HIDUP BARU

Assalamualaikum , Selamat sejahtera semua orang !

Ya Tuhan ! Sebelum tu, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ! haa amik kau . 3 in 1 sekali tu. giler lama tak hapdet belog yang dulu kengkonon bini no 1. Sah - sah diri  pun hampir dilupai. pastu bising takde event bagai. 

Sebenarnya faktor internet yang jadi punca belog berhabuk. maklumlah bila habis belajar hari tu terus balik kampung .tapi kena pulak kat kampung line tak ada. Yer la, syarikat telekomunikasi tuutttt dia cakap kat kampung aku ada line, sekali balik haroommm tak de. last sekali 3 bulan tertangguh tak bayar berotben beserta pakej rm 200++. Woi ! mana aci aku tak guna pun tenet tu . 

Jadi pasal tajuk hidup baru. apa yang baru? yang barunya , aku sambung pengajian peringkat ijazah di MSU Shah Alam. kenapa tak ipta? nantilah aku cerita dalam next entry. jadi sempena hidup baru di tempat baru ni, semangat pun baru lah ye dak. Dengan harapan segala kesusahan dapat ditempuhi dan peluang kejayaan berada di sini. Insyallah..

so itu je la kot entry kali ini. insyallah kalau ada peluang nak hapdet entry, berjumpalah kita pada masa akan datang. babai semua ! 

latest event yang dapat join setelah sekian lama.ni pun orang ajak. thanks Bro eazy!

p/s : dah jarang join event. tuan penganjur pun dah 'lari' dari blog budak pacak gamaknya :( 

1 comment:

Eazy Izzuddin said...

free time tu aktif la berblog heheh
xD