• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

September 25, 2013

PROGRAM VAKSINASI - HPV UNTUK WANITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! 


Apa itu Program Vaksinasi  HPV ? haa! Program Vaksinasi HPV ( PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat(KPWKM). 



Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 dan 19 tahun  yang tergolong dalam "kumpulan sasaran"
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.

korang tau tak yang kanser pangkal rahim ni berbahaya buat kaum wanita kat luar sana? jadi di bawah inisiatif kerajaan, dari 2 Oktober hingga 16 November LPPKN akan pergi ke universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada korang yang bergelar perempuan ataupun wanita...kekeke....

· Taylor's University College @Syopz - 2nd October 2013

· Tunku Abdul Rahman University College - 9th October 2013
· Universiti Islam Antarabangsa - 23 October 2013
· Universiti Putra Malaysia –2nd November 2013
· 1Borneo Mall - 12 November 2013
· UniMas Sarawak - 14 November 2013

 untuk jelajah pertama ni , LPPKN akan berada di Syopz @ Taylor's University College dan program vaksinasi ini akan bermula pada 9 pagi sehingga 4 petang 


*klik peta untuk tumbesaran*



oh yer kepada mahasiswi universiti dan kolej semua ! ada benda yang menarik menanti buat korang semua !

Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014

Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah.



 Hadiah tersebut cukup lumayan ! hadiah dan destinasi outing korang akan ditaja sepenuhnya pada Girls Day Out dan dengar khabar tempat tersebut amat menghiburkan. 

jadi tunggu apa lagi ge-girl sekalian? bersihat sambil korang berpeluang menangi hadiah yang hebat ! 


Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, korang boleh layari http://facebook.com/PVHPV

p/s : kalau lelaki apa masalah utamanya? kekekeke


September 20, 2013

SUPERSTARS OF MAGIC 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua !

Baru - baru ini, Blog Budak Pacak sekali lagi mendapat jemputan dari pihak Resort World Genting (RWG) untuk menghadiri acara anjuran dorang.Kali ini dijemput untuk menyaksikan pertunjukan 7 ahli magis terkenal di dunia yang diundang khas oleh pihak RWG untuk Superstars of Magic 3

bukan genting highland ditutup ke? oh tidak ! sebenarnya yang tutup untuk sementara waktu ini hanya permainan outdoor. Permainan indoor, snow world dan yang lain - lain masih lagi dibuka seperti biasa. tak  sabar pulak nak tunggu wajah baru Taman Tema Genting Highland. 

Untuk pengetahuan korang, ini adalah tahun ketiga bagi produksi Superstar Of Magic beraksi di  Taman Tema Genting Highland yang telah diterbitkan oleh David Lai , seorang penghibur yang terkemuka. Beliau telah menjemput 7 ahli magis terkenal dengan kebolehan dan pengiktirafan mereka ,  Ed Alonzo ( USA ) - Comedian Magician  Extraordinaire , David Kaplan ( USA )  - Magic Virtuoso, Rafael ( Belgium ) - European's Comedic Illusionist , Double Fantasy ( Ukraine ) - Best Cabaret Duo of The World Magic Awards , Jordan Gomez ( France ) - Youngest rising star and creative minimalist , Aaron Crow (Belgium ) - The Mentalist dan  Lim Jae Hoon ( Korea ) - The magnificent illusionist . 

Ada diantara mereka telah masuk dalam Britain Got Talent, mencipta 'magis' di dalam persembahan artis terkenal termasuk Britney Spears dan  banyak lagi pencapaian bertaraf dunia yang membanggakan 


dari kiri David Kaplan , Ed Alonzo, Lim Jae Hoon , Rafael , Aaron Crow, the husband and wife team - Double Fantasy  dan Jordan Gomez 

Perjalanan kami bermula seawal 3. 30 petang dari wisma genting dimana semua media terdiri daripada rakan blogger, pemberita dan wartawan akhbar menaiki bas yang disediakan oleh RWG. sampai di genting kami diberi kebenaran untuk check in terlebih awal di penginapan yang disediakan sebelum bergerak ke magic workshop bersama ahli magician pada jam 6 petang . 

semasa di magic workshop , para media diberi kesempatan untuk merasai sendiri rahsia magis. untuk slot malam tersebut, Rafael dari Belgium telah mendedahkan beberapa teknik untuk mencipta magik dan hasilnya super duper ohsem cakap dengan korang! 


anjing serba terbantut hasil tangan sendiri ."its magic!" kekeke

sebelum menunggu persembahan dari ahli magician, kami telah ke Coffee Terrace untuk menikmati hidangan malam yang telah disediakan. seperti biasa, Coffee Terrace tak pernah menghampakan dari segi makanannya. terbaik! 



pada pukul 9 malam, saat - saat yang dinantikan telah tiba apabila tirai persembahan Superstars of Magic 3 dimulakan dengan Rafael. satu pembukaan persembahan yang sangat menghiburkan ! rata - rata persembahan malam itu sangat memukau dimana para magician ini pandai berinteraksi dengan penonton sehingga membuatkan kami berasa kagum. 

kredit : Eazy Izzudin 


setelah selesai persembahan , tibalah masa untuk press conference. peluang yang ada diambil sebaik mungkin oleh kami untuk menemu bual para magician ini . dalam sibuk kami menemu bual mereka, sempat juga mereka ini selitkan magik. tak kira dimana - mana semuanya berhasil "because its magic ! " 



 with Ed alonzo and Rafael .

  
with the rising star , Jordan Gomez


special pose dari  Jordan Gomez untuk readers budak pacak 


agak terkilan juga , sebab disana hanya bertemankan kamera handphone jadi tak banyak gambar yang dapat diambil sebab rasa teruja je nak rakam setiap aksi dorang. kalau aku berasa gila teruja, kenapa korang tidak ? Mereka hanya akan beraksi sehingga 6 oktober ini jadi jangan lupa datang ke Genting International Showroom, Taman Tema Genting Highland ini untuk merasai sendiri magik di depan mata korang . 

untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari:



p / s : kembali ke dunia blogger :) 

September 17, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang .





Kali ini nak share dengan korang info mengenai 30 Orang yang pertama dalam Islam. kita tau sejarah dunia je pasal orang ni cipta rekod dengan pertama bla bla bla tapi sejarawan Islam kita tau ke? benda yang baik kita kongsi - kongsikan ye dak 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 


2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

#sumber dari facebook

p/s : sharing is caring mehhhh

September 01, 2013

HIDUP BARU

Assalamualaikum , Selamat sejahtera semua orang !

Ya Tuhan ! Sebelum tu, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ! haa amik kau . 3 in 1 sekali tu. giler lama tak hapdet belog yang dulu kengkonon bini no 1. Sah - sah diri  pun hampir dilupai. pastu bising takde event bagai. 

Sebenarnya faktor internet yang jadi punca belog berhabuk. maklumlah bila habis belajar hari tu terus balik kampung .tapi kena pulak kat kampung line tak ada. Yer la, syarikat telekomunikasi tuutttt dia cakap kat kampung aku ada line, sekali balik haroommm tak de. last sekali 3 bulan tertangguh tak bayar berotben beserta pakej rm 200++. Woi ! mana aci aku tak guna pun tenet tu . 

Jadi pasal tajuk hidup baru. apa yang baru? yang barunya , aku sambung pengajian peringkat ijazah di MSU Shah Alam. kenapa tak ipta? nantilah aku cerita dalam next entry. jadi sempena hidup baru di tempat baru ni, semangat pun baru lah ye dak. Dengan harapan segala kesusahan dapat ditempuhi dan peluang kejayaan berada di sini. Insyallah..

so itu je la kot entry kali ini. insyallah kalau ada peluang nak hapdet entry, berjumpalah kita pada masa akan datang. babai semua ! 

latest event yang dapat join setelah sekian lama.ni pun orang ajak. thanks Bro eazy!

p/s : dah jarang join event. tuan penganjur pun dah 'lari' dari blog budak pacak gamaknya :(