Total Pageviews

Review Filem Aku Akan Muncul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Aku Akan Muncul , sebuah filem sulung di bawah syarikat produksi RM Vision Film Production yang boleh khai kategorikan sebagai produksi yang masih muda. Kalau korang peminat filem seram, ini adalah sebuah  karya dan  filem yang padat dengan adegan penuh debaran , misteri serta tidak dilupakan pengajaran buat korang peminat filem diluar sana. 



Nasihat Khai bila korang tengok filem ini, tengok dengan hati terbuka kerana ini merupakan filem sulung mereka , jadi kekurangan itu adalah perkara biasa buat produksi yang baru bertatih dalam industri perfileman negara. 



Membariskan ramai pelakon - pelakon baru seperti Angah (Kumpulan Bocey) , Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie , Firah , Syairah dan Larra Rahmat adalah satu cabaran buat filem Aku Akan Muncul untuk ketengahkan filem ini lebih ke depan .

Namun begitu , pujian harus diberi kepada pengarah , Roy kerana berani menampilkan muka - muka baru untuk filem pertama mereka. Selain itu , filem yang mengambil masa hampir dua tahun penghasilannya turut menampilkan pelakon - pelakon popular tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan , Julia Ziegler , Allahyarhamah Maimon TalibLiza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.



Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri filem Aku Akan Muncul di panggung wayang berdekatan bermula 27 Februari 2014 !

Rating Blog Budak Pacak : 3 Bintang 


Sinopsis Aku Akan Muncul

Mengisahkan tentang Kesuma yang mempunyai raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikkannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti Manja, Melor, Putih dan Melati berasa bosan dengan tingkah lakunya.

Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma itu tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai bersama Manja. Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk. Bagi memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta pertolongan Mak Yam yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.

Namun begitu, usaha untuk memulihkan wajahnya itu bukanlah mudah kerana Mak Yam meletakkan syarat supaya Kesuma membunuh seorang anak dara dan tiga orang kanak-kanak perempuan yang tinggal di kampungnya iaitu Kampung Ledang yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, Kesuma bertindak kejam dengan membunuh rakannya, Mawar serta dua orang kanak-kanak perempuan, tetapi hasratnya mahu membunuh seorang lagi kanak-kanak iaitu anak kepada Ramlee tidak kesampaian apabila dihalang oleh Arjuna yang juga merupakan adiknya sendiri dan kekasih kepada Mawar.

Ketika mahu menahan perbuatan kakaknya itu, Arjuna sendiri terbunuh, tetapi sebelum mati dia sempat berpesan kepada Ramlee yang merupakan anak kepada penghulu kampung supaya menyelematkan anaknya daripada disembelih Kesuma.

Kemudian, Ramlee bersama penduduk Kampung Ledang menangkap dan membunuh Kesuma dengan membakarnya. Namun begitu, jantung Kesuma tidak terbakar dan Pak Tam, ayah kepada Ramlee mengarahkan supaya jantung Kesuma yang ditikam dengan kerisnya dibungkus dan ditanam di tepi tasik di kawasan Gunung Ledang.

40 tahun kemudian sekumpulan pelajar kolej yang diketuai Zack membuat penyelidikan tentang kajian geologi di Gunung Ledang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Jeff, Angah, Diana, Tasha, Linda dan Farah.  Pada masa sama, Datuk Kamaruddin bersama isterinya, Datin Rozita dan dua orang anak mereka, Fatin dan Hadi turut pergi ke rumah baru mereka yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Ketika melakukan kajian berkenaan, pemandu sampan berpesan kepada semua pelajar kolej tersebut supaya tidak melakukan sesuatu kubur di mana jantung Kesuma ditanam. Bagaimanapun, Tasha tidak menghiraukan pesanan itu dan mengoreknya serta membuat jantung berkenaan ke dalam tasik. Ternyata perbuatannya itu telah menghidupkan semula Kesuma.

Kemudian Kesuma mula mengganggu penghuni yang berada di sekitar kawasan tersebut serta ingin menculik Fatin yang ingin dijadikan mangsa terakhirnya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Mak Yam kepadanya dahulu.

Sebelum mahu melakukan perkara tersebut, Kesuma terlebih dahulu mahu melakukan siri pembunuhan yang melibatkan para pelajar kolej berkenaan. Tujuannya berbuat demikian kerana ingin membalas dendam terhadap Ramlee yang bertindak membunuhnya sebelum ini.

Promo Filem Aku Akan Muncul 


p /s : Suka tengok lawak kumpulan Bocey 

4 comments:

Cik Nad said...

oh mai ramai ye pelakon baru :)

carina said...

macam best...tapi tunggu main kat astro jelah. hehe

khai artzfar said...

@Cik Nad satu kelainan !

khai artzfar said...

@carinahehe tengok wayang baru mengancam!