HARI KEDUA PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!

untuk hari kedua praktikum ni tak ada banyak beza dengan hari pertama, *siapa yang terlepas sila rujuk entri sebelum ni ye* , kiteorang start hari kedua ni dengan cari maklumat tentang latar belakang sekolah ini untuk dimuatkan dalam buku log kami. oh yer insyallah aku akan cuba taip setiap hari entri praktikum aku atas permintaan ramai dari junior aku kehkehkeh,. ekceli boleh diguna pakai dalam log harian, nampak tak kemalasan di situ? 




okeh, lepas cari semua maklumat, geledah pusat sumber , tetiba rasa bosan teramat sebab duduk tanpa buat apa dalam bilik guru tu, nama pun ROS. jadi minggu depan baru pack dengan mengajar. bila dah duduk tanpa buat apa berjam - jam , tiba - tiba dapat tugas kena relief kelas. yeah akhirnya ada juga benda yang aku boleh buat. aku kena masuk ganti mengajar darjah 2 bermula hari ini. tapi bila dah masuk tetiba rasa awkward , apa yang aku nak ajar? kesian budak - budak ni, dorang pun lost sebab cikgu sebelum ni cuti panjang. jadi aku pun pinjam buku teks dorang jadikan isi dalam buku tu sebagai latihan.



pada mulanya, aku bagitau kat dorang siapa yang tak faham aku cakap bahasa inggeris, sila angkat tangan, tiba - tiba hampir kesemua student angkat tangan,alahai. nampaknya aku terpaksa mula dengan agak perlahan memandangkan rata - rata student tak boleh nak faham bahasa inggeris dengan lancar. bila proses P&P bermula dengan baik , tiba - tiba datang sorang student mengadu buku teks dia basah sebab air tumpah, selang 10 minit datang lagi sorang mengadu kawan dia tumbuk, dan yang sorang lagi buat aku nebes nih, dia mengadu sakit dada. pergh time ni memang rasa cuak takut jadi apa - apa *sigh* . aku pun suruh sorang student lagi ni bawa pergi jumpa guru kelas, harap lah tak ada yang serius berlaku. haa tu lah tadi mengadu sangat bosan , bila dah jadi camni padan muka kau khai ! kahkahkah 

p/s : aku tak suka keadaan awkward.kbai 

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

Lelama nanti u will get use to it hehe
Slow2 ..baru hari kedua hehe

Cik Tomorrow says... said...

relax ar .. cool ar ...

mula-mula lagi , mmg rasa awkward ..lama-lama okay ...

cikgu tu akan diingati bila dia tegas tapi at the same time funny ...

just like my mom ...tecer BI jugak..kukukuku .....