Total Pageviews

Expo 100 Gadjet Rahsia Doraemon

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Siapa sini peminat tegar Doraemon, angkat tangan ! Okay siapa yang tak kenal dengan Doraemon bukan? Satu watak animasi yang dari kecik lagi kita tengok dimana Doraemon ni bersahabat baik dengan Nobita yang selalu saja dapat nasib tak baik dan dibuli . Jadi tugas si Doraemon ni adalah untuk membantu Nobita dengan gadjet - gadjet yang canggih dalam poket ajaibnya. 



Tapi pernah ke korang tahu dan tengok secara dekat gadjet - gadjet Doraemon ni ? Haa , baru - baru ini bertempat di Viva Home ,Cheras, Budak Pacak bersama - sama dengan Sahabat Media telah dijemput oleh Pihak Tourism Kuala Lumpur berkesempatan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat gadjet dan dunia Doraemon.



Untuk pengetahuan korang , " 100 Doraemon Secret Gadgets Expo "  ini telah diadakan sebagai simbolik menyambut ulangtahun Doraemon yang mencecah hampir 100 tahun .Pergh zaman atuk dan moyang kita dulu pun dah ada Doraemon. 



Jadi sempena 100 tahun Doraemon ini, sebanyak 100 gadjet , 100 figura Doraemon telah dipamerkan disini selama 100 hari yang telah bermula pada 14 Disember yang lepas dan akan berakhir pada 23 Mac ini . 

Selain bergambar dengan Doraemon dan watak - watak yang lain, kiteorang juga sempat merasa sendiri makanan kesukaan Doraemon iaitu Dorayaki. Selama 22 tahun tengok dalam kartun je macam mana bentuk Dorayaki tu, kali ini barulah merasa sendiri keenakan Dorayaki. Sebenarnya buat korang yang tak tahu , Dorayaki ini adalah pancake kacang merah

Nescafe Doraemon


Memory Bread 

Selain itu , kiteorang sempat rasa salah satu gadjet Doraemon, iaitu ' Memory Bread' memang berebut habis dengan kawan - kawan yang lain. Sebab sedap gilos ! 

sempat mencuba alat doraemon





Jadi buat korang yang tak datang lagi ke expo Doraemon ini, cepat datang sekarang kerana expo ini akan  berakhir pada 23 Mac ini. Bila lagi kan nak jumpa doraemon secara live. Pada korang yang berkeluarga tu , sesuai sangat bawa anak - anak. Tunggu apa lagi, datang sekarang sebelum Doraemon balik jepun, kehkehkeh 



p /s : Sempat cubit kepala, tendang bontot Doraemon dekat Expo sebab geram sangat, nak peluk besar sangat kehkehkeh 

2 comments:

profhariz said...

Peminat doraemon jangan ketinggalan ni.

khai artzfar said...

@profharizlast 23 hb ni!