Total Pageviews

Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang !

pernah tengok ironman? aku berani cakap terutamanya yang lelaki mesti pernah tengok ataupun tertengok kehkehkeh, bagi aku memang peminat tegar pendek kata kipas susah mati untuk citer superheroes ni. jadi bila dah keluar ironman 3 ni jadi super excited nak tengok. sebab dengar cite lagi advance !

selalunya aku ni memang kaki berangan , feeling-feeling nak jadi superheroes kononya kehkehkeh. tapi andai kata diberi peluang upgrade ironman , ini yang akan aku improve !! 

ANIRON 

sebab apa iron mutant ? sebabnya iron man yang lama telah diberi nafas baru , diberi superpower dari alam semula jadi dan haiwan daripada empat unsur . api, air , tanah, udara. yang membezakannya adalah dari segi warna, kuasa dan juga bentuk.  masing - masing mengikut unsur - unsur . haa dekat sini aku bagi lagi detail


Fire Lion
- Kuasa dari sumber api 
- Kalis Api,
- Senjata : Busur Api 

Icy Shark
- Kuasa dari sumber air
-Boleh membekukan musuh
-Senjata : Tukul Ais 

Mammoth Earth 
-Kuasa dari sumber tanah
- Ciri pertahanan yang paling kuat dari semua unsur
- Senjata : Pertahanan Batu 

Flying Eagle 
-Kuasa dari sumber angin
-mampu terbang lebih laju dari sebelum ni
- Senjata : Pistol udara 



haaaa! superb tak ? siapa cakap umur macam ni pun boleh create superhero. kehkehkeh.tak salah untuk lontarkan imaginasi kan? kalau tak macam mana superhero boleh terhasil ye dak? so korang punya iron man camner?


p /s : sangat tergilakan citer superheroes tapi tak reti melukis LOL 

IRON MAN 3 : MY WAY

by on 17.4.13
Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang ! pernah tengok ironman? aku berani cakap terutamanya yang lelaki mesti pernah tengok a...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang !

ingat lagi entry mengenai  pelancaran pertandingan YNOT Spark Your Creativity with Graffiti tempoh hari ? Kali ini pertandingan ini telah ke kemuncaknya dimana finale pertandingan ini telah diadakan di Genting Highland Theme Park pada 13 dan 14 April baru - baru ini . Seramai 15 orang artis dan karya mereka disenarai pendekkan untuk peringkat akhir , dimana karya - karya mereka ini dibuat secara langsung di Genting Highland ! 





jadi peluang untuk undi karya dan artis kesukaan korang masih dibuka  DISINI sehingga 19 April ini , jadi tunggu apa lagi tunaikan tanggungjawab korang. kehkehkeh! 

p/s : I LOVE RWG ! 

YNOT SPARK YOUR CREATIVITY WITH GRAFFITI FINALE

by on 17.4.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! ingat lagi entry mengenai  pelancaran pertandingan YNOT Spark Your Creativity w...
Cak? 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!perghh giler lama tak update belog. ni kalau wujud di alam realiti letak pulak di atas almari confirm berhabuk gilos ! sejak bergelak cicer ni sibuk bebenor. Pagi mengajar , petang aktiviti kokurikulum, malam buat persediaan mengajar. cuti je terkejar event, haa camner nak belai belog ini enn? ok alasan semata - mata . so let me make a short and simple story  what happens before this okay ! 

Praktikum



Cakap pasal praktikum, sebenarnya lagi beberapa minggu je bakal menghabiskan sesi pengajaran dekat sini. 5 Bulan berlalu tersangatlah sekejap . Bonding dengan pelajar-pelajar disitu dah semakin rapat. Mula - mula masuk macam berharap akan berlalu dengan cepat, but then macam berharap akan kekal di situ.Well dimana ada pertemuan disitu ada perpisahan. Cuma satu je aku harap, ilmu yang aku sampaikan ini semoga berkat. blerghh dah kenapa ada ayat taching ni, padahal tak habis lagi. ok cite lain pulak...

Belog / Blog 

Belog? blog? blogger? oh macam tak layak je pegang title tu, semangat nak taip entry tu ada, tapi  disebabkan masalah sana sini, dan kemalasan, kesayangan menyimpan lemak jari menyebabkan entry tak tertaip ! lepas ini kena buat ikrar baru la gamaknya haa dasar pemalas diri ini ....

Event 



Sejak kebelakangan ini, rezeki murah, Alhamdullilah. banyak juga dapat jemputan acara korporat terutama dari Resort World Genting dan Nuffnang ! . hahahaha nampak tak game dia dekat situ? pergi acara rajin, nak taip entry punya la malas . *sigh* so untuk update event - event ni akan ku ceritakan nanti termasuk event esok nantikan ! 

Sosial Network 
 


Sejak ada 'bini' baru ni, makin galak aku ke depan. bukanlah galak macam mana, cuma nak cerita ada beberapa akaun sosial network baru ,sebenarnya nak promote* kehkehkeh 

Instagram : khaiartzfar
WeChat : KhaiArtzfar 

haa itu je la update untuk kali ini, jadilah enn daripada tak ter update. jumpa lagi dalam next entry mengenai satu event yang gempak ! babai !


p/s : macam mana nak hilangkan malas ? 

KEMBALI !

by on 12.4.13
C ak?   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang!perghh giler lama tak update belog. ni kalau wujud di alam realiti letak pulak ...