MAKHLUK SETINGGI 23 KAKI MENYERANG MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Makhluk setinggi 23 Kaki menyerang Malaysia ? Biar Betul ? Nak tahu makhluk apa baca sampai habis ya !

Merujuk entry yang sebelum ini mengenai Soft Launch Transformers Expo , kali ini secara rasminya telah dilancarkan dan akan dibuka kepada orang ramai bermula pada 31 Januari ini sehingga 16 Februari 2014. 




Transformers Expo ini telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Mohammd Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama - sama Dato Sri Lee Choong Yan , President and Chief Operating Officer of Genting Malaysia Berhad dan Mr Raymond Tew , Chief Executive Officer of Target Exposition Sdn Bhd 

Dijangkakan seramai 250 ribu orang dari seluruh Asia akan datang ke Resorts World Genting bagi mengalami sendiri pengalaman di dalam dunia Transformers.Terdapat 6 slot atau ruangan expo yang menunggu para pengunjung ! Antaranya adalah pameran lebih dari 1520 koleksi figura hasil daripada Malaysian Fans of Transformers yang menggelarkan diri mereka sebagai TransMy 










Ada peminat kereta disini ? Kenal si Kuning aka BumbleeBee ? Di ruangan ini para pengunjung boleh bergambar dengan robot BumbleeBee dan kereta Chevrolet Camaro



Bagi Khai sendiri , berada di dalam Chevrolet Camaro , yang berupaya berubah menjadi BumbleeBee di dalam filem Transformers tak akan dilupakan. Mana tak nya, kalau dulu hanya tengok dalam filem. 









sekarang dapat merasa sendiri berada dalam BumbleeBee. Silap tak de Megan fox je kalau tak dah lama berangan berlakon kehkehkeh.




 Selain Chevrolet Camaro , kereta - kereta dibawah jenama Chevrolet turut dipamerkan disini.



Seterusnya adalah War Zone ! Berjalan di dalam terowong 3D war zone ini pengalaman baru menanti para pengunjung. Di dalamnya terdapat banyak Transformers yang korang saksikan selain diiringi lagu - lagu di dalam filem dan animasi Transformers .

Menanti di zon seterusnya adalah Transformers Cybertron World. Disini Cybertron yang penuh dengan misteri dan kegelapan menanti ! 






3D Tunnel juga antara slot yang menarik dimana terowong ini  mengandungi 6 buah televisiyen 84 inci 4K Ultra Hd yang memaparkan aksi menarik di dalam filem Transformers selain di slot seterusnya, 3D Mapping dan Augmented Reality of the Cybertron World di dalam gaya yang interaktif dan memukau para pengunjung.


3D Mapping 

Di slot terakhir ini, makhluk setinggi 23 kaki dan 18 kaki menanti korang. Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai Makhluk setinggi 23 Kaki ini adalah Optimus Prime manakala 18 kaki pula adalah ketinggian BumbleeBee , robot di dalam Filem Transformers .


Megah Berdiri Optimus Prime Setinggi 23 Kaki 

paras lutut BumbleeBee je LOL 




 Untuk pengetahuan korang robot - robot harganya menelan hampir 2 juta dan mereka kelihatan hidup seperti di dalam filem sehingga ada di antara robot ini tingginya hampir mencecah bumbung Arena of Stars Resorts World Genting. 




Jadi itulah tarikan di Transformers Expo yang terbesar di Asia. Untuk alami sendiri pengalaman bersama robot - robot kesayangan korang bolehlah berkunjung ke Resorts World Genting. 

Untuk harga tiket adalah seperti berikut : 

Kanak - kanak di bawah umur 3 Tahun : Percuma
Kanak - kanak berumur 4 sehingga 12 Tahun : RM 45
Dewasa : RM 55
Warga Emas yang berumur 60 Tahun ke atas : RM 45
Pakej Keluarga ( 2 Dewasa + 2 Kanak - kanak ) : RM 180 

untuk sebarang maklumat lanjut boleh lawati www.transformersmal.com.my atauwww.rwgenting.com 

p/s : dapat T-Shirt Transformers Glow In The Dark ! Thank You RWG 




2 comments:

Shafiq Hashim said...

macam best jer...teringin nk pegi..

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/2nd-giveaway-by-nabilamedan.html

Khai Artzfar said...

@Shafiq Hashimjom lah pergi sampai 16hari bulan je tau