuan korang , kalau nak sampai ke puncak, mengambil masa lebih kurang 3 hari perjalanan. jadi kalau nak ke atas, lebih baik rancang terlebih dahulu.

kami ke kaki Gunung Kinabalu dengan menaiki van agensi pelancongan, lebih kurang RM 60 untuk seorang, kira berbaloi sebab dia akan bawa korang ke beberapa tempat siap ambil dan hantar betul - betul depan rumah. perjalanan ke Kaki Gunung Kinabalu dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam. sampai saja di kawasan pergunungan, sejuk tu jangan cakapla, awan di langit seolah - olah berada sejengkal daripada kepala. 


sampai saja di sana, terasa kagum dengan keindahan ciptaan-Nya, pemandangan yang cantik, udara yang segar. superb! 



walaupun berada di kaki Gunung, tetap puas, sebab dari situ korang boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.






dah puas jalan sekeliling kawasan kaki gunung, kami bergerak ke kundasang. apa yang menarik perhatian aku, dekat sini keadaan dia macam pekan texas zaman 60-an. old school! 




di kundasang, kami melawat  war memorial park, kesan peninggalan askar British zaman dahulu. di sini, semua nama pejuang mereka yang telah kecundang, diabadikan di sini. 




English Garden pun ada 



seterusnya kami bergerak ke Jambatan Gantung Taman Poring. dekat sini bukan setakat jambatan gantung, tapi terdapat juga beberapa tempat menarik seperti kolam air panas, air terjun , taman rama - rama dan banyak lagi. 



untuk ke jambatan tersebut, para pelancong kena mendaki bukit . sempat la berpeluh dulu kehkehkeh. 



bila dah sampai "Pit Stop" di Pondok Manggas, kena beratur dan limit untuk 6 orang berada di atas jambatan gantung pada satu masa. ingatkan jambatan gantung biasa je, sekali bila dah tengok bawah baru tau rasa gayat. 



muka cuak je semua tahan gayat 

dah penat meniti atas jambatan gantung , tibalah masa untuk merehatkan badan di Kolam Air Panas Poring . dekat sini ada 4 pilihan untuk para pengunjung.Kolam yang tak panas untuk kanak-kanak, Kolam untuk merendam kaki, Kolam Terbuka dan juga Kolam Tertutup. Untuk Kolam Tertutup ni bayaran akan dikenakan buat para pengunjung yang inginkan privasi sendiri. 





Taman Poring merupakan destinasi terakhir kami bercuti di Sabah ni. sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat membeli cenderamata di Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan sebagai tanda kenangan. Disini bukan setakat cenderamata  dan mutiara, bahan - bahan kering seperti ikan kering dan keropok juga boleh didapati disini





habis sudah travelog edisi sabah kali ini. Untuk pengetahuan , jumlah keseluruhan yang telah aku habis adalah sebanyak : 

Tiket Kapal Terbang Pergi dan Balik = RM 170
Makan dan Minum = RM 250
Tiket Bayaran Masuk Pulau dan sebagainya = RM 200
Cenderamata = RM 100
TOTAL = RM 720 

Masih dalam bajet ! ingat rancang bajet korang sebelum letakkan sasaran bercuti. bajet yang baik dapat elakkan daripada pembaziran. Selamat Bercuti !


p/ s : Next Travelog : Langkawi 


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat braders dan sistah!

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita keganasan di Gaza di mana rata - rata mangsa keganasan kebanyakkannya adalah kanak - kanak. sayu hati apabila melihat berita dan juga gambar - gambar yang memaparkan keadaan di sana. Semoga mereka yang terkorban mendapat balasan syurga dari-Nya dan mereka di Gaza dikurniakan ketabahan serta kekuatan untuk menahan penderitaan. 



Kita di Malaysia bertuah sebab terlindung daripada malapetaka macam ni, tapi ada juga yang masih tak bersyukur, terlalu angkuh sampai bila bab nak hulurkan duit, fikirkan segala aspek tanpa mengira aspek kemanusiaan. apalah sangat jika nak dibandingkan dengan menderma sekurangnya RM1 , tak bankrup pun. kalau beli rokok , topup berpuluh - puluh ringgit boleh kenapa tidak menderma? jadi jom menderma, tak salah untuk bantu - membantu bukan?  sebelum aku habiskan entry kali ini aku nak share dengan korang cara - cara untuk menderma kepada mangsa Gaza. mungkin ramai yang masih tidak tahu bukan? 

  • (Aman Palestin Berhad) 
    Dana Sumbangan & Derma
    Bank Islam: 12029010047880
    Maybank: 562263010787
    Bank Muamalat: 12070005133717
    RHB Islamic Bank: 21245760004907
    Bank Rakyat: 22-080-619592-2
    Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95


  • Menderma melalui SMS 
    Taip PALESTIN <jarak> 10
    (Nilai RM10/5/3/1)
    Contoh: PALESTIN 10 Hantar ke 39111


  • @IRMalaysia 
    BIMB: 12029010065643,
    MBB: 562142708704,
    CIMB: 12590000804058

    -amaran gambar di bawah mungkin agak keterlaluan , bagi yang lemah semangat tidak digalakkan untuk melihat - 






















p/ s : Semoga dengan bantuan kita disini dapat meringankan lagi beban kawan - kawan kita disana .InsyaAllah,Amiiinnnnnn.......