Ayuh Ke Karnival Syria Needs You

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Ayuh Ke Karnival Syria Needs You #SyriaNeedsYou yang akan diadakan pada 15 Mac ini di Stadium Malawati , Shah Alam. Atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, Malaysia Life Line for Syria(MLLFS)  dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan juga ABIM telah berusaha menganjurkan karnival seumpama ini untuk menyampaikan mesej dan mengumpulkan dana misi kemanusiaan MLLFS ke Syria.



Khai telah dijemput sendiri oleh pihak MLLFS ke majlis ramah mesra dan pelancaran Karnival Syria Needs You untuk sama - sama membantu mereka menyebarkan mesej keamanan ini . Untuk pengetahuan korang , tarikh 15 Mac ini dipilih sebagai lambang solidariti dimana pada 15 Mac 2011 telah menyaksikan konflik di Syria bermula. Sehingga kini , lebih dari 150, 000 nyawa mereka yang tidak berdosa telah diragut dan 11,000 daripadanya adalah kanak - kanak . 



Jadi di kesempatan ini, Khai nak ajak korang terutama yang berada di lembah kelang untuk turut bersama - sama menyokong dan hadir sendiri ke Karnival ini dimana pelbagai aktiviti dan slot menarik menanti buat para pengunjung antaranya
  • flashmob 
  • tayangan video 
  • pameran agensi kerajaan 
  • pameran kereta mini 
  • persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani dan Hafiz Hamidun
  • Slot Ahmad Ammar ( perkongsian pengalaman oleh Ibu Bapa Allahyarham Ahmad Ammar )
  • Hi - Tea Bersama Farah Asyikin dan Diana Amir 


sebenarnya banyak lagi aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut. Karnival yang akan bermula dari 7.30 pagi sehingga 11 malam ini mengharapkan pengisiannya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang keadaan saudara kita disana. 



Jadi jangan lupa untuk hadir ramai - ramai ke Stadium Malawati 15 Mac ini untuk sama - sama kita sampaikan mesej keamanan kepada dunia. 

Untuk tempahan hi -tea

*setiap wang dihulurkan akan dimasukkan ke dalam tabung bantuan kemanusiaan Syria


 dan maklumat lanjut boleh ke page 

Malaysia Life Line for Syria(MLLFS)

p /s : Syukurlah negara kita bebas dari peperangan 

11 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Wowww..byk plk event dis weknd ek..

jamian sarif said...

x dapat nak join sebab ada program kat PD...semoga karnival berjalan dgn lancar.

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Kalau tak ada hal, insyaAllah, ena try pergi.. :)

Khai Artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)itulah memang bersusun dan bertembung.

Khai Artzfar said...

@jamian sarifInsyaAllah,kita doakan kelancaran event ni

Khai Artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿Alhamdulillah :)

Nick Nashram said...

insha allah, tunggu saya di sana pada 15 mac :)

Khai Artzfar said...

@Nick Nashram aduh kalau tak boleh jumpa. slack ade event je time tu

♥ Nana BamBam ♥ said...

As'salam,
jom kita sertai karnival ini, banyak manfaat yg kita dapat nanti :)

BUNDA a.k.a KN said...

Assalam,

karnival yang bermanfaat untuk diwar2kan dan disertai..

bella luna said...

1st time dtg sini dan folow =)
nak join sgt event syria tp da ade event lain plak . #prayforMH370