Total Pageviews

VOOPEE JANJIKAN PERKHIDMATAN PANGGILAN PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Selalu kehabisan kredit ? Ingin hubungi orang tersayang yang berada di perantauan ? Memperkenalkan Voopee, satu - satunya perkhidmatan yang membolehkan para pengguna mempunyai nombor telefon mudah alih kedua tanpa perlu menggunakan kad sim atau telefon yang lain. 



Voopee juga membenarkan penggunanya membuat panggilan Internet , SMS , IM , mesej bergambar dan banyak lagi secara percuma dan pada kadar terendah .

Fungsi Voopee ini telah diperkenalkan pada orang ramai pada Pelancaran Voopee : Satu Evolusi Komunikasi dimana majlis telah dirasmikan oleh Juara Perseorangan Maybank Malaysian Open Super Series Premier 2014 , Dato ' Lee Chong Wei dan Juara Beregu, Lim Khim Wah dan Goh V Sem. Turut bersama pada perasmian itu adalah XOX Berhad Group CEO ,Mr.Ng Kok Heng dan Datuk Eddie Chai , Group Managing Director, XOX Berhad. 



Menurut Mr Ng, pengguna Voopee boleh menghubungi sesiapa sahaja tak kira dalam atau luar negara  dan ianya boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android melalui GooglePlay Store. Bagi pengguna Apple pula, XOX menjanjikan dalam masa terdekat ini , semua pengguna Apple boleh muat turun aplikasi Voopee di AppleStore. 

Untuk sebarang maklumat lanjut , korang boleh lawati www.voopee.com 

p/s : I'm on Voopee ! Are you ?

6 comments:

Farid Laham said...

wah pergi ye pelancaran tu hehe..bestnye :P

khai artzfar said...

@Farid Laham hehe best - best !

budakbandunglaici said...

Nampak menarik tapi masih setia dengan 1, maxis

Bahrain said...

kira sama macam viber ke?

khai artzfar said...

@Marou Apple Hijaueh ni tak de sama dengan telco la bro. sebab dia tak gunakan sim, still boleh kekal dengan telco sedia ada :)

khai artzfar said...

@Bahrainlebih kuranglah , menariknya dia menggunakan no mudah alih digital. bermakna dalam fon kita akan ada dua no tanpa perlu buang telco yang kita sedia ada