• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

June 09, 2013

TIPS UNTUK PRAKTIKUM

Orait people ! Tau apa itu praktikum ?  Praktikum ni samalah juga maksudnya dengan praktikal. Cuma praktikum ni selalu digunakan untuk bakal cikgu - cikgu berpraktikal. Jadi di kesempatan ini, aku nak share la beberapa tips untuk  berpraktikal. mana tau kot - kot ada diantara korang yang akan mula berpraktikum lepas ni enn so boleh je gunakan beberapa tips yang aku ingin kongsikan.






Sebelum bermula mengajar, korang kenalah prepare kelengkapan diri korang sendiri. Sebab imej seorang guru itu sangat penting dan dinilai,tambah lagi untuk cikgu praktikal, serba serbi dinilai dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Jadi disini aku sertakan beberapa benda yang mungkin korang boleh guna pakai untuk berpraktikum. 
  • Diary - sebagai catatan aktiviti korang, mudah untuk buat report dan journal
  • Pakaian - Kalau boleh dalam senarai korang, sertakan sekali baju batik dan baju beruniform 
  • Kelengkapan Mengajar - yang ini agak penting sebab kadang - kadang dekat sekolah tu kelengkapan asas macam marker pen tak disediakan.Pengalaman aku pula, untuk alat bantuan mengajar, lebih suka buat sendiri dan tukar - tukar dengan member. Boleh variety kan dalam beberapa subjek
  • Gadjet - Ini pun agak penting sebab kadang - kadang gadjet seperti mini speaker jarang disediakan di sekolah. Ditambah pula sekarang serba serbi canggih. Peralatan seperti laptop dan speaker mini ni selalu digunakan untuk kelas listening .Kalau beli tu, murah je dalam RM 20 ke bawah dah boleh dapat.


okay untuk kelengkapan aku rasa mungkin tu je kot, kalau ada yang lain mungkin korang boleh topup sendiri, kehkehkeh, sekarang aku nak share tips sepanjang berpraktikum
  • 1st day lapor diri, kalau boleh pastikan korang ke perhimpunan sekolah baik pagi ataupun petang, sebagai langkah permulaan
  • Sepanjang berpraktikum , korang kena jadi neutral sehabisnya dan cuba bergaul dengan semua orang walaupun keadaan AWKWARD itu sangat melemahkan semangat korang
  • . Walaupun korang paling muda dan terbiasa dengan keadaan yang serba moden, korang kena adapt dengan situasi sekolah tu sendiri.Pendek kata datang tempat orang, ikut gaya dorang 
  • Hari pertama masuk ke kelas, jangan sesekali bagi layanan 100 peratus baik. sebab silap haribulan student akan ingat korang senang 'dibuli' . Kalau boleh 1st Impression korang tu biar tegas, tapi janganlah sampai bermasam muka enn. 
  • Berlaku adil kepada semua student. Ingat jangan sesekali melebih atau merendahkan mana- mana student. Sebab effect kepada seseorang pelajar itu sangat mendalam dan bermain dengan emosi. 
  • Gunakan class management sebaik habis . Dalam mengawal keadaan kelas yang agak bising dan riuh rendah korang boleh gunakan beberapa teknik untuk mengawal kelas ni. sebagai contoh korang boleh gunakan reward jika mereka berada dalam keadaan baik.Reward pula biarlah senang dan mudah didapati.
  • Senyum dan memberi salam kepada semua kakitangan sekolah. Yang ini sangat penting! Jangan sesekali korang bermasam muka , silap langkah korang akan dicop sombong dan kemungkinan besar reputasi korang sebagai kumpulan guru praktikum dari institusi sekian - sekian akan dipandang serong
  • Projek atau Mural. Selalunya guru praktikum ini akan diberi projek untuk dibuat. Jangan sesekali anggap ini sebagai satu hukuman. sebab ini merupakan satu pengalaman bagi korang. Buat biarlah ikhlas,kalau ada guru lain yang minta tolong pula, cuba takat termampu, kalau tak boleh tu tolak dengan keadaan baik. Fair enough right ? 
  • Dapatkan tips dan pandangan mengenai student dan sekolah pada guru senior.


rasanya itu je kot antara tips dan pandangan yang aku boleh kongsi. Jadi untuk rakan - rakan yang bakal berpraktikum , Goodluck dan selamat mengajar! 

p/s : correct me if i'm wrong :) 

June 06, 2013

ADA APA DENGAN TESL ?





TESL? Apa itu? Ok untuk makluman korang, TESL ni merupakan shortform bagi program Teaching English As Second Language di IPT yang diiktiraf. Dan ye aku merupakan salah seorang TESLians di KPTM . Jadi terniat nak buat entry ni sebab aku dapat banyak soalan  tentang program ini  dari ibubapa students dan junior - junior yang bakal mendaftar nanti kebetulan juga aku baru je habis diploma di sini. Y NOT for sharing kan.  Jadi yang ini khas di KPTM je la tempat yang lain tu kurang pasti dia punya silibus macam mana. tapi kalau nak buat sebagai knowledge pun apa salahnya ye dak. 

gambar sendiri dalam belog itu kepastian kehkehkeh 

Untuk di KPTM program TESL ni adalah selama 6 semester which is 3 Tahun. So dekat entry ini aku akan share mengenai silibus dan beberapa pengalaman di semester yang berkaitan. 

Semester 1 
  • Tertiary Level Language and Study Skills
  • Listening & Speaking Development 1
  • English Grammar 1
  • Reading and Writing Development 1
  • Psychology in Education *
  • Concepts and Applications of Information Technology
Semester 2
  • Listening & Speaking Development 2
  • Reading and Writing Development 2
  • English Grammar 2
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Introduction to Literature
  • Sports Science 
  • French 1*
Semester 3


  • Introduction to Sociolinguistic*
  • Critical Reading
  • Teaching English Grammar
  • Principles and Practices in Language Teaching*
  • Pengajian Malaysia
  • French 2*
Semester 4
  • The Teaching of Reading & Writing Skills
  • The Teaching of Listening & Speaking Skills
  • Material Selection and Adaptation
  • Drama Production
  • Introduction to Sociology*
  • Entrepreneurship*
Semester 5 
  • Language Tests in School*
  • Curriculum and Instructions
  • Language Programme Planning and Development
  • Bahasa Kebangsaan A
Semester 6
  • Teaching Practice
Jadi ini semua silibus sepanjang pengajian di sana. kalau korang perasan dalam sesetengah subjek ada aku letakkan (*) ini bermakna subjek ini memerlukan perhatian lebih sebab subjek ini banyak teori yang kena hafal atau kerja kena buat. tak tau la bagi orang lain enn sebab yang ini bagi pandangan aku je la kehkehkeh. 

Sepanjang aku belajar boleh la rumuskan yang Semester 1, 3 dan 5 agak suram sebab tak banyak sangat movement dan aktiviti menarik .Semester 2, 4 dan 6 agak ohsem sebab semester - semester ni la dapat tengok "dunia luar" dan juga agak ringan. sebagai contohnya Semester 2 ada subjek literature. time aku dulu kena buat performance drama pendek depan pensyarah dan juga coursemate

dancer via actor. klik sini untuk lihat video ini ! 

semester 4 pulak boleh katakan setiap orang ada kenangan tersendiri dalam semester ni sebabnya kiteorang kena buat teater untuk persembahkan di hadapan orang ramai. setakat ini di KPTM, bagi TESLians kami pernah perform di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka dan di Dewan MPAJ. jadi kat sinilah bakat masing - masing ditonjolkan.

dan semester 6 pulak semestinya praktikum ! boleh dikatakan super duper awesome when you meet the real kids ! such a great and wonderful experience. serius bila dah mengajar , boleh bezakan pendidikan dulu dan sekarang , kids nowadays canggih gilos sampai darjah 3 dah pandai berinstagram , berpesbuk bagai. aku dulu nak pegang komputer time sekolah rendah pun dah jakun giler. kahkahkah. 


jadi itulah serba sikit perkongsian aku mengenai program ini di KPTM, mengenai kokurikulum disini, kami amalkan apa yang korang nak , korang realisasikan. sebagai contohnya korang ada bakat swimming, tapi dekat sini tak ada lagi. korang boleh je apply kat bahagian kokurikulum pelajar. dan dorang akan sediakan beberapa peruntukan untuk aktiviti korang. Apa yang korang perlu buat cuma cari ahli untuk lengkapkannya sebagai kelab. Easy right? so kalau korang ada apa - apa persoalan mengenai TESL dan sebagainya boleh je korang tinggalkan di ruangan komen , Insyallah i will reply as soon as possible, orait! goodluck !  




p/ s : saya mendapat terlalu banyak soalan mengenai program, Kadang - kadang terlepas pandang, jadi jika perlukan jawapan terus boleh add wechat saya -khai_artzfar