CAPATI DAGING BBQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ~!

Entry hari ini nak share satu lagi resipi yang simple gilos orang bujang. Selalunya simple gilos ini resipi main campur dan 'campak' je. Resipi ini sesuai sangat untuk orang yang diet ! 

Korang cuma perlukan :



  • 1 keping capati / roti pita / yang bersesuaian. Roti wholemeal pun boleh !
  • 1 keping daging burger dihancurkan / daging kisar 
  • Salad / tomato / sayur pilihan korang 
  • bawang putih / bawang besar
  • sedikit chives
  • sos bbq untuk perasa / sos pilihan korang 
  • mayonis
  • sos cili
haa itu je bahan dia ! kalau korang kreatif boleh perasakan daging korang. macam letak serbuk kari ke atau apa - apa perasa pilihan korang.

Cara dia, pertama sekali korang mesti masak capati tu bagi masak. Sebenarnya guna roti pita lagi best tapi memandangkan dekat rumah ni ada capati je, jadi kita olahkan dia . 


*mohon abaikan keadaan kuali* 


Lepas tu, panaskan minyak bersama - sama bawang putih. dah nampak garing, korang masukkan daging burger yang dihancurkan dan masak sampai garing. kalau korang perasan, minyak tak nampak sangat kan? sebabnya aku tak suka minyak, jadi aku letak cukup untuk panaskan kuali je. 

Dah nampak garing, masukkan sos bbq dan masak untuk seketika. Ingat jangan bagi hangit nanti rasa dia hilang. 


Dah masak semua, hiaskan ikut kreativiti korang seperti masukkan salad , chives, sos cili dan sebagainya, untuk yang diet, mayonis tu kalau nak masukkan, letak sikit je.



 buat siapa yang suka pedas tahap ekstrem tu boleh campurkan serbuk cili / chilli flakes . Last sekali, lipatkan dia untuk dia mesra alam. kehkehkeh. 




Dah siap ! Capati Daging BBQ sedia untuk dimakan. Jemput semua ! :) 

p /s : jarang makan nasi sekarang ni. 

19 comments:

Leeza Dayasari said...

wow.. hebat sih.

Farisya Anastasyia said...

mak aih kuali..nazak dah tu :P hahaha

Khai Artzfar said...

@Leeza Dayasarihaha simple giler! moh cube :P

topieq kidzz said...

SIMPLE N YUMMY ^^

Nur Fajariah said...

macam best je.senang giler..nanti duduk asing dgn family bleh try ni ;))

Khai Artzfar said...

@topieq kidzzjangan lupa cuba ! :)

Khai Artzfar said...

@Nur Fajariahamboi tunggu duduk asing baru nak cuba hahaaha

Khai Artzfar said...

@Nur Fajariahamboi tunggu duduk asing baru nak cuba hahaaha

Khai Artzfar said...

@Farisya Anastasyiaaipppp! kuali ni dah berjasa banyak hahaha

amirnawawi said...

Jarang makan nasi? Omaigaddddd, diet ker?

Bahrain said...

tengok gambar dah melelehkan.. heheh.

Leeza Dayasari said...

hang suka masak kaaaaa

Khai Artzfar said...

@amirnawawiyer la uolls, mana taknya gi event besar nak kena makan besar, hahaa

Khai Artzfar said...

@Bahrainhaha meh ler cuba bro, simple gilos

Khai Artzfar said...

@Leeza Dayasariboleh la, masak jimat la sikit duit

Rosmadi Shakri said...

Aku tengok pun cam sedap jer,,, cam menarikkk jer,,,

http://www.mrjocko.com/2013/12/contest-seo-eridy-hadiah-berjumlah-rm500.html

Khai Artzfar said...

@Rosmadi Shakrihaha makanan orang bujang

Suria Lekatlekitgurl said...

resepi ni berguna time santai2 kat umah

Khai Artzfar said...

@Suria Lekatlekitgurlsangat! akak patut cuba hehe