Ayam Ghantari Masakan Nusantara Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Bertempat di Puchong Selangor , Budak Pacak bersama - sama rakan blogger yang lain telah dijemput untuk membuat food review di Ayam Ghantari



Haa pernah dengar dan rasa Ayam Ghantari ini ? Untuk pengetahuan korang, Ayam Ghantari ini adalah masakan asli nusantara yang memang digemari ramai. Resipi Ayam Ghantari ini adalah resipi ayam bakar Indonesia namun telah diolah menjadi masakan nusantara . 



Menariknya mengenai Ayam Ghantari ini adalah kerana ayam mereka menggunakan ayam kampung organik tanpa suntikan atau bahan terlarang yang membahayakan kesihatan. Semua orang pun sedia maklum kan , ayam kampung mempunyai khasiatnya yang tersendiri. 

Di Ayam Ghantari ini , mereka menyediakan 3 pilihan utama iaitu Ayam Ghantari sendiri yang dibakar dengan bumbu atau bahan yang pedas manis , Ayam Taliwang , ayam yang dibakar dengan bumbu atau bahan yang pedas berapi  sesuai untuk korang yang sukakan pedas tahap maksimum dan Iga Bakar , tulang rusuk atau lebih dikenali sebagai Iga ini dibakar dengan bumbu atau bahan pilihan korang samada Ghantari atau Taliwang. 

Ayam Taliwang


Igar Bakar 


Kesemua hidangan ini rata - rata harganya RM 7 dan setiap hidangan didatangkan dengan pilihan nasi kukus , kerepek tempe dan kerepek paru . Memang sedap gilos dimakan panas - panas. Mohon bayangkan !

Puyuh Bakar Ghantari


Cakap pasal kerepek paru mesti korang pelik bukan ? Ye la selalu kita dengar kerepek ikan bagai tapi ini kerepek paru, Nak tahu rasa nya bagaimana ? Kenalah datang sendiri ke Ayam Ghantari . Selain pilihan ayam , dekat sini juga ada pilihan Puyuh Bakar Ghantari yang sememangnya lain dari yang lain. 



Cerita pasal kiteorang di Ayam Ghantari , sampai berebut - rebut tahu? Ye la masing - masing nak rasa keunikan setiap masakan disini. Bila balik mulalah terbayang - bayang rasa keenakan Ayam Ghantari. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal , pada hari pelancaran GP Salebration baru - baru ini rupa - rupanya Ayam Ghantari menyediakan katering bagi makanan kami pada hari itu. Memang hentam habis la jawabnya siap bawa balik lagi tahu. 

Kalau korang nak tahu , Kaka Azraff penyanyi yang sedang meningkat naik pun puji keenakan Ayam Ghantari tahu, silap Budak Pacak terlupa nak rakam komen Kaka mengenai Ayam Ghantari ini. 

Blogger bersama owner Ayam Ghantari . kredit Kisah Tatie ( Link


Apa yang Budak Pacak ingin Highlight disini , kalau korang dah terbiasa dengan Ayam Penyet dan lain - lain, apa kata korang cuba Ayam Ghantari , satu masakan yang pasti akan membuatkan korang teringat sampai bila - bila. Confirm ! 



Terima Kasih Ayam Ghantari kerana menjemput kami. Oh yer Ayam Ghantari juga menawarkan perkhidmatan katering , buat korang yang ingin rasa dan tempah perkhidmatan mereka , bolehlah rujuk butiran di bawah : 

Twitter dan Instagram : @AyamGhantari
Email : planetgrillnetwork@gmail.com
Lokasi : Medan Selera Lokas Makana 55100 Puchong 
Contact : 0195522906 / 0129925575

Dibuka setiap hari dari jam 6 petang sehingga 12 malam 

lagi review dari kami jangan lupa #ayamghantari di Instagram 

p /s : akan datang di Ayam Ghantari , Jagung Bakar Ghantari yang dengar
 cerita sangat popular di negara seberang 

11 comments:

AYAM GHANTARI MALAYSIA said...

Sila layari laman web http://www.ayamghantari.biz/ untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana menjamu selera di AYAM GHANTARI

profhariz said...

Bro. Terliur ni !

Ikhlas,
profhariz.com

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Sangat mengiurkan...pedasss...

Khai Artzfar said...

@AYAM GHANTARI MALAYSIAterima kasih sekali lagi kerana menjemput kami :)

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)mesti ko yang paling banyak bawa balik kan haha

Khai Artzfar said...

@profharizhehe mesti cuba bro! lain dari yang lain

NaZ said...

memang sedap terutama Iga Bakar dia...next round kena amik Iga Bakar Full Rack baru puas...hehehe

luqman zakaria said...

nampak sedap..harga pon ok :) huhu

*blogwalking dari arepnakbebel.com

Khai Artzfar said...

@NaZtak sempat merasa igar kes ada la orang tu rembat haha

Khai Artzfar said...

@luqman zakariatq bro. kena cuba tau !

NaZ said...

@Khai Artzfar hahahaha siapa la agaknya yang rembat igar bakar yang sedap tu. Kini kita tunggu Itik Ghantari pula...