SAHABAT MEDIA KE PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Alhamdulillah , pada 10 Januari yang lalu Khai telah dijemput ke Perak bagi memeriahkan lagi pakej yang telah disediakan oleh Railway Tourism bersama - sama rombongan Sahabat Media dan para pelancong luar negara yang telah dijemput khas . Terima kasih KTMB , Sahabat Media , Santai Travel dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan .






Menariknya mengenai kunjungan kami ke Perak ini adalah kerana kami telah menaiki Electric Train Shuttle (ETS) yang hanya dinaiki oleh rombongan kami bersama - sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan , Dato Seri Mohammad Nazri Aziz dan Presiden KTMB sendiri , Datuk Elias Kadir. Suasana di dalam ETS tersangatlah gamat dengan telatah para media .


media bersama Datuk Elias Kadir . kredit : KisahTatie 





 Maklumlah apabila dapat berkumpul begini, memang ada sahaja benda yang hendak dikongsi sehingga perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang memakan masa hampir 2 jam tidak dirasai. 




Didalam ETS ini , kami turut diberi kesempatan untuk duduk di bahagian kokpit untuk merasai sendiri pengendalian ETS . Terima Kasih KTMB ! 




Program 3 Hari 2 Malam di Perak ini adalah bersempena dengan Pelancaran Brosur Pelancongan Keretapi dimana memperkenalkan tiga  pakej Railway Tourism yang baru  , " Day - Trip by Rail " ,  " North and East - Bound Homestay by Rail " dan " Resplendence Resort by Rail " 


kredit : KisahTatie 

Dengan menggabungkan pelbagai elemen , Pelancong boleh memilih pakej yang telah disediakan seperti  pakej 3 hari 2 Malam atau pakej 4 hari 2 Malam ke utara atau selatan tanah air yang berlepas di Stesen Kuala Lumpur Sentral. 






Sambung balik mengenai perjalanan Sahabat Media ke Perak., apabila tiba di Stesen Ipoh, Dato Seri Mohammad Nazri Aziz secara rasminya telah melancarkan Brosur Pelancongan Keretapi. 










Selepas pelancaran , majlis yang diacarakan oleh Azwan Ali  turut dihiburkan oleh beberapa artis terkenal seperti Najwa Latif , Mus May , Roni Hyperact , Sheda Dangdut dan ramai lagi.



Habis je aktiviti kami di Stesen Ipoh, kesemua para media dan pelancong telah ditempatkan di 3 buah Homestay bersama - sama keluarga angkat iaitu Homestay Kg Beng, Homestay Bukit Gantang dan Homestay Gopeng. Khai sendiri telah ditempatkan di Homestay Bukit Gantang . Terbaik ! 


Dengar cerita di Bukit Gantang ada pelancong yang mengikuti trip ini berkahwin di sana. Nak tau apa yang berlaku sepanjang di Homestay Bukit Gantang ? Nantikan update seterusnya ! kehkehkehkeh ...




p / s : masing - masing excited naik ETS 

3 comments:

penaberkala said...

seronok berborak sampai tak sempat tidur pun dalam ETS..
klu nek bas konpem dah lama zzzz

Khai Artzfar said...

@penaberkala haha tahu takper , sanggup berdiri semata - mata nak sembang

Khai Artzfar said...

@penaberkala haha tahu takper , sanggup berdiri semata - mata nak sembang