SAYA TERKENCING ! CIKGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

 baru - baru ini dekat sekolah yang aku praktikal ni ada buat sambutan maulidur rasul. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sampai ada  student yang menangis bila terkenangkan cerita perjuangan Rasulullah, dalam tengah fokus dengar ceramah, ada pulak gangguan bising daripada students. tapi aku rasa tu dah macam lumrah.



ceritanya  bermula bila ada satu student ni bising , then kena tarik ke belakang, rupa - rupanya bersembang sakan dengan abang dia. dah kena duduk belakang maka terpisahlah mereka, kehkehkeh.. mula- mula duduk diam, tapi lama - lama mula buat perangai.





 first dia boleh main gigi lepas tu calit dekat pengawas. aku marah dia buat tak tahu je, tak lama daripada itu,  semua orang tak bersandar, dia siap buat kuak lentang dekat situ, bila marah masih lagi buat tak tahu *sigh* 



yang ketiganya , dia boleh pulak terlena. berani betul dia tidur depan cikgu - cikgu, bila gerak tak bangun pulak., adeh tercabar betul.  kiteorang siap ambil gambar lagi, langsung tak sedar.




 bila dah nak dekat habis, abang dia datang pastu gerakkan, aik? bangun pulak dia. tapi bangun sekejap, pastu terlena atas riba abang dia. haih budak ni, nak marah pun tak jadi, so aku just biarkan dia dibuai mimpi. 



bila dah habis ceramah, barulah dia bangun, lepastu entah apa abang dia bisikkan terus dia datang dekat aku pastu cakap  " Cikgu, saya nak ke tandas boleh?seluar saya basah, saya....terkencing cikgu," perkataan TERKENCING tu terngiang - ngiang dalam kepala waktu itu. 


aku pun izinkan dia ke tandas takkan nak biarkan ye dak , yang kelakarmya bila datang balik, dia boleh watlek,watkul, watpis, watdono. macam tak ada apa - apa yang berlaku. ok student,  we take it as never happens !

p / s : kenangan mengusik jiwa

15 comments:

Nurlyla said...

haha.. jdi ckgu ni, mcm2 karenah boleh jmpa..

Lyeen De Syifa said...

ahhha..time lyeen buat PBS dkt skolah dlu student mmg macam2 hal..ada yg tercabut gigilah...kdg2 lawka juga..ahha

Razil Tahir said...

budak macma nie la yang dah besar nanti jadi orang yang luar biasa berjayanya...

kalau dididik bebetul la.. hahahah

✿A I N A A✿ said...

hahaha merasalah jadi cikgu ye khai.. hehehe kita dlu buli cikgu2 kita, now kita lak merasai apa yg cikgu2 kita rasai.. XD

ZWAN SABRI said...

Adoi selamba gila budak tu.. naseb bek x berak dalam seluaq.. HAHA

Cik Pensil said...

hahaha. seluar dia tak basah ka ?

kenapa tah rasa kesian tgk dia..

Eazy Izzuddin said...

alahai ..
layans aje karenah dia ..
kena biasa kan hehe

Khai Artzfar said...

@Nurlylasangat! haha

Khai Artzfar said...

@Lyeen De Syifabudak-budak biasalah semua benda nk bagitau :)

Khai Artzfar said...

@Razil Tahiroh really?

Khai Artzfar said...

@✿A I N A A✿itulah baru tau sekarang macam mana cikgu kite dulu mrasa

Khai Artzfar said...

@ZWAN SABRIjanganle tak sanggup aku haha

Khai Artzfar said...

@Cik Pensiltak basah tu yg pelik

Khai Artzfar said...

@Eazy Izzuddinnanti anak kite pulak kan lol

Anonymous said...

terkencing dlm seluar/kain di zaman sekolah rendah mmg perkara biasa...tipu lah sape tak pernah kan...sbb tu warna sluar/kain skolah rendah warna biru gelap... klu kencing pun takkan nampak sluar dah basah...