Total Pageviews

PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 MERIAH !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Baru - baru ini , bersama - sama dengan Tourism Negeri Sembilan dan Fans of Negeri Sembilan ( FONS ) , kami telah menghadiri pelancaran utama Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 



Majlis yang telah menyaksikan Timbalan Perdana Menteri , YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yasin bersama - sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan , YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz secara rasminya telah melancarkan edisi keempat Tahun Melawat Malaysia yang bertemakan "Celebrating 1Malaysia Truly Asia" .



Memetik kata - kata Timbalan Perdana Menteri , YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yasin  Tahun Melawat Malaysia 2014 menjanjikan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang menakjubkan untuk para pelancong dalam dan luar negara 



Majlis yang telah dihadiri hampir 50,000 pengunjung telah bermula seawal 10 pagi di Dataran Merdeka dengan acara pameran , jualan produk kraftangan, mencanting batik , Van Simulasi 6D dan juga jualan makanan yang turut menampilkan 14 makanan utama di setiap negeri . 










Selain itu, disebelah malam, dimana acara utama seperti tayangan video mengenai budaya dan pelancongan Malaysia , persembahan tarian rakyat Malaysia , "Building Mapping " ,persembahan menakjubkan " Celebrating 1 Malaysia Truly Asia , dan persembahan bunga api telah dipersembahkan kepada para pengunjung. Lihat video DISINI





Artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Khadijah Tan telah membuat persembahan dengan nyanyian yang memukau para pengunjung. Selain itu,  Datuk Jamal Abdillah, Amy Search , Hafiz, Nash , Azlan & The Typewriter, Awie dan Najwa Latif turut membuat persembahan pada malam itu. 



Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan telah menyasarkan 28 Juta kehadiran Pelancong dan untuk itu lebih dari 200 acara dan festival menanti buat para pelancong. Untuk pengetahuan , Monyet Belanda atau Proboscis Monkey telah dipilih sebagai Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014

p / s : teruja tengok "Building Mapping" . memang terbaik ! 


No comments: