SMS TERAKHIR PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN




'salam abah,ma doa la orng slmt…era'

SMS terakhir prebet Ahmad Hurairah , 24 yang terkorban dalam mempertahankan negara. Al - Fatihah ! 

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini hari ini.
Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, semasa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.
"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.
Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata, beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu. - Bernama

#GambarDariUtusan

p/s : gugurnya Allahyarham seperti seorang pejuang

[Berita Terkini] Isu-isu Lahad Datu. Dapatkan semua di sini !  ]


4 comments:

Izzah Azizah said...

Innalillahwainnalillahhirajiunn..

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

semoga roh pejuang2 negara ni ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. semoga Malaysia aman seperti sedia kala... Amin

Ahsfantasy Ryu said...

Jasamu dikenang..

Khairul Zamri said...

sedihkan semua yang berlaku adalah tidak dijangkakan. Semoga arwah tergolong dalam kalangan mujahidin :)