Hassan oh hassan ! This boy really makes my day !







'salam abah,ma doa la orng slmt…era'

SMS terakhir prebet Ahmad Hurairah , 24 yang terkorban dalam mempertahankan negara. Al - Fatihah ! 

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini hari ini.
Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, semasa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.
"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.
Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata, beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu. - Bernama

#GambarDariUtusan

p/s : gugurnya Allahyarham seperti seorang pejuang

[Berita Terkini] Isu-isu Lahad Datu. Dapatkan semua di sini !  ]


Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Sebenarnya entry telah lama disimpan, percutian ni pun aku pergi tahun lepas. Almaklumlah busy la katakan. cuti sekolah pun nak dekat dah kan? jadi korang boleh je ambil entry ini sebagai tips untuk rancang percutian *alasan* kehkehkeh ..



Perjalanan kami dari rumah ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 2 jam. memandangkan rumah aku sendiri di kedah. dan mesti ada yang tertanya kenapa kiteorang tak naik dekat Kuala Kedah? sebabnya, di Kuala Perlis tambangnya agak murah sedikit dan jarak perjalanan ke Pulau Langkawi pun kalau tak silap lagi dekat. 

Kami sampai di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 10 pagi. sampai je , tengok ramai betul orang yang beratur membeli tiket feri. bayangkan kami beli tiket pukul 10 pagi, dan kena naik feri pukul 1 tengahari . tak ke lama tu?


 jadi tips buat korang yang nak beli tiket tu, kalau boleh datang seawal yang mungkin bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. ditambah pula keadaan jeti Kuala Perlis yang tak berapa sempurna sebab kerja - kerja pengubahsuaian sedang dilakukan memang agak haru - biru dalam tu . 

pukul 1 tengahari je terus kami naik feri dan perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. terus - terang aku cakap percutian kali ini yang agak teruk bagi aku, sebab demam panas sepanjang di sana. jadi nak tak nak kena enjoy dengan keadaan demam. 




sampai saja di sana, kereta sewa menunggu kami. Avanza menjadi pilihan keluarga aku sebab kuantiti kami yang sederhana . kadar  harga sewa untuk sehari adalah RM 150. kira murahlah sebab time tu peak seasons.

sampai disana destinasi pertama kami adalah ke Gudang Gamat kira - kira 10KM daripada pekan Kuah. dekat sini , pelbagai jenis ubat dan minyak dijual, harga pun murah. 




selesai kami di Gudang Gamat, kami ke Makam Mahsuri. kalau korang dekat Langkawi ni, jalan dia banyak sangat, jadi mana - mana pun boleh tembus.  so dont worry kalau sesat, bezanya cepat dan lambat je 







dekat Makam Mahsuri ni korang boleh tengok sejarah hidup dia dan tengok sendiri rumah dia. so dekat situ boleh bayangkan la zaman mahsuri macam mana. bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Makam Mahsuri adalah sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak - kanak. 

ok itu je untuk part 1 panjang sangat pulak rasa, banyak lagi cerita sepanjang di Langkawi menanti dalam part seterusnya. nantikan! 

p / s : tak ohsem berjalan dalam keadaan sakit 

[Berita Terkini] Isu-isu Lahad Datu. Dapatkan semua di sini !  ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Negara digemparkan dengan peristiwa serangan pemberontak Sulu yang telah mengorbankan perwira - perwira negara. serius bila baca pasal peristiwa ni, sebak di dada mula timbul




Jauh di sudut hati kecewa bila isu seumpama ini digempar gempurkan dengan isu politik dan sebagainya, Takkan la pasal benda ni nak bertekak lagi isu politik, tak boleh ke kalau lupakan sebentar hala tuju politik, perbezaan budaya dan warna kulit bagi kembalikan negara Malaysia aman dan damai . 



itu satu hal, semalam terbaca pula dalam facebook pasal ada mamat yang 'terlebih bijak' membuat spekulasi sendiri pasal perwira negara yang terkorban. Nauzubillah, sampai  hati betul cakap sedemikian rupa, malas nak komen panjang pasal benda tu, kecewa dengan pemikiran tak matang. 



dan yang bertambah hiba bila terbaca sms terakhir salah seorang anggota VAT69 yang terkorban




apa yang pasti , pemergian dan pengorbanan perwira - perwira negara ini akan dikenang rakyat Malaysia. segala jasa dan bakti perwira ini akan menjadi azimat dan inspirasi kepada bangsa dan negara. Al -Fatihah kepada mereka yang terkorban. Semoga syurga dijanjikan buat mereka di akhirat sana. kepada semua rakyat Malaysia marilah sama - sama kita mendoakan agar negara kita terus sejahtera makmur.  MALAYSIA TANAH AIR KU. PRAY FOR SABAH. 


p /s : kecewa dengan seorang artis yang terlalu taksub dengan politik ni 


PRAY FOR SABAH

by on 5.3.13
Assalamualaikum dan salam sejahtera Negara digemparkan dengan peristiwa serangan pemberontak Sulu yang telah mengorbankan perwira -...


Korang kaki graffiti ? mempunyai bakat yang terserlah ? Cabar diri korang dengan sertai pertandingan grafiti yang berlangsung dari 21 Februari sehingga 13 March 2013. 





Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan yang bernilai hampir RM40,000 dan juga menyumbangkan hasil kreativiti grafiti di beberapa lokasi Resorts World Genting Highland. WOW !

 mudah saja untuk sertai pertandingan ini, antara terma dan syaratnya 
adalah :




  • Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berbakat dalam seni grafiti dan mestilah berumur 18 tahun ke atas 
  • Terdapat dua kategori iaitu Terbuka dan Kategori Pelajar 
  • Bagi kategori pelajar, mestilah sediakan satu salinan imbasan kad pengenalan semasa pendaftaran
  • menggunakan karya asal yang bertemakan Fun & Tarikan melalui Resorts World Facebook.
  • semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 13 MAC 2013
  • Undian melalui facebook akan bermula pada 15  sehingga 28 MAC 2013.
  • maklumat lanjut di sini --https://apps.facebook.com/ynot_graffiti.




 tukang promo...lah sangat. kehkehkeh 



jom sertai sekarang ! korang bukan saja bakal memenangi hadiah,  malah karya korang yang terpilih akan menghiasi Resort World Genting Highland !