MEDIA DAN SELEBRITI TURUN KE BENDANG !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Betul ke Media dan selebriti turun ke bendang ?



Kalau nak tahu , baca sampai habis ya ! 

Baru - baru ini, Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program bersama media dan selebriti di Sekinchan dan Homestay Sg Hj Dorani bagi menaikkan lagi nama negeri Selangor bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014 .

 Untuk pengetahuan korang, sempena lawatan kami ke sini, Adun Sekinchan,  yang terkenal dengan trademark Oppa Sekinchan Style, YB Tuan Ng Suee Lim telah turun padang  dan siapa sangka Yb sendiri bertindak sebagai Tourist Guide kami. 






Orangnya yang agak peramah dan kelakar membuatkan perjalanan kami sentiasa dipenuhi gelak tawa. Selain para media, trip kami juga disertai oleh dua orang selebriti iaitu Talha Harith dan juga Kay AF9 .


Siapa cakap Malaysia ni tak ada tempat yang menarik ? Buktinya adalah Sekinchan, Selangor. Perjalanan kami bermula dengan singgah ke Pantai Redang, Bagan Sekinchan. Menurut YB Ng, antara tarikan utama disini adalah Pondok Pemandangan ini dimana pondok pemandangan ini sangat terkenal dan unik sehingga para pelancong dalam dan luar negara tak lepaskan peluang untuk datang ke sini. 


aksi YB Ng yang bersahaja, sporting habis !

pondok yang terkenal di kalangan pelancong


Seterusnya kami ke Kilang Beras yang agak terkenal di negeri Selangor. Disini kami telah diberi sedikit penerangan bagaimana sistem penghasilan beras dulu dan sekarang berfungsi. Selain itu juga kami sempat merasa sendiri beberapa produk disini antaranya keropok yang berasaskan beras. Sedap gilos ! Korang wajib datang sini dan mencubanya. 



antara produk yang dipasarkan 






Selesai kami di Kilang Beras, YB Ng telah membawa kami ke perkampungan berhampiran. Disini terdapat banyak kebun buah dan menjadi tarikan di sini adalah Mango King. Tidak hairanlah terdapat banyak kebun buah sebab menurut YB Ng, Sekinchan juga bermaksud tanah yang subur.





tengoklah saiz mango king yang luar biasa ni 

 Para pelancong yang datang pasti tak akan lepaskan peluang merasai sendiri kemanisan dan saiznya yang agak besar dari mangga biasa. Kami sendiri sempat membeli Mango King sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. 

Dah puas berjalan sekitar Sekinchan, seterusnya kami ke Restoran Lembah Bernam. Tarikan mengenai restoran ini adalah dimana mereka menyediakan makanan eksotik seperti landak dan rusa.





 Untuk menu kami, Restoran Lembah Bernam telah menyediakan Gulai Rusa, Rendang Landak , Masak Lemak Ikan Baung , Ayam Kampung Goreng , Udang Galah  Sambal , Tempoyak serta ulam - ulaman. Memang terangkat habis selera kami tengahari itu. 

Malah ini adalah pengalaman pertama kami mencuba sendiri rasa landak dan rusa. Memang unik dan sedap ! Korang patut rasa sendiri disini sebab ramai orang termasuk pegawai kerajaan akan kesini semata - mata untuk merasai keunikan makanan eksotik.




Destinasi terakhir kami adalah di Homestay Sg Hj Dorani Sabak Bernam. Uniknya mengenai homestay ini adalah pemandangannya yang menangkap kalbu membuatkan setiap yang datang pasti tak akan ingat untuk balik. Mana taknya homestay ini dikelilingi oleh sawah padi serta suasana kampung yang agak menarik.





 Tak hairanlah banyak penggambaran telah dilakukan disini sehingga menjadikan homestay ini adalah salah satu homestay yang terkenal di Malaysia. Untuk pengetahuan korang juga , video klip Anak Kampung - One Nation Emcees dan Jimmy Palikat turut dibuat disini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan buat mereka yang datang kesini antaranya mencanting batik , membuat kuih bahulu secara tradisional, menggagau ikan dan banyak lagi.


 Sebelum : bukan main tekun Talha mewarnakan batik
selepas : Hasil karya Talha , berbakat weh 


bahulu kumpulan kami , kumpulan 4 . 




Kumpulan 4 yang muncul juara buat bahulu ! 

 Kami turut mencuba kesemua aktiviti ini dan merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan. Paling seronok bila menggagau ikan, macam - macam ragam dapat dilihat. Kumpulan kami berjaya menangkap 19 ekor ikan keli. 










 Hasilnya kumpulan kami, kumpulan 4 telah muncul bagi juara keseluruhan .Terbaik! Selain itu, sempat juga kami mandi dalam tali air berdekatan, memang kelakar habis ! Satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila - bila. 



Sebagai penutup, sekalung tahniah dan terima kasih kepada Tourism Selangor kerana  menganjurkan program sebegini. Apa yang pasti program seperti ini dapat menarik minat lagi ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk melancong di dalam negara kita. "Pergilah Melancong, Segalanya ada disini !" #TMM2014 #VMY2014

kredit, gambar dan lagi cerita disini : 

Tourism Selangor 
Majalah Libur
Shahful Shahfiq 
Eazy Izzudin
Lia Omey 
Illa Shahanila
Maryam Assideeqah
Huzairie Yahya 

p/s : YB Ng siap buat gambar kiteorang jadi Header Timeline dia lagi kekeke 

16 comments:

Farisya Anastasyia said...

Bestnya..i is jeles u... :P

Khai Artzfar said...

@Farisya Anastasyiahaha nanti kita repeat kat ganu ok haha

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

jelesnyaa kai masuk bendang.. Ena tak pernah jejak kaki lagi dalam bendang...

btw, sporting gila YB Ng tu.. perghhhhhhh

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿haha yer ke ? takper lepas ni ena kite buat event dalam bendang acamner ?:P

Maryam Assiddeeqah said...

khai ada gambar group kitorg tangkap ikan keli lah. ^_^ *rindu

Khai Artzfar said...

@Maryam Assiddeeqahoh yang tu amik dekat majalah libur. kredit dekat dorang yer :)

Maryam Assiddeeqah said...

hahahaha *gelak tak henti tengok gambar tu, macam bergerak sendiri je memori tangkap ikan tu.. haha, masing2 geli.last2 dapat 7 ekor..hahaha

Khai Artzfar said...

@Maryam Assiddeeqahtengoklah kumpulan mana yang dapat paling banyak hehehe

Bahrain said...

mesti seronok dengan pengembaraan ni..suasana sawah pun damai dan cantik

Khai Artzfar said...

@Bahrainitulah cantik tempat dia. This is Malaysia ! :)

Hawa Syazana Lee said...

bestnya.. siyes jelly..

Khai Artzfar said...

@Hawa Syazana Leeala Insyallah mana tau nanti ada rezeki kita buat gathering blooggers kat sini pulak ke :)

Marou Apple Hijau said...

fuh seronok main dalam bendang nampak..

Khai Artzfar said...

@Marou Apple Hijaubukan senang nak jumpa bendang kan haha

ana likes said...

sporting betul YB ..

Khai Artzfar said...

@ana likeskan? suka betul dia dengan trademark oppa sekinchan style haha