• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

October 27, 2012

LIRIK LAGU LIVE WHILE WE'RE YOUNG - ONE DIRECTION


LIVE WHILE WE 'RE YOUNG 






[Liam]
Hey girl I’m waiting on ya, waiting on ya
Come on and let me sneak you out
And have a celebration, a celebration
The music up the windows down
[Zayn]
Yeah, we’ll be doing what we do
Just pretending that we’re cool
And we know it too
Yeah, we’ll keep doing what we do
Just pretending that we’re cool
So tonight
[All]
Let’s go crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young
And live while we’re young
Tonight let’s get some
And live while we’re young
[Zayn]
Hey girl, it’s now or never, it’s now or never
Don’t over think just let it go
And if we get together, yeah, get together
Don’t let the pictures leave your phone
Oh, oh
[Niall]
Yeah, we’ll be doing what we do
Just pretending that we’re cool
So tonight
[All]
Let’s go crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young
Come on and live while we’re young
Tonight let’s get some
And live while we’re young
[Zayn]
And girl, you and I, we’re ’bout to make some memories tonight
[Louis]
I wanna live while we’re young
We wanna live while we’re young
[All]
Let’s go crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young
Crazy, crazy, crazy ’till we see the sun
I know we only met but let’s pretend it’s love
And never, never, never stop for anyone
Tonight let’s get some and live while we’re young
(Wanna live, wanna live, wanna live while we’re young)
[Harry]
Young! We wanna live while we’re young
[All]
Tonight let’s get some
[Zayn]
And live while we’
re young







October 20, 2012

PERCUTIAN KE SABAH PART 3


Hari Keempat

Keesokan harinya , kami bergerak ke Tuaran berhampiran dengan Tamparuli. untuk pengetahuan korang disinilah letaknya rumah terbalik. jangan terkejut sebab memang rumah ni keseluruhan strukturnya terbalik .



rumah terbalik yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara ni mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dari bandar kota kinabalu. bayaran masuk pula adalah sebanyak RM 10. untuk pelajar , minuman khas dari kafe disediakan. 




selain rumah , ada juga kereta terbalik, pendek kata semua terbalik. jadi kalau dah datang sini, tak beli souvenir tak sah pula. datang jauh - jauh ye dak.



selesai je kami di sini , kami menuju ke Perkampungan Tanjung Aru . kebetulan member aku punya kampung di sini. uniknya pasal kampung ini, sebab dia terletak di atas air !





view dia dekat sini sangat cantik ! tak caye korang tengok lagi gambar di bawah.. original tanpa edit punya





habis je jelajah kampung tanjung aru, perut pun lapar , jadi kami singgah di kopitiam yang terletak di tengah - tengah bandar kota kinabalu. dan untuk menu malam tu, nasi goreng kopitiam dan dim sum menjadi pilihan !



menurut member aku , kopitiam ini memang terkenal tak kira melayu , cina , india, semua akan datang sini. kalau dekat semenanjung, selalu nya mamak menjadi pilihan tapi di sini kopitiam style !

bersambung....... 

p/s : terbantut update pasal travelog.blergh....

WOW! Adakah anda penari terhebat di Malaysia? Buktikan di SINI!

October 19, 2012

SIAPA TAHU CINCIN INI ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

tadi masa blogwalking ternampak ada entry pasal Barrack Obama pakai cincin yang ada kalimah Allah.sama ada betul atau tidak, wallahualam. pastu masa tengah baca tadi terus teringat cincin yang aku pakai ini. dah lama aku nak tau kesahihan dan bukti pasal cincin ni. aiceh dah macam CSI pulak. 
Cincin ini ayah aku bagi time aku kena tumpang dengan makhluk halus dulu --> rujuk sini.  kalau tak silap cincin ni dah ada dekat keluarga aku sejak aku kecik lagi. apa yang buat aku risau dan tertanya, dekat cincin ni ada tulisan jawi,ada yang tulisan yang macam kalimah Allah dan dekat belakang cincin ada juga simbol macam heiroglif ala - ala zaman mesir camtuh.



 ye la risau juga kadang tulisan yang kita tak faham boleh bawa maksud macam - macam silap haribulan takut membawa maksud yang tak elok.jadi korang - korang yang baca entry ni kalau pernah nampak atau tau tafsirkan ayat - ayat dalam ni tinggalkan komen korang di bawah yer. harap sangat - sangat ada yang tau pasal cincin ni.babai! 

p/s : tinggalkan komen di pesbuk atau twitter pun boleh :) 

WOW! Tunjukkan Bakat tarian anda Disini!

October 10, 2012

KENANGAN DI ASRAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

ok siapa pernah duduk asrama, putyo hensap! kehkehkeh. aku rasa kebanyakannya mesti pernah duduk asrama ye dak? tak kira la asrama sekolah ke asrama kolej ke janji namanya dah asrama memang betul ler tuh.buat kengkorang yang pernah duduk asrama ni mesti ada pengalaman sendiri kan? aku duduk ada la juga zaman noti - noti kat asrama. haha antara yang aku buat nih mesti ada antara korang yang pernah buat kan? 

"Fly" Asrama

 *sekadar gambar hiasan*

haa! aku rasa kalau duduk asrama memang pemes istilah ni. bukan terbang erk, tapi lari keluar dari asrama senyap - senyap. kahkahkah, aku ingat lagi dulu masa nak fly nih, siap merangkak komando, parkour bagai. last - last kantoi juga. ades! 

"Iron" Milo



ok yang ni pun hampir semua buat. beli milo 3 in 1, beli bukan nak dibancuh tapi nak ratah. sebab orang Malaysia ni kreatif benor, maka terhasillah "Iron" Milo dimana milo segera itu kita seterika atas dia bagi keras. hasilnya milo tu ohsem untuk dimakan. rangup bak ang kahkahkah! 

ok sampai part ni tetiba otak aku freeze jap lupa nak tulis apa ......

aku rasa tu je kot benda yang salu budak - budak asrama buat. ok yang ni aku nak citer pasal aku di asrama dulu - dulu. please do not try this  ! kehkehkeh,

Puntung Rokok



Dulu aku merokok *sekarang tak dah u_u* , pastu bila dekat asrama, jumpa geng mesti cari port untuk hisap, tempat kiteorang dulu dalam bilik tilam. pernah satu hari ni aku terlupa nak matikan hujung puntung rokok pastu terus campak atas almari yang penuh dengan tilam.3 jam lepas tu bau hangit giler, periksa punya periksa satu bilik tu terbakar! kehkehkeh .

Curi - curi tengok TV



Bila dah bosan , mesti nak try macam - macam, kebetulan kat asrama dulu ada bilik tv yang boleh tengok hujung minggu je. tapi kiteorang time prep pun curi - curi tengok sampai la satu hari kantoi dengan warden asrama. efeknye, masa waktu persekolahan, budak - budak asrama kena angkut tv bawa ke bilik pengetua. No more entertainment , no more television ! 

Baling Mercun dalam surau 



ok ini aku rasa paling sengal tahu! tapi yang ni bukan aku buat tapi member.*aku budak baik,sila percaya* time ni jadi masa bulan puasa,sembahyang maghrib kalau tak silap aku. warden tak ada , entah camner boleh ada yang lewat sembahyang. time semua orang sembahyang, adalah Hamba Allah ni pergi baling mercun bola dalam surau, hasilnya, termelatah, terbantut , semua " ter" keluar time tu termasuklah tok imam. time tu juga asap penuh dalam surau.denda dia ? hehe hardcore beb!

haha aku rasa korang pun ada pengalaman tersendiri kan? meh ler share sini! kehkehkeh....

p/s : bangga asrama sekolah dulu dapat johan asrama terbaik kebangsaan

October 06, 2012

LELAKI ! SILA BERJAGA - JAGA APABILA MASUK TANDAS AWAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua !

tadi masa blogwalking , terjumpa satu artikel ni,

Hati-Hati Kaum Lelaki, Kini Bersebaran Video Lelaki Gay Rakam Aksi Buang Air Dalam Tandas Awam! 



mak aih! kalau dulu yang selalu kita dengar kaum hawa yang salu jadi mangsa skodeng. tapi sekarang lelaki pun dah jadi mangsa kepada gay !. setiap kali lelaki yang buang air dalam tanda awam yang dikenalpasti , memang video dia dari a  sampai z direkodkan . 

 

yang kesiannya mangsanya tak mengira umur dan bangsa sampai pak lebai pun terkena juga. kesian betei. nak layan nafsu sampai tahap macam itu sekali . bila tengok blog yang memaparkan video - video ni, bukan 1 atau 2 tapi dekat berpuluh - puluh.


 jadi kepada brader - brader yang nak  masuk ke  tandas awam, sebelum lepaskan hajat tu, sila periksa penutup tangki air, syiling ke manalah tau silap hari bulan kita pula yang jadi mangsa. ambil langkah berjaga - jaga mungkin anda yang seterusnya kehkehkeh ... 

sumber dari SINI 

 

p/s : tak ada kerja sampai orang buang air pun jadi gian 

October 01, 2012

OFFICIALLY FINAL YEAR STUDENT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ! 

entry kali ni aku nak cerita aku dengan secara rasminya jadi budak tahun akhir! kedebabomm! *blerghh motif sangat buat bunyi* sebenarnya aku patut cerita benda ni bulan julai dulu. kahkahkah ni dah nak penghujung semester wei baru nak cerita.

 busy tahap dewa weh dengan final year project, hal kolej , hal anak bini lagi. haih ditambah pulak dengan berotben  yang mati pucuk lagi. memang kerja aku menghadap dinding kalau bosan. memandangkan ini semester aku yang terakhir di kolej , MPP pun menghampiri sidang terakhir sebelum jawatan dibubarkan .

 jadi aku nak ucapkan banyak - banyak terima kasih kepada yang menyokong aku selama ini secara langsung atau tidak langsung. insyallah kalau ada rezeki aku buat makan - makan ajak korang ye. sebelum berundur layan dulu gambar - gambar  orang yang banyak menyokong selama  ini dan juga majlis yang berlangsung dalam beberapa bulan ini dan doakan hajat aku menjadi cikgu yang ohsem termakbul kahkahkah, ok bai ! 

 Majlis Hari Raya KPTM Kuala Lumpur, adik beradik lain mak bapak kehkehkeh



 Alhamdulillah , usaha semester lepas terbalas dengan mendapat anugerah dekan dengan orang - orang yang banyak bagi sokongan. Thank You Allah ! 


 Grand Annual Dinner : Back To School. Thanks to Tasha Manshahar & Syed Shamim sudi datang buat persembahan 



 menjadi juri untuk YouCanCampaign. Congrats BK 101


sempat lagi berjimba ke Genting Highland walapun cuti sehari kehkehkeh

ok itu saja ,jumpa korang dalam next entry !

p/s : siapa cakap jadi MPP tak boleh berjaya :)