Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Car Stickers Malaysia merupakan kumpulan syarikat yang menghasilkan pelekat atau sticker untuk kenderaan ready made dan costume made . 



Jadi buat korang yang nak buat pelekat kenderaan sendiri boleh buat tempahan sekarang di Car Stickers Malaysia

Untuk pengetahuan korang, Car Stickers Malaysia merupakan salah seorang penaja yang menjayakan program #BlooggersTV bersama - sama #VideoBrosur

Terima kasih Car Stickers Malaysia ! Tak rugi kalau korang buat tempahan dengan dorang sebab tempahan boleh dibuat melalui online , sangat fleksible ! 



Ditambah pulak, pelekat mereka sangat berkualiti , ternyata sangat berbaloi . Buktinya korang boleh tengok pada pelekat kenderaan yang dibuat khas untuk para Blooggers .



 Cantik , kemas dan berkualiti ! Terdapat banyak jenis rekaan boleh direka atas permintaan pelanggan. 





 Buat korang yang berminat , boleh singgah ke page mereka atau hubungi mereka seperti nombor yang tertera. 


p /s : kualiti sangat bagus :) 

CAR STICKERS MALAYSIA

by on 28.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Car Stickers Malaysia merupakan kumpulan syarikat yang menghasilkan pelekat atau sti...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Ada peminat masakan arab di sini ? kalau ada mohon angkat tangan ! 



Buat peminat tegar masakan arab , apa kata korang singgah di Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya , Shah Alam . Boleh kata korang dapat 'feel' di Arab dekat sini dengan dekoratif dan konsep hidangan dia. 






Menu utama disini adalah hidangan Nasi Arab seperti Nasi Mandy ,Kabsah, Maqlubah dan dihidangkan bersama pilihan ayam, kambing atau pun puyuh. Uniknya disini, kalau korang datang bersama ahli keluarga atau kenalan rapat, korang boleh membuat pilihan untuk mengambil set hidangan dulang.





 Seperti yang kita tahu kalau set hidangan dulang ni dalam dulang tersebut akan ada nasi bersama - sama lauk pilihan. sunnah nabi tahu ! 

Untuk hidangan malam tu, kami mencuba Nasi Mandy dan Nasi Maqlubah bersama - sama pilihan kambing dan juga ayam. oh yer untuk setiap hidangan juga didatangkan bersama sup panas, sos buatan sendiri dan acar sayur. Untuk minuman pula aku sempat mencuba jus kurma . terbaik ! 




Harga makanan pula disini boleh dikatakan berbaloi dengan makanannya. tak hairanlah restoran ini sentiasa dikunjungi orang ramai. 

Buat yang ingin mencuba dan membuat tempahan bolehlah hubungi alamat yang tertera di bawah. Selamat Mencuba ! 

Restoran Aroma Hijrah
No 6 & 8 , Jalan Opera H, Seksyen U2,TTDI Jaya,Shah Alam. 
www.facebook.com/aroma.hijrah
03-78321524 / 012-6644639 ( Rohani ) 


p /s : masih teringat kelembutan daging masakannya 

HIDANGAN NASI ARAB DI RESTORAN AROMA HIJRAH

by on 25.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !  Ada peminat masakan arab di sini ? kalau ada mohon angkat tangan !  Buat pemin...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !!

Korang tercari - cari perkhidmatan membuat kek dan pastry terbaik ? tak percaya dengan perkhidmatan pesanan melalui online ? takut rasa tak sama dengan rupa? 



Jangan takut ! semua itu korang boleh dapatkan di Cheez & Choc . Baru - baru ini kami dari pihak Blooggers telah berkesempatan mencuba sendiri hasil tangan dari Cheez & Choc . Ternyata kek dari mereka sangat sedap . sampai berebut - rebut ! serius tak tipu ! 



Kalau korang peminat kek yang tegar , tak payah nak cari S***** R***** . sebab kek dari Cheez & Choc mampu tandingi hasil dan kualiti syarikat yang ternama. 




Kami berkesempatan merasai Snowy Cheesecake. ternyata kelembutan kek bersama - sama hirisan cheese menangkap selera tetamu yang hadir baru - baru ini . Oh yer Cheez & Choc juga merupakan salah seorang penaja bagi event #BlooggersTV bersama - sama #VideoBrosur *rujuk SINI. terima kasih Cheez & Choc



Berita baik buat korang yang sukakan perkhidmatan terus ke rumah , Cheez & Choc turut menyediakan perkhidmatan ini dan turut mengambil tempahan untuk pelbagai jenis acara mengikut pilihan korang. 




Jadi jangan lupa untuk terus singgah ke page mereka untuk dapatkan promosi serta pelbagai kek dan pastry yang terbaru. Dah la murah , sedap pulak tu, rugi kalau tak mencuba ! 

Page    : Cheez & Choc 
Azura   :              012-2614176      
Mazlan :              019-3630673      


p /s : daripada tak minat kek terus jadi peminat tegar kek ! masih terbayang kesedapannya 

KEK DAN PASTY YANG TERBAIK !

by on 24.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !! Korang tercari - cari perkhidmatan membuat kek dan pastry terbaik ? tak percaya dengan pe...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ! 



Baru - baru ini bertempat di Khadijah Kitchen, PV128 Setapak telah berlangsungnya satu majlis anjuran Blooggers bersama - sama Video Brosur





Event 'lepak santai' ni adalah pertama kali diadakan dan sambutan yang diterima ternyata sangat menggalakkan ! Rugi buat siapa yang terlepas event ni sebab suasana di Khadijah Kitchen's tersangatlah meriah dengan kehadiran para media , komuniti Blooggers dan para jemputan . 

komuniti Blooggers yang hadir. sporting habis ! 

Antara akitiviti yang diadakan selain daripada pelancaran dan pengenalan Video Brosur adalah acara cabutan bertuah, sesi photo booth dan mini games.










 Selain itu juga , para tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh Owner Khadijah Kitchen's , tak lain tak bukan Datuk Khadijah Ibrahim.




 Beliau bersama - sama anak-anaknya telah mendendangkan beberapa lagu termasuk nyanyian semula lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee , Getaran Jiwa.Ternyata suara Datuk Khadijah telah memukau para jemputan yang hadir. Terbaik ! 

Untuk pengetahuan korang , majlis ini takkan berlangsung dengan jayanya tanpa sokongan dari rakan penaja kami. Serius cakap, produk dorang terbaik gilos ! Terima kasih diucapkan kepada 








 tak dilupakan pada Rilgis Pro Sticker | Kahwin | Label | Kereta  dan 
Emerald Studios atas tajaan yang sangat hebat ! 



Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir dan diharap dengan penganjuran majlis ini , komuniti Bloogggers terus berkembang . Jangan lupa sentiasa follow perkembangan Blooggers di SINI  !  

'Rezeki Dikongsi Bersama'

p / s : balik terus demam 

PELANCARAN VIDEO BROSUR DAN BLOOGGERS TV MERIAH !

by on 18.11.13
A ssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca !  Baru - baru ini bertempat di Khadijah Kitchen , PV128 Setapak telah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !



Kenapa mesti Blooggers ? bukan Blogger ke ? untuk korang yang tak tau Blooggers ni merupakan nama bagi satu komuniti blogger yang ditubuhkan untuk membantu para blogger di sana mempromosikan produk dan menjana pendapatan melalui blog 

Tipulah kalau cakap korang tak pernah masuk atau follow mana - mana page blogger di facebook. Blooggers ni pun sama juga tempat 'lepak' para blogger tapi Komuniti Blooggers ini menjanjikan lain dari yang lain ! 

Dengan berpegang pada Rezeki untuk dikongsi bersama, komuniti Blooggers ini korang bukan saja dapat berkenalan dengan rakan blogger yang lain tapi dalam komuniti ini juga korang dapat share tips blogging dan berpeluang merasai mana - mana acara anjuran mereka di luar sana. 

Pada 16 November ini , satu lagi acara yang agak besar bagi komuniti Blooggers akan dilangsungkan. Acara apa ? Nantikan blog post dalam Blog Budak Pacak nanti. kehkehkeh 

Berminat untuk jadi sebahagian komuniti Blooggers ? Korang cuma 'Like' di Page Bloggers Dot Com dan sentiasa update perkembangan komuniti ini. Selamat Berblogging  ! 

p / s : Anjakan Paradigma 

BLOOGGERS

by on 13.11.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Kenapa mesti Blooggers ? bukan Blogger ke ? untuk korang yang tak tau Blooggers ni ...