Total Pageviews

PENGALAMAN DI FIFA WORLD CUP TROPHY TOUR COCA COLA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Baru - baru ini , Khai bersama - sama dengan Tourism Negeri Sembilan dan Friends Of Negeri Sembilan  (FONS) telah dijemput khas oleh Coca Cola sebagai rakan media untuk merasai sendiri terlebih dahulu  pameran dan aktiviti yang menarik telah disediakan untuk FIFA World Cup Trophy Tour Coca Cola . 






Selain pameran FIFA World Cup Trophy , terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan di sini seperti freestyle soccer , PS4 street soccer , shoot speed dan yang paling menarik adalah pertunjukan hologram video . Dimana dalam tayangan 15 minit ini, sejarah sepanjang penganjuran FIFA World Cup  telah ditayangkan kepada kami. 




Selain itu, terdapat juga pameran bola sepak yang telah digunakan sepanjang FIFA World Cup dan yang paling penting pihak Coca Cola telah menyediakan secara percuma sesi fotografi bersama FIFA World Cup yang telah diterbangkan khas di Malaysia untuk jangka masa 3 hari sebelum seterusnya berada di Indonesia. Terima kasih Coca Cola!






*****************************************************************

Oh ya jom daftar sebagai ahli Friends of Negeri Sembilan! 




Korang cuma perlu klik kategori yang berikut : 


P /S : teruja dapat tengok World Cup 

No comments: