Kenapa Budak Pacak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Entry kali ini, Khai nak kongsi cerita dan sebab di sebalik nama Blog Budak Pacak ni. Kalau tahun lepas , isu ini tak timbul lagi sehinggalah pertengahan tahun lepas dah mula jadi isu setiap kali pergi event atau jumpa dengan mana - mana kawan blogger .

Isu di sini bukanlah perkara yang besar kehkehkeh... cumanya jadi perbualan hangat di kalangan kawan - kawan . antara persoalan yang sering ditanya adalah " Kenapa budak pacak ? " "Apa kaitan budak pacak ?" " Mana budak pacak ? " 

Ceritanya , Khai letakkan nama blog ini sebagai Blog Budak Pacak disebabkan dari zaman sekolah sampailah pertengahan tahun 2013, identiti Khai lebih dikenali dengan seorang yang berambut pacak atau spiky.

header tahun 2010, tahun pertama menjadi blogger 2010


 Dari situlah Khai ambil ilham untuk letakkan nama blog sebagai Blog Budak Pacak. Kalau ke mana - mana pun orang akan tanya dan jawab " Khai yang mana ? , Alah yang rambut pacak tu " Eh sekejap kenapa terasa formal gila taip entry ni ? ok abaikan disitu ..

Jadi tahun 2013 , bila dah start mengajar, rambut ni kenalah turun, kengkonon nak tunjuk contoh yang baik depan anak murid. Rambut turun tu sekejap je , habis je waktu mengajar rambut naik balik . Sampailah satu hari nak dijadikan cerita, pergi mengajar tetapi silap , waktu tu tak perasan pergi gayakan rambut pacak. kedengaran dari tapak perhimpunan anak murid menjerit
" Perghh Cikgu Khairul macho , rambut pacak ooowh ! " Korang bayangkan Khai yang duduk di tingkat 2  boleh dengar apatah lagi siapa yang ada dekat tapak perhimpunan. Malu beb... 

yang menjerit dekat tapak perhimpunan barisan belakang , 3 dari kiri *sigh* -,-


Adalah sekali dua kena tegur dengan Guru Besar dan insiden rambut pacak tak habis dekat situ je. Keesokan harinya, masuk je kelas nak mengajar,  semua anak murid lelaki rambut dorang buat pacak. Bila Khai tegur dorang cakap
" Nak macho macam cikgu " Alahai bertuah punya anak murid, sebelum ni tak pernah - pernah dorang ke sekolah pakai minyak rambut kena pulak hari tu bergaya bukan main. siap tolong gayakan untuk kawan lagi kahkahkah... 



Bila dah lama - lama turunkan rambut mulalah rasa selesa, tambah pula kalau nak buat pacak atau spiky ni ambil masa yang lama. Tahun lepas juga menyaksikan rambut gaya David Beckham dan Wak Doyok menjadi pilihan dan bualan hangat  dan Khai pun tak terlepas mencuba gaya rambut tersebut. 

2014 

Ternyata lebih selesa, kemas dan senang dirapi bak kata Nora Danish
" Gunakan jari pun boleh " kehkehkeh... Jadi itulah ceritanya Blog Budak Pacak mendapat nama. Biarlah nama ni kekal , kata orang adalah sikit kenangan diri kita yang dulu kahkahkah...

p / s : lagi setahun setengah mengajar budak besar pulak. Lain ragamnyaa..

11 comments:

Mira Cikcit said...

Hahaha.. Cikgu pacak rupanya. Tapi rambut pacak ni mmg trend zaman2 kita la, dulu ingat lagi masa sekolah menengah, hampir semua budak lelaki nak pacak rambut, kadang2 sampai berlawan.

Khai Artzfar said...

@Mira Cikcitsetuju!! sekarang kalau buat pacak orang cakap ketinggalan zaman

kitepunye said...

Itu trademark ...

Khai Artzfar said...

@kitepunyehaha tahu takper

Nick Nashram said...

aku pergi sek skg ne takde dah buat rambut pacak..rambut besa2 je..segan pulak kalo wat rambut pacak..hehe

Hana Jalil said...

Perghhh cikgu pacak rambut.. HAHA..

Khai Artzfar said...

@Nick Nashramhaha engko ngajor budak - budak besar enn? kang kena ngorat kalau buat pacak

Khai Artzfar said...

@Hana Jalilhahaha itu dulu :P

cik nad said...

Ahaha..cikgu zaman skolah dlu pn rambut style gini eh?

Khai Artzfar said...

@cik nadsekarang kan back to oldies eh hahaa

Khai Artzfar said...

@cik nadsekarang kan back to oldies eh hahaa