Total Pageviews

Jutawan Remaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

Bermula dengan RM 1 siapa sangka seorang remaja kampung berjaya mengubah nasib hidupnya. Muhammad Zukermi Edi atau lebih mesra dikenali sebagai Zukermi merupakan pengasas dan pemilik kepada MZ Secret Soap 


Mesti ada yang berprasangka dengan RM 1 mampu ke jadi jutawan ? nak beli aiskrim pun belum tentu lepas, ada hati nak kaya  ? sabar dulu kawan- kawan, saudara Zakermi telah membuktikan sesuatu. nak tau bagaimana, baca sampai habis ya ! 

Siapa sangka Jutawan muda ini berjaya dalam empayar perniagaan hanya bermodalkan RM 1. Mesti ramai yang tak percaya bukan?  Dalam wawancara bersama utusan baru-baru ini beliau telah membuka rahsia untuk kaya

baki dalam RM 1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat saya mula berniaga secara dropship menerusi akaun facebook
ternyata saudara Zukemi telah membuktikan kejayaan untuk kaya dengan mudah. Bermula dengan RM 1 beliau berjaya mendatangkan pulangan yang besar sehingga keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit.


 Usahawan muda ini turut melakar sejarah pada 2013 beliau telah berjaya melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn Bhd   miliknya 

Menyasarkan 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia untuk berniaga atas talian, Usahawan muda yang menjadikan Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukannya ini turut menjadikan masyarakat diluar sana sebagai sasaran menarik mereka untuk berjaya seperti beliau. 

Terkini, tirai 2014 bakal menyaksikan kejayaan lain dimana syarikat beliau akan melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk kebahagiaan suami isteri. 

Dengan produk terbaru ini, satu lagi impak besar dan saingan bakal dibawa oleh Zukermi melalui syarikatnya kerana produk terbaru ini dipercayai dapat menyaingi pesaing lain. 

Jutawan muda ini berjaya membuka mata sesetengah pihak yang menjadikan kekangan hidup mereka sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Walaupun tanpa pengalaman, Zakermi telah berjaya membuka mata ramai pihak untuk terus usaha sehingga berjaya. Kejayaan beliau membuktikan tiada apa yang mustahil untuk merealisasikan impian. daripada anak muda yang serba kekurangan kini beliau tampil sebagai seorang yang dihormati. 

Kisah kejayaan ini telah menjadikan Zukermi sebagai ikon anak muda untuk berjaya dalam sektor perniagaan. Syabas dan semoga berjaya diucapkan ! 

p/s : usaha tangga kejayaan :) 





No comments: