Assalamualaikum semua orang !

Entry ni lanjutan daripada entry aku sebelum, entah kenapa aku rasa entry tu sangat BBNU. maklumlah time tu baru kenal dengan dunia blog ni. Jadi sekarang nak update balik mengenai fesyen rambut lelaki yang terkini.

Sebabnya rambut bagi lelaki elemen penting dalam menggayakan penampilan harian. Kalau rambut serabai, baju je kemas kadang tak masuk juga .Pendek kata rambut memainkan peranan utama. So dalam entry kali ini aku akan cuba kongsi dengan korang gaya rambut terkini yang menjadi pilihan buat lelaki.

Spiky 

Gaya spiky ni dah sinonim dengan anak - anak muda sekarang, Sebabnya tak payah gunakan sikat pun. Aku sendiri lebih senang dengan gaya spiky ni .Bila -bila masa je boleh betulkan balik kalau ada  bahagian rambut yang tidak kemas. Nak menggayakan pun senang je.

 Asalkan korang potong layer, dan rapikan rambut ke tengah. Dah jadi gaya spiky . Produk yang terbaik dalam gaya rambut ni, gatsby spiky yang warna pink tu.Untuk kekalkan gaya ni untuk jangka masa yang panjang.cuma perlu tambah sikit holder spray dekat rambut.

Botak



Gaya rambut botak ni melambangkan lelaki yang pentingkan kekemasan.Tak payah pakai fikir nak pakai minyak rambut jenis apa dah, kepala pun rasa ringan je

.Tapi tak semua lelaki berani buat gaya botak ni. Sebab nak jadi botak ni kena tengok bentuk muka orang juga. Kalau macam jason statham ni tak per la kena dengan dia. Kalau tak kena mau orang cakap, macam orang sakit. kehkehkeh 

Mohawk


Untuk menggayakan gaya mohawk ni, korang kena pandai jaga rambut.sebab silap haribulan mau serabai jadinya. Nak gayakan mohawk ni pun kena pandai pilih jenama minyak rambut atau wax.

 sebab kalau korang amik yang tak kualiti, mau jatuh rambut tu. Selalunya wax jenis 'Extra Hard' yang sesuai dalam menggayakan rambut mohawk

Bieber


Gaya rambut ala bieber ni pun boleh tahan banyak juga orang yang menggayakannya. Selalu kalau yang jenis nak gayakan apa-apa cukup jatuhkan rambut dan tarik ke depan. Orang sekarang cakap gaya hipster. kehkehkeh 

Korean Look


Korean look ni pun kengkonon macam gaya hipster. selalu orang yang rambut panjang sesuai la buat gaya ni. Artis dekat Malaysia ni pun tak kurang hebatnya tiru gaya rambut ala korean look ni. 

Tuxedo Look



Selalunya gaya rambut macam ni lebih sesuai digayakan untuk majlis kenamaan dan sesuai dipakai dengan sut tuxedo.Tapi kalau nak gayakan seharian dekat Malaysia ni agak tak berapa sesuai sebab tuxedo look ni rambut kelihatan basah dan berkilat.

Hafiz


Gaya rambut hafiz ni boleh dikatakan agak trending sekarang bagi mereka yang berambut kerinting.Tapi kalau dah rambut panjang macam ni, confirm kena ada penjagaan rambut yang rapi.

2013 



Gaya rambut 2013 ni menjadi kegilaan baik lelaki mahupun perempuan. Kalau korang perasaan macam ada gabungan antara spiky dan mohawk.

 Artis dalam negara pun banyak juga yang tiru gaya lebih kurang camni .Boleh dikatakan gaya rambut ni adalah yang terkini. Lebih kemas dan berketrampilan 

rasanya itu je lah perkongsian kali ini. Pilihan terletak ditangan korang untuk gayakan mana yang terbaik kehekhekeh. senang- senang botak je terus. 

p/s : waktu mengajar rambut gaya lain, waktu keluar outing rambut gaya lain 

Assalamualaikum !


Diam tak diam , esok kita bakal menyambut kedatangan bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan 1001 kebaikan. 

jadi di kesempatan ini , aku ingin ucapkan salam ramadhan buat semua kenalan tak kira lah dalam social network atau dunia realiti.

 Semoga ramadhan kita pada kali ini membawa keberkatan dan diberi peluang untuk tingkatkan amal ibadat. Jangan lupa sahur dan niat puasa nanti! kehkehkeh ....

Lafaz niat untuk sebulan puasa 

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan Kerana Allah Ta'ala



Lafaz niat puasa harian 

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan ramadhan,tahun ini kerana Allah  Ta'ala 


Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


p / s : selamat menjalani ibadah puasa& selamat menunaikan solat terawih ! 

SALAM RAMADHAN

by on 9.7.13
Assalamualaikum ! Diam tak diam , esok kita bakal menyambut kedatangan bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan 1001 kebaikan.  ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !

 Lama agaknya tak menghentak keypad laptop menaip entry untuk dibaca. kehkehkeh...

Ok berbalik kepada tajuk entry kali ini, perkhidmatan kiriman motosikal  yang terbaik atau lebih suka aku cakap pos barang. selalunya pelajar terutama yang duduk di perantauan akan pos barang dorang dari kampung ke tempat belajar masing - masing. 

Sebabnya dari asrama atau rumah sewa nak ke tempat kuliah kadang jauh,dorang lebih suka pos motor daripada bawa sendiri atas jalanraya. Kalau dari Utara nak ke Selatan , mau kebas segala benda kalau bawa sendiri motor atas jalanraya. 

So nak jadikan cerita aku nak buat sedikit perbandingan kalau korang nak pos motor korang sebab baru - baru ni aku ada survey beberapa perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan kiriman barang yang besar. 

1. Intercity ( Bas )



Bas ? Yup ramai yang pelik bila aku sebut bas ada menawarkan perkhidmatan kiriman barang.Bas ini adalah dua tingkat, di tingkat atasnya adalah penumpang dan dibawahnya adalah luggage simpanan barang. Aku pernah sekali gunakan perkhidmatan bas ini untuk hantar motor dari Alor Star ke Kuala Lumpur.

 Ada beberapa aspek yang korang kena tengok bila gunakan bas ni. Pertama dari segi harga. Kalau korang naik bas sekali dengan motor korang,(penumpang + motor) harga yang dikenakan untuk jarak perjalanan Alor Star ke Kuala Lumpur, harganya adalah sebanyak RM150+ . Tapi kalau korang nak kirim motor sahaja untuk jarak perjalanan yang sama seperti di atas, harga nya adalah sebanyak RM 160+ .

 Dan masa perjalanan kiriman barang tersebut tentulah hanya makan masa beberapa jam sahaja mengikut jarak lokasi korang. Untuk makluman korang juga, setakat ni yang aku tau bas  ini hanya bergerak dari lokasi sekitar Kuala Lumpur dan  ke Utara sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, korang digalakkan booking lebih awal sebab sekarang sambutan sangat mengalakkan.

Faktor Keselamatan dan Keadaan barang : **** 
Harga : ***
Masa : *****

2. Pos Malaysia ( Kiriman Pos ) 



Untuk kiriman pos ni, aku dapat maklumat melalui kawan aku sendiri dia pernah menggunakan perkhidmatan ni. Dari segi harga agak sedikit mahal dimana untuk perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur dikenakan sebanyak RM 180+ . 

Walaubagaimanapun, untuk perkhidmatan ini harga termasuk insurans.Pendek citer keselamatan dan keadaan barang terjamin Mengenai lokasi sudah tentu serata Malaysia kiriman ni boleh dihantar dan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk kiriman sampai ke destinasi

Faktor Keselamatan dan Keadaan barang : *****
Harga : **
Masa : ****

3. KTMB ( Lori Kontena ) 



Perkhidmatan melalui KTMB ni aku gunakan baru - baru ini. Nama je keretapi tapi kebanyakan barang dihantar melalui traler berkontena milik syarikat KTMB sendiri. Untuk makluman korang, untuk penghantaran barang dari Kuala Lumpur ke mana - mana destinasi, korang kena ke stesen KTM Kuala Lumpur dan bukannya Stesen KL sentral, jangan tersalah pergi pulak yer.

 Penghantaran motor dari Kuala Lumpur ke Alor Star sebanyak RM 125+ dikenakan. Kalau tak silap harga penghantaran motor mengikut CC jugak. Dari segi aspek keselamatan dan keadaan barang agak kurang memuaskan. 

Masa dorang packing motor aku hari tu memanglah siap berkotak bagai, tapi bila sampai ke destinasi. Alahai ada juga benda yang cacat pada motor aku. Mungkin nasib aku sendiri la kot yang kurang bernasib baik. Dari segi masa pula, untuk penghantaran motor mengambil masa lebih kurang 3 hari ke destinasi 


Faktor Keselamatan dan Keadaan barang : **
Harga : *****
Masa : ****

Rujukan :
***** : Terbaik
**** : Baik
*** : Memuaskan
** : Kurang Memuaskan
* : Sangat tidak memuaskan 

diharap dengan sedikit review dan tips yang aku tinggalkan ni dapat membantu korang buat pilihan. terserah dekat korang nak pilih yang mana, ada yang murah, berkualiti . Masing - masing ada pro dan cont dia. Kalau korang ada persoalan boleh tinggalkan di ruangan komen atau terus ke page budak pacak . Selamat membuat pilihan ! 

p/s : korang tau mana -mana syarikat lagi yang menawarkan perkhidmatan seperti di atas?