Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur . Haa biar betul Kereta Kuda ada di Kuala Lumpur kan? Betul kawan - kawan semua,  sempena Tahun Melawat Malaysia , inilah tarikan terbaru di Kuala Lumpur



Baru - baru ini Khai telah dijemput oleh Tourism Kuala Lumpur untuk meyaksikan sendiri pelancaran 'The Horse And Carriage Ride " dimana pada masa yang sama telah diadakan Kuala Lumpur Chinese New Year Culture. Ramai pelancong yang telah hadir untuk sama - sama saksikan tarikan terbaru ini. Makanan pun tak kurang banyaknya, nama pun open house bukan. Memang langkah kanan la jawabnya



Majlis yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Bin Hj Talib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan , Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor , YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan H.E Ugur Dogan, Duta Besar Turki di mana mereka semua telah dibawa  menaiki kereta kuda ini pertama kalinya di Kuala Lumpur 

Kuda spesis Friesian yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun ini telah dibawa khas dari Belgium manakala carriage nya pula diimport dari Istanbul,Turki.



 Bagaikan kembali pada tahun 1800, buat korang yang nak merasai menaiki kereta  kuda ini , berikut adalah butiran atau maklumat yang korang perlu tahu 

Harga Kereta Kuda 

Per Person :  RM 50.00
Whole Carriage : RM 200.00 
* maksimum 4 ke 5 penumpang dewasa

Sesi

Pagi : 10 hingga 11.30 pagi
Petang : 3 hingga 4.30 petang 

Tempat Jualan Tiket 

Kaunter Kuala Lumpur City Gallery 

Kawasan perjalanan 

Bermula di  Kuala Lumpur City Gallery , melalui jalan Mahkamah Persekutuan - Bangunan Abdul Samad - Masjid Jamek , Panggung Bandaraya dan melintasi Jalan Raja berhadapan dengan St Mary Church . Kereta Kuda ini kemudiannya akan berpatah balik ke  Kuala Lumpur City Gallery sebagai pengakhiran destinasi 

Jadi tunggu apa lagi , jom cuba naik Kereta Kuda, bukan senang keliling kawasan menarik di Kuala Lumpur dengan Kereta Kuda !

p / s  : tak pernah naik kuda 






12 comments:

Farid Laham said...

macam nk try tapi mahal la plak haha

Khai Artzfar said...

@Farid Lahamhaha kumpul duit :P

Amran said...

RM50/person tu gila mahal..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Agak2 brape lame laa tu kan..

Nick Nashram said...

so far, tak pernah lagi naik kereta kuda.tapi kalo beca dah pernah naik sekali..hehe

Khai Artzfar said...

@Amranhaha sekali sekala bro

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)ikut sambutan la kot

Khai Artzfar said...

@Nick Nashramhaha geng arh kita

zulhilmi tempoyak said...

aikk... kenapa macam tak perasan ja bila p situ.. skrg ada lagi ke..?

Khai Artzfar said...

@zulhilmi tempoyakbaru je dilancarkan. dorang start bulan 3 nih!

Passada Ben said...

Hubungi saya sesiapa yg berminat nk sewa kereta kuda untuk majlis perkahwinan 010-5151921

Passada Ben said...

Hubungi saya sesiapa yg berminat nk sewa kereta kuda untuk majlis perkahwinan 010-5151921