PERKHIDMATAN TEKSI BATU 3 SHAH ALAM MELAMPAU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !




Berkenaan tajuk di atas bukan niat aku untuk memperlekehkan tugas seorang pemandu teksi, cuma satu perkongsian untuk korang semua supaya lebih berhati - hati 

#Situasi 1

Pemandu Teksi : Adik tengah cuti semester ke? 

Wanita A : Yer pakcik

Pemandu Teksi : Takde boyfriend ke? Kalau jumpa boyfriend ni boleh juga lepak, ci*m - ci*m kan ?

Wanita A : *speechless*

Pemandu Teksi : Pakcik nak share pasal tips jaga suami nih. adik bera*r tak bila dengar nih ? 


#Situasi 2

Pelajar A : Pakcik boleh tak tolong hantarkan ke  Apartment C ?

Pemandu Teksi :  Aku penat kau cari orang lain. 


#Situasi 3

Pelajar B : Pakcik, kami  nak ke Apartment B,berapa yer tambang kami? 

Pemandu Teksi :  sorang RM 7. ( Jaraknya tak sampai 5km pun ) 

Kesemua situasi di atas berlaku di Batu 3 Shah Alam. Bukanlah aku nak kata semua teksi disitu perangai sama macam di atas, tapi bak kata pepatah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. 

Sepatutnya sebagai seorang pemandu teksi yang diberi kepercayaan , kenalah jalankan tugas dengan jujur dan jangan sesekali ambil kesempatan atas pengguna. #Situasi 1 tu dah terjadi beberapa kali, kalau dibiarkan buruk imej negara weh. Bahaya terutama untuk mereka yang bergelar wanita. 

Berkenaan #Situasi 2 dan 3, yang ni sangatlah mengecewakan terutama bagi pelajar. Sepatutnya sikap pemandu teksi ni kenalah berhemah dan berbudi bahasa. Ini tidak, dahlah tak reti nak berbudi bahasa tak nak cakap elok - elok, siap nak kenakan harga tinggi lagi dekat pelajar. masuk akal ke untuk ke tempat yang sama tak sampai 5km dikenakan harga RM 21 untuk satu teksi? 

kepada korang diluar sana kalau ada masalah dengan pengangkutan awam di negara kita boleh adukan pada SPAD

Renung - renungkan....

p / s : dah serik naik teksi. pernah kena tipu sampai RM50 

32 comments:

Maryam Assiddeeqah said...

situasi 1 menyeramkan.
situasi 2 : pakcik ni mungkin memilih customer
situasi 3 : mahal gila. baik tak yah. kptm murah rm1. =D hihi

Leeza Dayasari said...

bab teksi ni.. leeza paling takut nk naik.

Nazim Nasri said...

aku dah banyak kali lapor kat SPAD, takde tindakkan ponn.

Farisya Anastasyia said...

OMG!Syirah pernah turun sekali je dekat stesen Batu 3 tu..tp masa tu x amek teksi..

Khai Artzfar said...

@Maryam Assiddeeqahtiba- tiba rindu kptm haha

Khai Artzfar said...

@Leeza Dayasariteksi yang dulu bukanlah yang sekarang lalala

Khai Artzfar said...

@Nazim Nasriteringin nak buat site visit nak tau sejauh mana keberkesanan laporan ni

Khai Artzfar said...

@Farisya Anastasyiaada masanya harga teksi kat sini melampau!

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

paling scary situasi yang pertama tu.. Hope dijauhkan dari ena sebab ena ni selalu juga naik teksi..

Teksi sekarng ni bukan boleh percaya... Ya Allah

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿itulah yang terjadi di atas semua kawan - kawan. Semoga Allah melindungi kita dalam menuntut ilmu.Aminnn

amirnawawi said...

Kau alami yang mana? Yang first ker?

Khai Artzfar said...

@amirnawawiyang first tu kau haha

Bro Framestone said...

Yang 1st tue terjadi dekat sapa?

Khai Artzfar said...

@Bro Framestone bro jadi kat kawan. dua orang dah kena.

::MaEstrO aMaD:: said...

what to say, we live in laziness and corruption. no one take action.

Khai Artzfar said...

@::MaEstrO aMaD::take action pun still benda berlaku. what to say bro

farid laham said...

dah banya kali kene macam ni time student dulu kt kolej ptpl huhu geram pun ada

Marou Apple Hijau said...

tak suka naik teksi. caj melampau2..

My recent post : Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)

ana likes said...

boleh tahan pakcik tuh

Invisible Me said...

Tak pernah naik teksi sampai situasi macam tu sekali. Menakutkan ja yg situasi 1 tu.

SecretOfShaila said...

sebenarnya depends juga...kalau dapat pemandu yg cekik darah...masaklah membayar...

Khai Artzfar said...

@farid lahamtak tau tindakan apa yang boleh dibuat.report pun tak ada guna

Khai Artzfar said...

@Marou Apple Hijausetuju ! suka berjalan lagi daripada membayar

Khai Artzfar said...

@ana likesorang tua tak sedar diri kot

Khai Artzfar said...

@Invisible Memohon dijauhi la :)

Khai Artzfar said...

@SecretOfShailasetuju! sebab tu saya kata kalau ada yang buat perangai habis semua kena tempias

Nieyna Sakinah ZA said...

Setujuu gilee !! Kengkadang dorg memperlekehkan agama kita .. aku mampu diam je .. india kot .. xbrani ..

azwan said...

salam. teksi batu 3 tu memang lubuk emas bagi pemandu teksi.

nak pulak ramai student turun kat situ. so dia boleh lah cekik harga

aku dulu belajar kat poli shah alam. memang tak dinafikan ada dengar cerita-cerita macam ni dari dulu lagi

Khai Artzfar said...

@Nieyna Sakinah ZA ye ke ? ni baru tau bila agama disebut sebagai isu

Khai Artzfar said...

@azwanno wonderlah . janganm sampai ada benda yang lagi buruk jadi sudah

Nick Nashram said...

yang situasi 3 tu pernah kena..dulu masa naik bus smpai umah lewat..ade teksi yg mintak mmg kaw2 tmbg nk hntr..nak x nak terpksa jugak byr.

Khai Artzfar said...

@Nick Nashramsama la kes aku . tengah malam dia cakap teksi sekali kete biasa dibuat teksi . penyudahnya RM50 burn camtu je