• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

February 17, 2013

MEE GORENG BUJANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Korang dah makan ? Kalau belum ape kata korang try resipi nih. kehkehkeh..baru - baru ni godek blog cik apple , terjumpa la resipi pasta versi campak beliau. memandangkan time tu aku lapar tahap dewa, apa lagi selongkar habis dapur cari benda untuk dimakan, last- last terjumpa bahan - bahan ni. bukan senang lelaki nak turun dapur masak.jadilah masak untuk perut sendiri enn?

masakan ini aku namakan mee goreng bujang sebab simple giler nak buatnye, bahan - bahan dia pun banyak yang recyle dan main campak je dalam kuali. Ini je bahan - bahan untuk masak mee goreng bujang ni

  • Mee, Pasta atau Kueytiaw. ( ikut suka perut korang la nak guna apa ) 
  • Sardin setengah tin ( dihancurkan) 
  • Bawang putih 2 ulas ( diketuk )
  • Cili Hijau ( di-blende, kalau korang nak pedas, bubuh le lebih sikit )
  • Isi Ayam ( dicarik, kalau tak ada pun tak apa )
  • Fish Cake, Cili Merah ( ikut suka korang le nak tambah apa )
  • Sos cili dan sos tamato 
First korang goreng sampai naik bau dulu bawang putih, lepastu masukkan cili hijau yang dah blend tadi masak sampai dia menggelegak. kang tak masak kang mau sakit perut kan? lepas tu masukkan sardin yang dihancurkan beserta dengan sos tomato dan cili sekali secukup rasa. 



Bila dah agak - agak nampak macam pecah minyak ,korang masukkan la cili merah, isi ayam dan fish cake, senang je kan? main campak je lepastu gaulkan. bila dah nampak semua benda tadi macam dah mesra alam, last sekali korang masukkan la mee tadi. pastu gaul rata sampai masak. 




tadaa! 



dah siap.simple giler tapi rasanya masyuk sampai ke perut, kahkahkah perasan nak mampus ! Haa ape lagi cube le, kalau orang lelaki boleh masak takkan yang perempuan tak boleh kot? kehkehkeh 

p/s : ada gaya chef tak? LOL 

Wow ! Rakam gambar korang dan menangi percutian ke Doha !

February 14, 2013

[ UPDATED ] GEMPAR ! WANITA MAUT TERJATUH DI TIMES SQUARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera !


tadi masa layan timeline pesbuk , terjumpa junior aku yang share gambar wanita yang berusia 36 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 6 Berjaya Times Square Kuala Lumpur . kebetulan dia dan kawan - kawan dia shopping dekat situ, dorang ternampak ada lembaga jatuh dari tingkat 6. dorang yang terkejut dengan kejadian tu, sempat ambil gambar kejadian. 






Macam - macam cerita punca kejadian ni, ada yang kata terjatuh sendiri. ada pulak yang kata jatuh sebab boyfriend dia tolak dari atas dan ada juga yang cakap bunuh diri. punca kejadian?


"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mentaldan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"

jangan le kita memandai membuat spekulasi yer.just ambil iktibar dari apa yang berlaku. peace no war !


kredit gambar : Fadhilah Zainal, BroJinggo

p/s : Gerun dengan tempat tinggi 

February 10, 2013

SAYA TERKENCING ! CIKGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

 baru - baru ini dekat sekolah yang aku praktikal ni ada buat sambutan maulidur rasul. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sampai ada  student yang menangis bila terkenangkan cerita perjuangan Rasulullah, dalam tengah fokus dengar ceramah, ada pulak gangguan bising daripada students. tapi aku rasa tu dah macam lumrah.



ceritanya  bermula bila ada satu student ni bising , then kena tarik ke belakang, rupa - rupanya bersembang sakan dengan abang dia. dah kena duduk belakang maka terpisahlah mereka, kehkehkeh.. mula- mula duduk diam, tapi lama - lama mula buat perangai.





 first dia boleh main gigi lepas tu calit dekat pengawas. aku marah dia buat tak tahu je, tak lama daripada itu,  semua orang tak bersandar, dia siap buat kuak lentang dekat situ, bila marah masih lagi buat tak tahu *sigh* 



yang ketiganya , dia boleh pulak terlena. berani betul dia tidur depan cikgu - cikgu, bila gerak tak bangun pulak., adeh tercabar betul.  kiteorang siap ambil gambar lagi, langsung tak sedar.




 bila dah nak dekat habis, abang dia datang pastu gerakkan, aik? bangun pulak dia. tapi bangun sekejap, pastu terlena atas riba abang dia. haih budak ni, nak marah pun tak jadi, so aku just biarkan dia dibuai mimpi. 



bila dah habis ceramah, barulah dia bangun, lepastu entah apa abang dia bisikkan terus dia datang dekat aku pastu cakap  " Cikgu, saya nak ke tandas boleh?seluar saya basah, saya....terkencing cikgu," perkataan TERKENCING tu terngiang - ngiang dalam kepala waktu itu. 


aku pun izinkan dia ke tandas takkan nak biarkan ye dak , yang kelakarmya bila datang balik, dia boleh watlek,watkul, watpis, watdono. macam tak ada apa - apa yang berlaku. ok student,  we take it as never happens !

p / s : kenangan mengusik jiwa

February 07, 2013

KIDS ALWAYS BE KIDS

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

ok sebenarnya it takes times around 5 minutes untuk fikirkan tajuk entry. dan benda itu selalu sangat jadi. *sigh*

dah lama sebenarnya aku tak tulis pasal entry praktikum sibuk sangat le katakan. pejam - pejam celik dah sebulan aku dekat sini.  and yeah semua benda makin jadi havoc.

Ianya bermula dengan setiap hari rabu kena balik pukul 6 sebab ada kokurikulum, dan untuk ini aku ditugaskan untuk jadi guru penasihat pengakap dan hoki...yeah HOKI ! kes nya aku saja buat muka innocent bila jumpa guru besar dengan harapan dapat la kelab indoor , sekali boleh pulak dia cakap " saya nampak awak boleh lead hoki, this month kita ada tournament, make sure menang" errr ok that one supposed to be an innocent part tapi apakah semua ini ? last time i play hockey when i was in primary school. dah berabad weh ..

and yeah already got 'love letter' kahkahkah 


dikalangan student pulak, makin mengenali sesama sendiri. aicehh ayat minta siku je. mana tak nya , cikgu tak datang, muka kiteorang je yang ganti, tapi standard la kan nama pun guru praktikal. kalau duduk bilik guru jadi mayat hidup pun tak guna juga ye dak ?



bila dekat sekolah ni, aku cuba tak pacakkan rambut, tapi ada la sikit 10 peratus. tapi entah camner petang tu , aku tersilap ternaikkan rambut secara tak sedar, sampai la ada student tegur " cikgu nampak macho la tapi baju buruk " speechless for a while.... sepatutnya dia tegur baju aku sebab itu baju baru , tapi apakan daya dia cakap buruk. aku rasa budak - budak ni terlalu jujur kahkahkah untuk macho tu aku terima tapi baju buruk tu.......hahaha anyway thank you for your compliment 



hari ini pulak memang rezeki agaknya. dapat 'angpau' dari cikgu dan buah limau daripada students . dan hari ni juga hari paling lama aku 'melekat' dalam kelas  daripada pukul 8 sampailah pukul 1, non stop ! pheww boleh dapat anugerah guru terbaik kot lepas ni. kahkahkah..

p/s : dihantui pelajar misteri tiap kali mengajar 

February 05, 2013

PILIHAN BAS TERBAIK DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

selalu kalau balik kampung, bagi yang menaiki pengangkutan awam seperti bas mesti nak selesa kan?  tambah lagi kalau kampung atau destinasi tu jauh yang ambil masa berjam  - jam.

 jadi untuk entry kali ini, aku nak share dengan korang antara bas yang menyediakan perkhidmatan terbaik berdasarkan pengalaman aku sendiri mencuba bas - bas ni even pernah patah tangan kes tersepit pintu bas *baca disini* kehkehkeh

INTERCITY 



setakat ini aku masih lagi boleh katakan bas ini antara yang terbaik untuk yang berjalan jauh terutama ke utara tanah air. terdapat banyak kemudahan dalam bas dua tingkat ini dan menariknya harga tiket sama seperti bas lain. 
( Kuala lumpur - Alor Star RM 39 ) Antara kemudahan yang disediakan adalah : 
  • Single Seat / Double Seat
  • Tempahan Online
  • WiFi Percuma 
  • Plug di setiap tempat duduk 
  • Air mineral percuma
  • DVD dan Astro di dalam bas 
  • Tempat letak motor di bahagian bawah bas 
  • System Ticketing 
  • VIP Seats 
PANCARAN MATAHARI



bas ini boleh dikatakan agak baik jugaklah sebab kadang - kadang lewat  bergantung keadaan, ditambah pulak dengan tiket yang agak sedikit mahal RM45 . tapi apapun dalam part kemudahan memang baik 

  • Single Seat / Double Seat
  • Tempahan Online
  • DVD dan Astro di dalam bas 
  • VIP Seats 
  • CCTV untuk keselamatan penumpang 
SANI EXPRESS



aku rasa mesti ramai yang masih ingat tragedi kemalangan bas sani express yang meragut nyawa penumpang bas ini. tapi selepas daripada itu, syarikat ini mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan keselamatan bas mereka.

 jadi untuk mereka yang utamakan keselamatan dan keselesaan aku syorkan bas ini. 

  • Double Seat
  • Tempahan Online
  • DVD
  • VIP Seats
  • 24 Hours Careline services 
  • Speed Limiter
  • Electronic Stability Control (ESP)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Traction Control (TC)
  • Automatic Brake Slack Adjuster interlock Valve with Parking Brake
  • Asbestos - free lining
Lain Lain
  • Cosmic 
  • Plusliner
  • MaraLiner
Kebanyakan bas sekarang ini susah nak punctual on time, aku pun tak tau dekat mana masalahnya, sampai kadang - kadang ada pelancong yang merungut, dah tak pasal - pasal memburukkan imej negara. 

apapun ini hanya review dari aku, ada lagi bas terbaik yang korang tau?  Apa kata kongsi pengalaman korang menaiki bas dekat sini... 

p / s : serik naik bas tambahan 

Wow ! Korang tau kenapa Dinosaur pupus ? 

February 04, 2013

ALKISAH PESTA BUKU DAN ULAT DALAM LAUK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Alkisah pesta buku......



korang pergi ke pesta buku dekat pwtc tu? tak silap aku hari ni ler habisnya. citernye aku bukan main excited nak pergi kononnya dapat ler berilmiah dengan cari buku - buku yang best dan murah.jadi semalam aku pergi ler gagahkan diri merempit ke sana, tapi orang tak adalah ramai sangat, mungkin sebab dah nak masuk ke hari terakhir atau orang tak masuk gaji lagi atau korang pandai - pandai ler buat assumption sendiri, kehkehkeh...

overall dekat sana, macam tak rugi kalau korang pergi dan tak rugi juga kalau korang tak pergi. mengerti ? harga untuk buku english, so - so je la , buku dengan majalah bahasa melayu pulak harga macam lebih kurang, sebagai contohnya RM5.90 jadi RM 5.00. memandangkan dah penat - penat datang ke sini, macam loser pulak kalau tak beli apa - apa kan? jadi untuk sedapkan hati aku TERbeli majalah ujang. bukan satu tapi 3 dan bukan beli tapi TERbeli.....oh meng!!

Alkisah ulat dalam lauk...

dah penat berjalan ke sana - sini, aku pun pergi lah terjah kejap mall depan pwtc tu, nak makan fast food, memang "fast money"  will always going first. tolak idea tu just lepak dekat food court atas sekali, niat di hati nak makan nasi campur , bila dah dapat ape lagi melantak la kan. kena pulak ada asam pedas memang terangkat ler . tengah sedap - sedap makan, tiba- tiba terperasan ada benda terjatuh dari pinggan, bila tengok , mak aih ini ulat tahap ibu nenek moyang nih! bukan kecik tapi besar pulak tu dah macam cacing mutan lagi . sah - sah ler hilang selera makan. 


spesis dikenalpasti. this spesis living in my plate hamagash ! 

how come ada ulat dalam pinggan aku? and why me? dan kenapa datang time aku betul - betul lapar? *sigh* bila panggil tokey, kononnya dia nak ambil hati, dia bagi nasi dengan lauk lain, sorry bro, kau bagi chicken chop ke, beriani gam ke, kalau dah kedai kotor, memang idak ler aku nak makan situ dah..isk,isk,isk.....

p/s : moral of the story, jangan makan dekat kedai indon LOL


Wow ! Korang tau kenapa Dinosaur pupus ? 

February 02, 2013

RESORT WORLD GENTING MOBILE APPS LAUNCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Baru - baru ini , Resort World Genting sekali lagi menjemput para blogger dan media  untuk menghadiri pelancaran aplikasi terbaru dorang, Genting Apps. 

Untuk pengetahuan korang, hampir 100,000 aplikasi telah dimuat turun dalam Genting Apps ini sekali gus menjadikan aplikasi hotel yang  terbanyak setakat ini di Malaysia . Aplikasi  ini boleh diakses melalui IOS app store dan Android app store. sebenarnya aplikasi ini telah diperkenalkan pada tahun 2012, cuma pelancarannya agak lewat sedikit, namun aplikasi ini sebenarnya telah mendapat tempat pertama dalam apps pelancongan Malaysia ! 






Segala urusan tempahan tiket hotel serta pakej Genting yang lain, korang boleh je buka di Genting Apps, semuanya mudah kan? Sebelum press conference ini berakhir, Dato’ Kevin Sim, Executive Vice President of Genting Malaysia Berhad mengumumkan ada "buah tangan" untuk semua para media dan blogger yang hadir masa pelancaran ini dimana kami mendapat penginapan percuma di First World Hotel 2hari1malam beserta buffet , dan Tiket Taman Tema Genting Highland untuk semua pass. 




Jadi , kami ambil kesempatan ini,kami mencuba aplikasi ini untuk menempah bilik hotel yang disediakan untuk kami, hanya ambil masa 5 minit untuk siapkan proses ini. 



senang bukan? jadi tunggu apa lagi download lah aplikasi yang giler gempak ini  sekarang ! 

p/s : Blog baru je 'hidup'

Wow ! Korang tau kenapa Dinosaur pupus ?